Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Wednesday, March 18, 2009

wanita baik vs lelaki jahat

jiwa syahdu.
rasa cam cian sangat kat insan bernama wanita.
asyik2 dianiayai oleh insan bernama lelaki.
citenye begini.
kat opis nari aku bz sangat2.
tp nak release jap,
aku bukak emel fwd2 sang opismate.

pasal wanita yang dikecewakan lelaki.
hmm.

aku kopipes cite die tu kat bawah ni.
so kepada tuan empunye(seorang wanita baik tapi tak cantik) cite ni,
mintak mahap jika kau marah aku kopipes cite kau.
kalo kau terbaca, tampil ke depan.
tak puas hati, aku segera delete.

Bila Isteri Dah Tak Cantik
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri…
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka.
Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak,
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak.
Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya.
Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malamapabila dia perlukan saya. kredit to aweksopanweblog
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri.
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun.
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja.
Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.
Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan.
Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.
Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yangbaru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.
Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.
Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.
Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman.
Dan perkahwinan juga tempat kita di uji.
Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .
Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.
Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t’jawab utk anda memperbaikinya.
…InsyaAllah. ……
bagi wanita yang suka menggangu atau menjalinkan hubungan dengan suami orang berubahla.usahala cari yang bujang dulu..ingatla satu hari nanti anda mungkin akan merasakan perkara yang sama sekiranya anda menganiaya wanita lain.janganlah jadikan cinta sebagai alasan kerana ia boleh dipupuk dan dinyah pergi…lelaki zaman sekarang ni susah untuk berlaku adil..jadi usah terjebak…tepuk dada tanyalah selera.......

kesimpulan: buatkan aku takut akan perkahwinan.
takut aku menjadi seperti jantan dayus itu juga.

Ya Tuhan, tolong jauhkan aku dari menjadi seperti itu..
Ya Tuhan, tolong jauhkan aku dari menjadi seperti itu..
Ya Tuhan, tolong jauhkan aku dari menjadi seperti itu..
amin.

penchenta wanita

2 comments:

  1. hurm ..
    menakutkan jugak tuh ..
    marilah kita sama2 jaga bdn ...
    :D


    * t-shirt bodo sgt selesa kot ..

    ReplyDelete
  2. tak tentu gak nis.
    ada tu, bini da cun macam model tp still cari lain.
    mengapa?
    itulah lelaki (tapi tak semua k)

    ReplyDelete