Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Sunday, March 22, 2009

global economic meltdown

err.
mintak mahap ya pejuang2 bahasa.
kali ini aku gunakan bahasa asing sebagai tajuk en3.

7.35am.
ringtone.
'abah'
dengar sore mak.

pagi2 lagi mak aku dah call tanya khabar aku.
(err.bukan aku tanak call mereka.3ari lepas baru je aku call derang masa bday papa.that can be considered as baru ok.)

hmm.
mak aku risau akan keadaan kerja aku disini.
yela abang aku dah selalu je asek dapat cuti yang tak perlu dari majikan dia..


bila krisis ekonomi melanda,
sektor pembuatan lah yang akan memula rasa badainya.

walaupon aku kat o&g,
aku pun merasa bahangnye jugak.
yelah seperti yang kita tahu,
rege minyak dunia skang ni hanya USD52 per barrel.
murah tu beb!
kalo nak best or selamat,
rege minyak kena naik sekurang2nye ke paras USD80 per barrel.

ei patutnye kita kena sukalah kalo minyak murah.
nope.tidak tepat.
bile rege minyak terlampau murah.
industri jadi kacau bilau.
minyak murah sebab kurang permintaan dari industri pembuatan khasnya.

aku tanak cakap sangat pasal harga minyak domestik.
kang tak pasal2 aku kena tangkap.
cukup aku katakan kalau rege minyak kat pam skang RM1.50,
itupun sudah dikira mahal.
tapi kat pam skang RM1.80 beb!

ok, korang fikir the rest ye.
tak faham ym je aku.
hmm..

global economic meltdown.
seingat aku,
benda ni da start dari june/july 2008.
puncenye?
krisis perumahan di US.

dalam minggu lepas aku ada dapat satu emel fwd2 yang menjelaskan hal ini dengan terperinci.
sangat bagus.
aku da tak igt sangat tapi lebih kurang macam inilah.

krisis perumahan di US:
pemaju buat terlampau banyak sangat rumah.
rumah tak laku.
tiada pembeli.
pemaju rugi.
bank pun rugi,
sebab tak dapat balik modal pinjaman ke atas pemaju..

sebab tu kalo korang masih ingat dalam tahun lepas,
kerajaan2 derang dah start amik alih bank2 kat sana sebab tanak bagi bank bankrupt.
kalo bankrupt lagi dahsyat beb.

kemelesetan ni terus melarat-larat ke industri yang lain-lain.

krisis perumahan.
krisis pinjaman bank.
krisis insuran.
krisis permodalan.
krisis sektor pembuatan. <-- ramai pekerja dibuang..
harga minyak jatuh.

hmm.
aku cuak gak dengan situasi ni.
dah dua projek company aku kena hold sebab harga minyak murah ni..
apa-apa pun, ke hadratNye kita semua berdoa agar kita selamat di dalam situasi yang tak menentu ini.

mak, tolong doakan anak mu ini ya.
tq mak.

p/s: aku bukan master sangat pasal ekonomi ni.
ni hanya dari pandangan aku yang serba kekurangan.
maaflah kalo ada yang tersalah.
mungkin korang lagi pandai dari aku.
so bagila komen korang k.


+perlukah aku ke singapore?+

No comments:

Post a Comment