Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Sunday, March 29, 2009

dari mata pergi ke otak, bukan turun ke hati...

hatiku meronta2 untuk mencaci lagi..
da siap pun en3 ganaz yang bertajuk "tolong guna otak kau ye monyet"

tapi otakku melarang keras daripada ia diterbitkan kepada umum..

so macam mana nak atasinye ni?

aku fikir begini..
aku hanya mampu menasihat...

kalau korang tak suka dengan penulisan aku, korang boleh caci aku...
tapi aku lagi suka korang guna otak korang untuk berfikir apa yang aku cuba sampaikan...

dari mata turun ke hati, kau beremosi..
tapi jika;
dari mata naik ke otak, kau BIJAK!

tolong guna otak kau ye monyet

err..
apa ni?
apesal cam kasar je tajuk kali ni..
yeah.
da lama tak beremosi..
kali ni sukahati akula nak tulis apa.
aku pedulik apa dengan kau..

ini blog aku.
aku tulis, aku masuk penjara..
kau komen macam cilaka kau ingat aku kisah.
aku tak kisah tapi aku kesian...

iye kau!
kau yang tidak guna otak kau untuk berfikir..
kau baca guna mata..
dari mata turun ke hati.
bodoh!

dari mata turun ke hati, kau beremosi..
tapi jika,
dari mata naik ke otak, kau bijak!

plz plz plz guna otak kau..
even monyet pn guna otaknye k..

ok relax..
jom minum!

+ingat!dari mata naik ke OTAK!+

Sunday, March 22, 2009

global economic meltdown

err.
mintak mahap ya pejuang2 bahasa.
kali ini aku gunakan bahasa asing sebagai tajuk en3.

7.35am.
ringtone.
'abah'
dengar sore mak.

pagi2 lagi mak aku dah call tanya khabar aku.
(err.bukan aku tanak call mereka.3ari lepas baru je aku call derang masa bday papa.that can be considered as baru ok.)

hmm.
mak aku risau akan keadaan kerja aku disini.
yela abang aku dah selalu je asek dapat cuti yang tak perlu dari majikan dia..


bila krisis ekonomi melanda,
sektor pembuatan lah yang akan memula rasa badainya.

walaupon aku kat o&g,
aku pun merasa bahangnye jugak.
yelah seperti yang kita tahu,
rege minyak dunia skang ni hanya USD52 per barrel.
murah tu beb!
kalo nak best or selamat,
rege minyak kena naik sekurang2nye ke paras USD80 per barrel.

ei patutnye kita kena sukalah kalo minyak murah.
nope.tidak tepat.
bile rege minyak terlampau murah.
industri jadi kacau bilau.
minyak murah sebab kurang permintaan dari industri pembuatan khasnya.

aku tanak cakap sangat pasal harga minyak domestik.
kang tak pasal2 aku kena tangkap.
cukup aku katakan kalau rege minyak kat pam skang RM1.50,
itupun sudah dikira mahal.
tapi kat pam skang RM1.80 beb!

ok, korang fikir the rest ye.
tak faham ym je aku.
hmm..

global economic meltdown.
seingat aku,
benda ni da start dari june/july 2008.
puncenye?
krisis perumahan di US.

dalam minggu lepas aku ada dapat satu emel fwd2 yang menjelaskan hal ini dengan terperinci.
sangat bagus.
aku da tak igt sangat tapi lebih kurang macam inilah.

krisis perumahan di US:
pemaju buat terlampau banyak sangat rumah.
rumah tak laku.
tiada pembeli.
pemaju rugi.
bank pun rugi,
sebab tak dapat balik modal pinjaman ke atas pemaju..

sebab tu kalo korang masih ingat dalam tahun lepas,
kerajaan2 derang dah start amik alih bank2 kat sana sebab tanak bagi bank bankrupt.
kalo bankrupt lagi dahsyat beb.

kemelesetan ni terus melarat-larat ke industri yang lain-lain.

krisis perumahan.
krisis pinjaman bank.
krisis insuran.
krisis permodalan.
krisis sektor pembuatan. <-- ramai pekerja dibuang..
harga minyak jatuh.

hmm.
aku cuak gak dengan situasi ni.
dah dua projek company aku kena hold sebab harga minyak murah ni..
apa-apa pun, ke hadratNye kita semua berdoa agar kita selamat di dalam situasi yang tak menentu ini.

mak, tolong doakan anak mu ini ya.
tq mak.

p/s: aku bukan master sangat pasal ekonomi ni.
ni hanya dari pandangan aku yang serba kekurangan.
maaflah kalo ada yang tersalah.
mungkin korang lagi pandai dari aku.
so bagila komen korang k.


+perlukah aku ke singapore?+

Wednesday, March 18, 2009

wanita baik vs lelaki jahat

jiwa syahdu.
rasa cam cian sangat kat insan bernama wanita.
asyik2 dianiayai oleh insan bernama lelaki.
citenye begini.
kat opis nari aku bz sangat2.
tp nak release jap,
aku bukak emel fwd2 sang opismate.

pasal wanita yang dikecewakan lelaki.
hmm.

aku kopipes cite die tu kat bawah ni.
so kepada tuan empunye(seorang wanita baik tapi tak cantik) cite ni,
mintak mahap jika kau marah aku kopipes cite kau.
kalo kau terbaca, tampil ke depan.
tak puas hati, aku segera delete.

Bila Isteri Dah Tak Cantik
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri…
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malamapabila dia perlukan saya. kredit to aweksopanweblog
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.
Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.
Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.
Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yangbaru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.
Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman.
Dan perkahwinan juga tempat kita di uji.
Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda memperbaikinya.
…InsyaAllah. ……
bagi wanita yang suka menggangu atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zaman sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dada tanyalah selera.......

kesimpulan: buatkan aku takut akan perkahwinan.
takut aku menjadi seperti jantan dayus itu juga.

Ya Tuhan, tolong jauhkan aku dari menjadi seperti itu..
Ya Tuhan, tolong jauhkan aku dari menjadi seperti itu..
Ya Tuhan, tolong jauhkan aku dari menjadi seperti itu..
amin.

penchenta wanita

G8

guys,
this en3 specially dedicated to you all.

G8 is the name of our gang kat UTM dulu.
memories remains.

rasa cam semalam jek kita grad
walhal da dekat 4 tahun kita bawak haluan memasing.

alhamdulillah
kita semua kini boleh dianggap berjaya
di dunia.
dan di akhirat kelak
insyaAllah.

sebagai mengenang penat lelah kita,
aku nak summarize sikit kat mana kita ni skang.

1. achtung...petronas
2. awe...petronas
3. nai...petronas
4. kecik...MISC
5. bulat...MISC
6. kamarul...MISC
7. fuad...MMHE
8. absy...MMHE
9. nazir...MMHE
10. dude...kencana HL
11. joe...kencana HL
12. sahar...Integrity Engineering Sevices

13. azrul...jkr
14. abedou...proton
15. gdin...tnb
16. ayub...MAN turbo
17. aryen...ACM pasir gudang
18. yunus...TMR JB
19. kinto...KPLI

haha.
mostly(1 to 12) kita semua dalam bisnes oil n gas.
tapi yang tak o&g, korang power gak...
teruskan usaha membina negara!!!
"jadilah engineer yang beriman"...anna sakura, 2006

powerrrr




Monday, March 16, 2009

TAG 1 - WEDDING PLANNING

first tag by aisya..
well.
thanks gal.
i'll try to make it simple.

TAG TITLE : WEDDING PLANNING

1.how old are you?
28

2.are you single?
YES

3.At what age do you think you'll get married?
32

4.Do you think you'll be marrying the person you are with now?
REFER #2

5.if not, who do you want to marry?
SHE

6.who will be your bridesmaid & bestman?
MY UNCLE N MY LOVELY COUSIN

7.do you want a garden/beach or traditional wedding?
MELAYU STYLE.ALA KADAR SUDEY

8.where do you plan to go on honeymoon?
SOME PULAU.MAYBE SIPADAN

9.how many guests do you think you'll invite?
2K STANDARD

10.will that include your exes?
YES

11.how many layers of cake do you want?
TAK KESAH.IKUT SUKATI SAYANG..

12.when do you want to get married, morning or evening?
BESENYE ARI JUMAAT SEBELUM ASAR.

13.name the song/tune you'd like to play at your wedding.
ANY JAMAL SONG. SING BY A FRIEND OF MINE. SAHAR.
SIYES ARITU KO NYANYI KAT TEMPAT AYUB MEMANG SEDAP!!

14.do you prefer fine dining or just normal spoon & fork n knife?
NORMAL HAND WITH FINGERS.

15.champange or red wine?
AKU MUSLIM.

16.honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
TENGOK BOSS BAGI CUTI BILE.
MAYBE DLM SEBULAN PAS KAWEN.
SABAR YE SAYANG.
HAHA

17.money or household item?
CUKUP SEKADAR KORANG DAH DATANG.

18.how many kids would you like to have?
SY IMPIKAN 8.
DEPEND ON MY SAYANG PUNYE KEBOLEHAN.
PUSH SAYANG PUSH.

19.will you record your honeymoon in DVD/CD?
NOPE.

20.whose wedding plan would you like to know?
NO ONE.
HAHA.

biskut gula & siaran tv terganggu

haha
hot sangat ke.
tidak.
emosi je yang lebih.

aku akan lebih berhati2 bile nak post en3 panas lenkali.
untuk menyejukkan keadaan,
aku akan lepak2 sambil makan biskut gula cecah air teh panas.
yeah!

aku akan tengok sahaja orang keluar masuk
dan meludah bersepah2 kat blog aku.
well.
aku tak kesah.
aku tidak emo.

buang masa je aku nak layan orang pendek akal macam tu.
melihat suatu idea hanya pada surface nye sahaja.

anda beremosi
aku tak salahkan anda.
aku beremosi
korang salahkan aku,
well..
aku hanya mampu mintak maaf.

aku adalah manusia biasa yang sudah pasti melakukan banyak kesilapan.
banyak.
banyak.
banyak.
korang maksum? aku tak tau.

ahhh aku tanak emo2 lagi.
aku nak makan biskut gula.
tapi awas!
jangan amalkan makan biskut gula selalu ya teman2.
tak baik untuk kesihatan.

biskut gula yang paling sedap ialah keluaran hup seng.
kenapa?
sebab kandungan gula yang tinggi.

biskut gula yang paling kurang sedap ialah keluaran atau brand tiger.
kandungan gulanya amatlah minimal.
mungkin syarikat itu menganjurkan amalan gaya hidup sihat.
and mungkin juga sebagai satu strategi perniagaan mereka.
entahlah.

ada jugak orang anggap ini makanan orang miskin.
ahh mereka itu yang miskin sebenarnye.
tidak bisa menggunakan akal dengan baik.

sambil menguyah aku asek terfikir yang aku nak bagitahu korang satu rahsia
rahsia menara chondong

dari aritu lagi nak bagitahu tapi tiada berkesempatan.
korang tahu kenapa menara kat teluk intan tu chondong?
fakta sejarah: foundation tanah yang tidak kuat.
well...
itu yang ditulis kat pamphlet

rahsia sebenar hanya boley korang tau bile korang da menjejakkan kaki disitu
sebaik melangkah masuk ke tingkat pertama menara
aku ternampak 2 orang
(penjaga menara kiranya)
sedang menonton astro.
ye menonton astro di dalam menara.
dengan tidak peduli akan pengunjung yang keluar masuk.
apa kehey tengok astro kat tempat kunjungan umum beb?

manusia. jika ditegur pasti melenting.
biarlah mereka.
sedang aku seronok baca fakta2 sejarah diisitu...
bam!!!bam!!!bam!!!

terkejut beruk kami.
menoleh ke arah sang penjaga.
si lelaki itu menghentakkan kakinye dua tiga kali ke lantai.
untuk apa?
kerana siaran astronye terganggu.

aku fikir lagi.
takkan dengan ko hentak kaki siaran astro ko boley ok.
hmm rupenye, tv nye yang da agak mengong..

hentak lantai.
tv ok.
rosak kembali.
hentak lagi.
tv tak ok.
hentak lagi dengan menambah sedikit kekuatan.
tv ok.
tv rosak lagi.
hentak lagi.

aduhhh.
apala korang nih.

pin, aku agak2 ni la sebab menara ni boleh condong.
hahaha.

oleh kerana rasa baik hati dan menyampah,
kami sama2 hentakkan kaki ke lantai
bile siaran tv terganggu lagi.
mereka pandang kami.
err, welcome.
hehe.

secara tak langsung,aku dan ipin telah terlibat sama
menchondongkan menara ini.

ok cukup.

terjumpe si murai, paterikan mulutnya

aku gumbira

aku gagal.
telah cube sedaya upaya utk tidak wat en3 baru tadi.
berazam utk tido setelah berbalas carut.
akhirnye klik new post kerna hatiku memberontak.
mata dan hati tidak diizinkan untuk berehat selagi tidak meluah ini en3.

1. aku gumbira dan bersyukur selamat pergi dan selamat kembali ke lumut hari ini
2. aku gumbira ayub kawen
3. aku gumbira berjumpa teman2 siang tadi

balik - bukak blog.
aku sedih.
aku sedih melukakan perasaanmu.

aku tidak gembira blog aku hit kerana kutukan yg aku lemparkan.
aku sukekan low profile.

iye benar aku laser.
mulut dan jariku tidak berinsurans.

di campus dahulu byk teman2, galz esp yang bengang dengan aku sebab itu.

situasi satu.
eh y**. asal ko suke pakai camni ea?
ala, kawan2 aku sume pakai macam nie

situasi dua.
bf ko suke ko pakai camni ea?
dia tak cakap pape pon

situasi tiga.
err boley saya tanya,
nape pompuan suke pakai ketat ek?
(tidak berjawab,muke sadis gile coz dia bajet aku nak mintak no fon)

tiga situasi pada tiga gadis comel yang berlainan.
maaf pada semua.
mereka maafkan aku.

kalo aku tak maafkan ko
aku da tumbuk muke ko.
haha.garang juge ko cik y** ye.

ahernye aku tanya kat ea...
jawapan die senang.
"sebab lelaki suke tengok"...ea,2005
well, maybe.

aku sangat shock!
blog aku sangat hit.
ini aku tidak harapkan.
aku hanya meluahkan apa yang aku rasa.

aku nak wat blog ni pon
sebab tengok budak2 buat blog macam best.
aku nak wat en3 yang agak suka hati aku pon
sebab aku pernah terbaca tag ni.
blog aku.suka hati aku.

maybe ada yang terasa dengan tulisan aku.
perlukah aku di ISA?

aku terfikir.
kalau kita tulis bukan2 barulah orang suke baca.
kalo setakat tulis p pangkor pe jadahnye.
aku syok sendiri.

tapi perlukah kita meragut kehepian orang
untuk medapat publisiti murahan.
tak perlu.
seperti aku katakan tadi.
aku tak suke femes.
aku sukekan low profile.

sebab itu aku tinggal disini.
pekan yang tenang, udara yang nyaman.
kalo nak kerja di kl aku boley.
tapi aku teramatlah bencikan hiruk pikuk kota seperti di jb dahulu.

akhir sekali.
aku sedar aku dah buat lagi.
so dengan jantannye aku mintak maaf sangat2 jika ko dah terasa.

aku terfikir lagi.
kenape ada bloggers yang dipenjara.

dan semalam juga, kat paper ada mention pasal
blog n law ni.
banyak juga pantang larang dia.

antara yang aku ingat:
1. ko takley suke2 post youtube kat blog ko.
2. orang amek pic ko bogel, post kat blog dia..dia ada copyright. what??

aku tidak emo bile dikutuk kembali.
a***, dun weri.
im ok.
haha.
cian tak pasal2 ko terlibat sama.

aku suka lihat kutukan dari sudut yang positif.
ia mengajar kita matang.

hidup ini tidak lama.
maka maaf dipohon sekali lagi.
aku tahu kau terasa.
thanks juga kerana tolong promo blog aku.

malu aku derang sume serang blog aku,
habis biskut gula aku dah hidangkan..
ok korang boley balik.
tiada apa disini.


to all bloggers out there.
i love u all.
thanks for coming.

p/s: lenkali datang bawak biskut sendiri ye

Saturday, March 14, 2009

"lelaki gatal"

haha
pompuan kalo tak suke kat laki yg ngurat dia akan tuduh laki tu gatal.
wtF?

tapi kalo sama2 suke??due2 gatal kah?
wtF? lagi.

apa sebenarnye definasi lelaki gatal ni?
1.pakwe yg suke pegang2 kah?
2. or lelaki yg suke mengurat?
3. or lelaki yg suke ckp 'benda kuning' (credit to anis)

pmpn yg sama2 gatal pasti suke yg 1.
wt?
hahaha.
korang ni biaq betui.takbek la.p kawen lekas
kalo korang da suke sama suke, p kawen.
tp kalo tak cukup segala (umur n wet esp.)
rentikanla.
wat tambah dosa jek.
solat tak tau khusyuk lagi ke dak ni.

bab pegang2
aku penah dgr org ckp
sekali gf bg bf pegang die.
pasti bf tu nk pegang lg n nk lebih.
wth?betol ke?

err
best apa pegang2
nampak cam romantik gitu kalo jalan berdua pegang tangan.
mangkokk.
masalahnye korang tu tak kawen lagi
meh sini aku sekeh.

so adik2 yang disayangi(terutama adik aku yang 2 orang tu)
ni abg ko nk bagi nasihat sikit.
dont ever ever bagi jantan pegang/sentuh korang k.
tak kesahla berlapik or tak
pegang tangan je or watever.
jangan.
jangan.
jangan.
its not worth it, kalo korang rasa best.
memangla memule pegang tangan.
tapi kalo da 8tahun bercinta takkan nak pegang tangan je?
tahun depan i nak pegang lain pulak boley sayang?
boley tapi dengan syarat tahun depan kita da kawen ye bang.
err i tak cukop wet lagi la sayang.
haha

tapi bang,
time tu adik nak lintas jalan,
so bf tersayang adik ni pimpinla tangan adik
kiranya dia ni macam nak taking care adik la.
kat shuwit itu apa bang.

haha
itu namanye dia memimpin adik ke neraka!
sukekah?
apakah adik tak boley melintas jalan sendiri?
berapakah umur adik?

p bukak Quran sekarang.
kat surah apa yang ada tulis pasal bf/gf ni!
u got me?
.
.
.

ok back to tajuk
galz, plz be fair to guys ok.
kitorg ngurat ko sebab kitorg suke tgk ko je.
an appreciation is'nt it?
tak semestinye kitorang nk sgt kat ko.
err.
setelah ditimbang-tara, banyak lagi pompuan lagi dan lagi dan lagi cun dari anda.
muslimah lagi.
bertudung litup.
lemah-lembut
ayu.
manis senyuman
tiada berketat.
itu HOT pada aku.

so cukuplah sekiranye anda bagi je sekeping senyuman kat orang yang ngurat anda.
sebagai hadiah dia ingin mengurat anda.
aka dia mengatakan anda cun pada mata dia.
ingat.
hanya bagi sekali senyuman yang manis sahaja.
jangan sampai dua kali.
korang pikir why.

pastu kalo jantan tu agak2 nak masuk jarum lagi.
n ko tak suke, ko perlu belah dari situ(kalo boleyla)
kalo tak.korang wat2 je bz cam tengah type sms ke.
kol member ke.tgah berak ke or watever...

tp jangan sekali-kali korang wat muke masam.
walopon macam mana buruknye rupe jantan tu.
err korang ingat korang banyak lawa nak bagi muke masam kat die ke?
muke tak la lawa berapa.
pastu nak wat muka masam plak
boleh blah.
.
.
.
err apesal aku wat entry ni?
ye.
sebab tadi aku ada baca blog satu minah.
dia tak suke pasal ada lelaki ngurat die
die istilahkan lelaki tu lelaki gatal..
pastu next topic ley pulak die cite die suke g dating.
err.
ko pon gatal jugak sayang.

ok fine.
sape yang ada bf/gf, aku istilahkan korang gatal.
setuju?
.
.
.

ahh gile la aku nk bebel sal ni kol 4pg.
bek aku tido.
sok aku ada misi ke KL pas keje
ahad lak aku ada MISSION AYUB.
yes.itu tajuk next entry aku.
this weekend im gonna travel to MUAR
bestnye jumpe member2
ok
nite bebeh.

p/s: gonna miss u all for 2 days.
for galz,jgn marah i ok.komen membina dialu2kan





Thursday, March 12, 2009

Teluk Intan - Menara Chondong

+bersambung dari pangkor V3.0 part III(to be release soon)+

Mlm tu balik dari teluk batek ley plak ipin bg idea p menara condong soknye..
Aku ok je..tadahal..
Maybe dia nk fully utilize percutian dia ke perak kali ni..
Ni da kira bonus la..
Pakej asal hanya percutian ke pangkor sahaja..

Isnin 09/03/2009
9pg bertolak ke Lumut..
2org member ipin (hasan n sahril) balik jb pg tu gak coz derang kena ngajar sok pg..
Just ipin yg stay coz dia ngajar sesi ptg..

Tiket tulis kol 9.30pg …tp tgu bas sampai kat kol 11..
Pas derang nek bas je, kitorg pon bertolak ke teluk intan…
Hujan renyai2 tak berhenti dari mula kitorg kuar umah td..
Di pertengahan jalan, hujan makin lebat, so takley nk bawak laju sgt..
Biar lambat asal selamat ye tak?

Akibatnye, dlm kol 12 lebih ckit baru kitorg sampai ke teluk intan..
Ni first time aku sampai cni..ipin juga..
Nk cari menara condong tak susah sgt..
Kalo korang dari arah selatan(hutan melintang), cari signboard menuju ke bandar teluk intan..
Korang straight je, di pertengahan jln korang akan nmpk signboard menara condong..

Straight dan straight lagi sampai korang nampak menara yang condong di kejauhan..itula dia menara chondong..haha
Then pepandaila korang pusing2 cari jalan menuju ke situ..

Menara ni terletak kat satu dataran..
Time kitorg p nih, ada satu festival jual2 kat dataran tuh..
Macam barang bundle je sume..kain2 pon ada gak..
thanks!gua tak minat k..

Sampai je kat kaki menara, kitorg terjmpe satu benda yg mempunyai ‘value’ yg amat tinggi..
Sgt tinggi sampai boleh menidakkan kata anis “takde mende kat menara tuh”
Ya! saksikan kawan2..


thanx kat ipin sebab jadi model karam singh aku..haha
seb bek takde v-cam..

sampah
Pic ini menyerlahkan budaya kita yg suka membuang sampah merata2..
Walopon mcm da isu lapok, tp korang pernah terpikir tak?
Sampai aku dah terpikir yg org skang dah menganggap bumi ni sebagai satu tong sampah yg amat luas…
Buang sampah merata2 ikut suka hati mak bapak derang...err sori kalo kasar..
oklah.ikut suka hati tgn korang nk campak katne..tak sekolah nyer tangan!!

Jika begitu kita ni pun leh gak dianggap sebagai sampah(sebab dok kat dlm tong sampah yg luas) jika tidak ‘sampah masyarakat’…haha
korang ley pikir kan?

Aku paling pantang sekali kalo nampak org dlm kete depan aku, buang sampah keluar tingkap..
Mahu aku bagi high beam, bior derang sedar salah derang…
Lebih meloyakan kalo kat kete dia tu ada tampal sticker ‘Islam is the way of life’..
Perkara ni pernah terjadi depan mata aku sendiri tuan-tuan dan puan-puan sekalian..
Aku lagi rela buang sampah dlm kete, dari buang sampah keluar dari tingkap kete ok!..hahaha

Dah..malas nk cite byk..
Kol 1.15 kitorg gerak menuju ke bagan datoh..
Dah janji dgn Sahar dah..
mud aku da ilang sebab isu sampah tu..
sorry…haha.

moral of the entry: "fikir sebelum buang ok?

p/s: err..pangkor part III korang tuggu je la bile aku ada mood nk wat k..sumimasin (tnx aisya) (hahaha.mcm la ada org nk bc sgt cite ko dude weii.err blah la lu)

Wednesday, March 11, 2009

pangkor v3.0 [part II]

nak tanak kena la beratur bersesak-sesak dgn derang sume..
wuiyai..dia punya bau aku takley nk ckpla..apalah malang nasib kita kan pin..
ada dekat setengah jam kena berhimpit-himpit tuh..tatahannn

  • feri
last2 dpt gak kitorg naik feri..
patutnye tibe time kitorg acik feri tu da nak tutup gate..
tapi aku terpaksa la gunakan ayat manis untuk convince dia bwk kitorg gak..

dude: ala bang..4 orang yg kurus2 tak bley masuk lg ke?
acik feri: berapa org?4 org?..ok2 masuk2...
dude: (yesss..berjaya gak skill aku..kalo tak naye je kena tgu lagi setengah jam..jam da menunjukkan kol 10pg..kalo lmbt sgt nnt da tak best)

kali ni aku naik feri yg agak kecik ckit..tak mcm sebelum2 ni..
so ini mungkin juga faktor penyebab perjalanan feri yg selalunye amek masa 45 minit ley cut short jadik 30minit je lebey kurang..
dalam feri tu takde de kitorg nk duduk kat dalam mcm org bodoh..kitorg lepak kat luar sambil snap pics gaya bebas..

  • pulau pangkor
sampai je kat pangkor, aku tgk costruction jeti baru tu tak siap2 lagi..
nk dekat 8 bulan dah, tp tak siap2 lagi..apala nk jadi kan..

kat jeti tu gak aku terserempak dgn secretary tmpt aku keje..alamak kantoi la plak..
hehehe..

  • teluk nipah
then kitorg amek teksi van warna pink untuk p ke teluk nipah..
rege tambang 12hinggit..okla maintain sama cam dulu..

sampai je kat kuala nipah aku approach satu mamat yg jaga kedai watersport..
dude: bang, adie mana bang? (aku adalah regular kastemer kedai si adie ni kalo nk p snorkeling)
mamat x: oh adie da takde da..
dude: dah takde???
mamat x: a'ah..dia da jaga jetski kat redang sana..
dude: oyeke..aritu sy dtg bln 11 ada lagi dia..
mamat x: korang nk pakai bot ke?
dude: a'a..kitorg nk p snorkeling..berapa bang?
mamat x: 15hinggit..ok korang p tukar baju kat surau dulu nnti korg jmpe sy..

pas tukar baju, aku cari2 dia..takde la plak..
approach mamat lain..dari kedai yg sama..
sekali dpat la plak rege sekepala rm10...yessssss
rm10 ni package dia ialah: sewa bot pergi balik ke pulau giam(pulau tmpt snorkeling)..sewa goggle n sewa life jacket..

  • pulau giam
10.30..kitorg naik bot p pulau giam..
punyala bapak ramai org..
dari jauh dah nampak org pakai lifejacket warna oren memenuhi pulau..
ermm nk wat cane ..p jela..

sampai2 tgok air keroh..
adoiyai..mlm td hujan semalaman kan..so air agak keroh la..
cane nk tgok ikan..
nk tanak kitorg turun jugak..

apala malang naseb, goggle si ipin ley plak tertanggal da terus terjatuh tenggelam..
mak aii pin..rm70 tadi brader tu ckp kalo goggle ilang..
kitorg try gak carik2..tapi nk wat cane, air keroh ..tak nampak apa..
adulahai..sian si ipin..terus ilang mood nk snorkeling..
sian kat ipin..

penat berendam, kitorg naik atas jap..balun twisties, biskut n air soya..
tatahan beb asek terminum air masin jek..nk gak rasa air manis lak..

bile da dekat2 kol 12 kitorg tgk air da jernih..maybe sebab matahari da tegak kat atas..
aku campak roti(aku beli roti yg lum xpired okayyy), byk ikan dtg mkn..best2
apalagi kitorg turun la ..bagi ikan makan roti dlm air lagi best..
korang pegang je roti tu, nnti ikan2 tu dtg la patuk..eh gigit roti tu..
sonok beb...
seronok aku tgk dak2 ni seronok bg ikan makan..
lupe sat goggle ilang...hahaha

+bersambung lagi ya+

p/s..oh untuk soalan si anis tu..jwpannye ialah..pesta maggamai(not so sure ejaan dia)...pesta ni disambut sebulan selepas perayaan thaipusam..Indian akan dtg berduyun2 (dari negeri perak mostly) ke kuil di pulau pangkor ni untuk smbt perayaan ni....ada faham cik anis?

pangkor v3.0 [part I]

mlm tu tido lewat sal update blog..
kol 4.30 aku da tersedar..
tepat kol 5 ipin kol

ipin: helo
dude: emm (nada mamai)
ipin: ko da bgn ke
dude: emm (nada mamai lagi)
ipin: aku da smpi mana tak tau la ni..tp aku baru je pas tukar bas..

(aku agak ni mesti kat teluk intan..bas2 yg menghala ke perak, memang akan tukar passenger suka sama suka kat sini..maybe untuk senang menuju satu tmpt je kot..besenye aktiviti ni hanyalah untuk trip belah mlm je..tak penah lagi aku nek trip belah siang)

ipin: aku nk turun mana ni?manjung ke lumut?
dude: emm ko turun lumut..pastu ko p carik masjid.dekat je dgn bas stand lumut tu.ko tny kt orgla..
ipin: ok roger.

aku tak terus bangun g..
da kol 5 lebih baru aku start bersiap..
kol 6.30 aku smpi kat masjid lumut..
imam tak bes lagi baca doa..g cimb sat..
patah balik p masjid tgk jemaah da start kuar..
aku carik kelibat ipin..
haha.still stylo lama lagi..rambut panjang walopon dia seorang guru disiplin
aku kuar dari kete biar dia nmpak aku..
bkn pe..dia tak kenal kete aku sebab tak tau aku da angkat kete..wahaha

ipin tetap maintain cam ipin..tak berubah jadi upin pon..
da dekat 8 bln aku tak jumpe dia sejak aku pindah dari jb dulu..
terharu aku bile aku hulur tgn nk salam, ipin peluk aku..sades.

aku suruh derang bersiap n mandi2 dulu kat mesjid sblm p sapan..
bkn pe..nk tgu mandi kat pangkor kang, mau lari awex comey kat atas feri tu kang bile terhidu bau derang..hahaha

masa lepak kat kedai sapan, aku da rasa something coz tgk ramai sgt Indian nk p pangkor..
kalo pakai pakaian bercuti takpe.. ni siap pakai pakaian tradisi lagi..pakai sari lagi..
ermm..kitorg mula la pikir arini ari pe ek..nk kata thaipusam, baru je lepas sebulan arituh..
seigat aku last aku p pangkor ari ahad gak, tapi takde arr bapak seramai arinih..

pas sapan, p jeti beli tiket...tu diaaaaa...
dalam seratus org yg ada, aku rasa 90 org india..
memang sure ramai la..
aku da mcm rasa tgah tgu nk smbut thaipusam dah..

+smbg lg nnti+

Monday, March 9, 2009

jalan2 hari kedua

arini aku jln2 p teluk intan(menara condong), bagan datuh(umah member-sahar & umah 'bekas bakal')...

tapi aku tak larat nak update skang...
esok la aku update...
so aku da hutang 2 en3 kat blog aku neh..
sumimasen en.blog..

penjalan yg penat.

Sunday, March 8, 2009

baru balek pangkor v3.0

huhuhuh
penatnyer...
baru je siap mandi..
baru je sampai umah kol 11mlm tadi..
dari pagi tadi kol 6 aku kuar..nila baru balik..

sok la aku update cite siang tadi p pangkor..
tak larat gile ni beb..
nak tido dah..

sok pg plak aku ada misi ke teluk intan (member aku soh bawak p tgok menara condong tuh..ok gak..aku pon tak penah sampai)
then kalo sempat maybe nak p jln2 kat bagan datuh plak.
insyaAllah..

nak ikut?

Saturday, March 7, 2009

tentatif pangkor..v3.0

saturday ~ march 07, 2009
[9.45pm]... team jb dijangka bertolak.
(tp ipin call time ni ckp bas tak masuk gear lagi.masih dlm fasa 'panaskan engine')


sunday ~ march 08,2009
[5.00am]... ipin akan kol aku kejut aku bangun tido
[6 to 7.00am]..team jb dijangka sampai di lumut
[7.30am]...cari kedai sapan n sapan dulu sebelum nek feri ke pangkor
[8.30am]...beli tiket feri
[8.45am]...naik feri ke pangkor
[9.15am]...snap pic atas feri (dgn awek cun kalo ada.wuhu)

[9.30am]...sampai ke jeti pangkor
[10.05am]...sampai ke teluk nipah
[10.15am]...usha2 line kat pantai dulu.. :)
[10.30am]...naik bot ke pulau giam
[10.45am]...memulakan aktiviti snorkeling gaya bebas + gaya memikat awexs
[10.46am]...memberi ikan makan roti expired.

[1.00pm]...balik ke teluk nipah
[2 to 3.00pm]...mandi, solat n makan
[4.00pm]...window shopping kat gerai2 sepanjang pantai
[5.00pm]...solat
[6 to 7.00pm]...nikmati sunset di pangkor
[7.30pm]...solat n bersedia untuk bergerak ke jeti pangkor
[8 to 9.00pm]...beratur tunggu giliran nak naik feri..sure ramai gile ahh
[9.45pm]...sampai di jeti lumut
[10.00pm]...bergerak balik ke manjung..team jb sume lepak umah aku..takyah lepak chalet..sep ckit bajet.boleh kawen tahun depan sume..wahahaha

sekian.
ajk percutian anda,
____________
en. dude

gangster kah aku?

hmm malas nak cite sal ni sebenarnyer..
xbest.
wat ilang mood jek.

apakah dosa aku smlm agaknyer..
masa kuar simpang umah odw nk p men futsal, nyaris terlanggar mat rempit..
adeh.manalah aku nampak ko, dah ko tak pasang lampu motor ko..
pikirla sikit geng.mangkuknyer mat rem.

patu smpi2 je kat court..hmmmmm...
berlaku adegan tak diingini..
hampir2 jadi kes polis..huhuhu.
bahaya tol aku nih...huhuhu

*adegan sepenuhnye tidak dapat diceritakan disini akibat tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Penapisan Blog oleh sebab aksi 18SG nyer yg terlampau...

last2 kitorang terpaksa men kat court futsal len yg agak kureng best ckit..
jadila wat2 kuar peluh men futsal daripada kuar darah bertumbuk ye tak..

n siang tadi kat opis..
aku da agak mesti kecoh satu department jadinye..bkn dept. aku je..
dept. belah2 lain pon tau dah..

mula la sorang2 (termasuk yg tak turun mlm tadi) kuar kan ayat2 derang kat aku (sambil niat menyenda aku)..hahaha..aku relax jek, sambil ckp "no comment!"

jijie n ra-v... "saya sumpah!saya sumpah!" <-- tiru ayat si antagonis mlm tadi.
MAMI... "wahh..ni la HERO kita..penganjur mcm ni yg kita cari...ko skang top ranking..sume awek2 cite sal ko"..aik??hero ke?wahahaha..waklu mami.adehh jgn siku aku wei.
emir.. "weh, pehal mlm tadi? berlagak ko ye?"..wahaha.aku tak sengaja la..

kesimpulan entry ini:
aku bukan gangster ok..aku hanya manusia biasa yang bisa membuat sesuatu yg tidak dijangka jika maruahku tercabar..(tercabar tol aku mlm tadi)

sekian.
harap siyes dgn aku.. (ngehehe)

tetibe aku teringat kt one of feveret movi aku nih...hmmm..
korang da tengok?

Wednesday, March 4, 2009

pangkor...versi 3.0

this coming weekend a friend of mine dari jb nak dtg n ajak i bercuti ke pangkor..
insyaallah jadi kalo tiada aral melintang..

+nnti smbg balik.ngnatuk yg amat.
tq

sori skang bz ckit