Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Monday, March 16, 2009

biskut gula & siaran tv terganggu

haha
hot sangat ke.
tidak.
emosi je yang lebih.

aku akan lebih berhati2 bile nak post en3 panas lenkali.
untuk menyejukkan keadaan,
aku akan lepak2 sambil makan biskut gula cecah air teh panas.
yeah!

aku akan tengok sahaja orang keluar masuk
dan meludah bersepah2 kat blog aku.
well.
aku tak kesah.
aku tidak emo.

buang masa je aku nak layan orang pendek akal macam tu.
melihat suatu idea hanya pada surface nye sahaja.

anda beremosi
aku tak salahkan anda.
aku beremosi
korang salahkan aku,
well..
aku hanya mampu mintak maaf.

aku adalah manusia biasa yang sudah pasti melakukan banyak kesilapan.
banyak.
banyak.
banyak.
korang maksum? aku tak tau.

ahhh aku tanak emo2 lagi.
aku nak makan biskut gula.
tapi awas!
jangan amalkan makan biskut gula selalu ya teman2.
tak baik untuk kesihatan.

biskut gula yang paling sedap ialah keluaran hup seng.
kenapa?
sebab kandungan gula yang tinggi.

biskut gula yang paling kurang sedap ialah keluaran atau brand tiger.
kandungan gulanya amatlah minimal.
mungkin syarikat itu menganjurkan amalan gaya hidup sihat.
and mungkin juga sebagai satu strategi perniagaan mereka.
entahlah.

ada jugak orang anggap ini makanan orang miskin.
ahh mereka itu yang miskin sebenarnye.
tidak bisa menggunakan akal dengan baik.

sambil menguyah aku asek terfikir yang aku nak bagitahu korang satu rahsia
rahsia menara chondong

dari aritu lagi nak bagitahu tapi tiada berkesempatan.
korang tahu kenapa menara kat teluk intan tu chondong?
fakta sejarah: foundation tanah yang tidak kuat.
well...
itu yang ditulis kat pamphlet

rahsia sebenar hanya boley korang tau bile korang da menjejakkan kaki disitu
sebaik melangkah masuk ke tingkat pertama menara
aku ternampak 2 orang
(penjaga menara kiranya)
sedang menonton astro.
ye menonton astro di dalam menara.
dengan tidak peduli akan pengunjung yang keluar masuk.
apa kehey tengok astro kat tempat kunjungan umum beb?

manusia. jika ditegur pasti melenting.
biarlah mereka.
sedang aku seronok baca fakta2 sejarah diisitu...
bam!!!bam!!!bam!!!

terkejut beruk kami.
menoleh ke arah sang penjaga.
si lelaki itu menghentakkan kakinye dua tiga kali ke lantai.
untuk apa?
kerana siaran astronye terganggu.

aku fikir lagi.
takkan dengan ko hentak kaki siaran astro ko boley ok.
hmm rupenye, tv nye yang da agak mengong..

hentak lantai.
tv ok.
rosak kembali.
hentak lagi.
tv tak ok.
hentak lagi dengan menambah sedikit kekuatan.
tv ok.
tv rosak lagi.
hentak lagi.

aduhhh.
apala korang nih.

pin, aku agak2 ni la sebab menara ni boleh condong.
hahaha.

oleh kerana rasa baik hati dan menyampah,
kami sama2 hentakkan kaki ke lantai
bile siaran tv terganggu lagi.
mereka pandang kami.
err, welcome.
hehe.

secara tak langsung,aku dan ipin telah terlibat sama
menchondongkan menara ini.

ok cukup.

terjumpe si murai, paterikan mulutnya

4 comments:

  1. biskut gula munchy lagi sedap la ..

    kalo dah roboh menara tu nnt ..
    kita sume tau la ..
    sapa penyebab nya ..
    hahaaa

    ReplyDelete
  2. weh anis.
    kwn sy pernah kerja dikilang biskut itu.
    dia pernah menasihati saya kalo boley jganla mkn biskut munchy..
    well adala..
    sy percaya dan sy tak pernah mkn lagi..
    ;D

    ReplyDelete
  3. hahaha sebab astro ke.pakgad tengok af ke?

    ReplyDelete
  4. haha.
    takla aisya.
    derang tgah laya muvi hapekebendatah.

    ReplyDelete