Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Thursday, April 30, 2009

walk of love part three

membuat en3 pendek adalah digalakkan kerana aku sangat ngantuk bahana tengok bola malam tadi..
aku tak cukup tidooooo....

MALAM SEMALAM:
kami telah berjanji untuk bertemu di gate pagi tadi..
"ok.esok i datang awal pukul 7.30 dari umah. i akan swipe tepat pukul 7.45"
"ok.i tunggu u..nanti kita masuk sama2 eh"

PAGI TADI:
tetibe kawan aku yang umahnya selang beberapa ela dari umah aku, nak tumpang aku p keje sama pulak..
its ok.tiada masalah.
sampai je kat parking..
"man, ko gerak dulu eh. aku nak tunggu jap.."
"hmm.ok"

aku berjalan perlahan2 menuju ke gate sambil mata melilau mencari Gadis-Kek-Chocolate.
dia tiada.
aku terpaksa meneruskan perjalanan masuk secara gerak perlahan tahap sloth agar dapat terserempak dengan dia.
namun gagal.
aku terpaksa masuk juga sebab..
"kalau awak tengok saya takde, awak jalan je dulu ea.saya tak nak awak terlambat.."

aku teruskan perjalanan dengan hati yang kecewa.
biasa aku berjalan dalam masa 5minit sahaja, pagi tadi aku rasa ada dekat 10minit ia mengambil masa.
nasib baik dapat juga aku perasan akan kelibatnya ketika dia sampai di recep.
hilang rasa rindu aku..hahaha

yang lagi best dia boley lambai tangan pulak kat aku..
seraya fazli yang berada disebelahku menegur..
"aduhh.. rosak korang berdua nie.."
err apakah yang rosak nye tu li?hohoho

PETANG TADI:
kami berjalan pulang bersama.
berlakulah episod walk of love part three..
adeh..dia jalan sebelah kiri pulak, secara tak rasmi aku jadi sedikit pendek dari dia..
saje je u ea ;p

"sorila pagi tadi i terlambat..;("
"its okay..;)"
"i tergesa2 sampai ma i tegur, ma kata i nampak lain pagi tadi.."
"ooo... ma u perasan kot yang u 'nampak lain' hari ni..
besela mak sendiri mesti perasan anak dia macam mana kan"


hmm..ptg tadi pun aku perasan yang dia 'nampak lain' arini..hehehe.tanak cakap apakah itu ;p

aduyaii.. esok cuti.
mesti aku rindu banget sebab tak dapat nak beremel dengan dia..;(
dan aku pun tahu apa yang kau rasa wahai Gadis-Kek-Chocolate...

tahniah buat penyokong M.U tersayang..

tahniah pasukan dia menang 1-0 pagi tadi..;)
dan seperti yang telah dijanjikan, aku akan bagi hadiah senyuman paling 'ikhlas' untuk dia hari ini..
sangat pahit untuk kuterima kekalahan arsenal pagi tadi..
namun, tidak mengapa pasukan ku tewas asalkan kau gembira wahai Gadis-Kek-Chocolate ku..;)

Tuesday, April 28, 2009

WARNA KITA SAMA

sebelum aku teruskan dengan kuliah cinta seterusnya(hahahaha.ok, korang boley p muntah dulu kalau mahu.;p), ingin aku nyatakan bahawa tajuk untuk entry ini aku decide setelah mendapat persetujuan bersama dari Gadis-Kek-Chocolate siang tadi ;)

sangat keajaiban ok.
tapi aku tak berapa terkejut sangat sebab aku percaya itu kuasa Tuhan..
itu kehendakNya..
apakah maksudnya?
aku pun tak tahu...

cerite bermula begini..

jam tunjuk kol 11.56..
da nak rehat jap lagi..
sume keje aku da setel..
tengah sandar kat kerusi..
tetibe rajin lak jari aku taip msg..

"u da amek nasi ke?"

haish pe kehey pulak aku gatal p tanya ni..
bukan jadual aku pon nk p recep nari..
n..

"belom.naper u amek nasi ke?lagi 1 minit i turun.."

dengan tak sempat mengreply msg itu aku segera menyapa ra-V, member ku si tukang amek nasi hari itu..
"v, aku polo ko p depan"
muahahaha..;)

sampai kat recep, nasi lom sampai..
aku lepak2 dulu.
dia pun lom sampai lagi..

n tetibe kedengaran bunyi heel menuruni anak tangga..
aku toleh kearah si pencetus bunyi itu..
dan si pencetus bunyi juga melihat tepat kearah aku..
mata kami bertentangan seketika sebelum dia meneruskan langkah ayunye itu..;)
(ok.break.p muntah lagi kalo berani ;p)

macam biasa aku da tak hengat menda apa yang aku mula2 tegur dia.hahaha...
aku just ingat aku sebut..
"sama.."

dia pun sama2 terpana aku rasakan..
kami tak dapat berbual lama memandangkan dia bawak bodyguard n kat sebelah aku pulak ada si ra-v yang tak abis2 senyum kat aku..
adoiyaiii..
kacau daun tol lah mereka2 ini..huhu

sampai je kat department aku balik, terus aku hantar emel berbunyi..
"sehati sejiwa.."

any concrete reason?
yes.
hari ini aku pakai baju kemeja kaler hitam,
n dia pon pakai baju kaler hitam jugak.
voila.

kami tak berjanji pun ok.
sebab kami tak jiwang pun nak pakai baju samalah hapelah.
muahahaha.
tak jiwang kau cakap?
ya tidak.
alasan?
sebab aku dengar lagu DEWA.
muahahaha.
err dengar dewa itu tak jiwang kan?

CERITA DI PIHAK AKU:
hari ini aku telah set in mind nak pakai baju yang pertama kali dia perasan akan aku di recep sebulan yang lepas..
tapi pagi tadi aku carik2 tak jumpa pulak.
aku da risau.
mana pulak baju yang adik aku hadiahkan kat aku tuh.
aku sure mesti tertinggal kat dobi ni.
(err. aku bukanye malas nak basuh baju, tapi acik dobi tu yang rajin sangat tolong basuhkan baju aku.tq acik dobi ani.aku da tolong pomot ni next time bagi murah2 ye ;p)
so, nak taknak aku capaila kemeja kaler hitamku itu..

CERITA DI PIHAK GADIS-KEK-CHOCOLATE:
"ntahla..tetibe arini i terpandang baju kaler hitam tu je..
n i dapat rasakan yang u pon akan pakai baju kaler hitam gak hari ni..;)"

well well well.
any idea?
kebetulan..?
mungkin.
akan tetapi kebetulan tidak akan selalu berlaku bukan...
hari ini sahaja, kebetulan itu berlaku sebanyak 3 kali padaku..

aku anggap ini hanyalah kehendakNya..
dan aku perlu berfikir apakah hikmah yang tersirat di sebalik semua itu..

kehidupan ini best bukan?
kejap kita rasa gembira..
kejap kita rasa marah..
kejap kita rasa kosong..
kejap kita rasa 'penuh'..

itu semua perlu kita hadapi dengan tenang, waras, ceria, positif n sentiasa ingat padaNya ;)

Monday, April 27, 2009

pendedahan

untuk pengetahuan semua..
Gadis-Kek-Chocolate tidak tahu akan kisahnya yang kurakamkan disini..

sebelum2 ini seringkali aku terfikir adakah wajar untuk aku menceritakan perihal hubungan kami di blog ini?
lantas aku telah mengambil keputusan untuk berterus-terang padanya.

semasa 'sambutan' hari lahirku (genap sebulan setelah aku mengenalinya), aku telah berterus-terang padanya tentang beberapa perkara..
antaranya ialah mengenai watak dirinya sebagai Gadis-Kek-Chocolate di blogku ini..
aku telah menceritakan padanya bahawa aku telah menulis di blog akan perhubungan kami sejak dari hari pertama lagi..
lantas pada semalam hari, buat pertama kali dia telah membuat lawatan sosial ke blog ku ini..
dan ini respon pertamanya..

"segannyerr...i rasa bersalah.."

aku tak faham..
aku gagal membaca maksudnye kali ini..
dan aku masih belum mendapat komen selanjutnya dari dia..
kami sama2 sibuk semalam..
tapi aku tak merasakan pun penurunan pada graf perhubungan kami setakat ini..
harap2nye begitulah..

well sayang..
kalau u baca en3 ini, i nak u tahu bahawa i sangat risau akan penerimaan u terhadap i setelah u tahu pendedahan yang i buat selama ini..
i pasrah..
i just nak u tahu ~ perasaanku tentang perasaanku kepadamu..
i tahu, u pun dah tahu bukan ;)
dan terima kasih untuk respond yang amat positif itu ;)
*flying kiss*


pendedahan

sebelum2 ini seringkali aku terfikir adakah wajar untuk aku menceritakan perihal hubungan kami di blog ini.
lantas aku telah mengamil keputusan untuk berterus terang padanya.

semoga sihat ye sayang ;)

dear Gadis-Kek-Chocolate..

bagaimana dengan medical check-up mu itu?
aku berharap semoga tiada penyakit serius yang kau alami...;(
aku disini sentiasa berdoa agar kau dikurniakan kesihatan yag baik dan kehidupan yang ceria..
jangan risau ye sayang..
InsyaAllah tiada apa-apa..;)

aku yang ...........

Sunday, April 26, 2009

T.I.R.A.M

HARI INI 26 aPRIL 2009...

department kitorang buat family day kat Teluk Rubiah, Lumut..
sangat best okay!!
thumbs up tangan dan kaki untuk Kak.Ju n Kak.Iza(padahal sebaya aku.muahahaha) kerana korang jadi organizer yang baik..

nama yang diberi untuk kumpulan kami ialah TIRAM...
oleh kerana kehebatan kumpulan kami yang diketuai oleh aku sendiri, Cik Mat, Joe, Nuar, Amin n Along-Hazami,
kami telah menggondol hadiah(samada 1st, 2nd or 3rd) untuk semua game yang dipertandingkan..
muahaha..Gelak kepuasan sikit.

time bagi kumpulan tu, team lain agak berbulu kerana team kami dianggotai oleh lelaki kesemuanya..muahahaha ;)
jangan marah geng..
pembahagian kumpulan dilakukan secara undian..

GAME YANG DIPERTANDINGKAN:
coconut bowling ~ no. 3
mummy returns
~ no.3
sand castle ~ no.1
gorilla run ~ no.1 (akibat sedikit taktik yang kami gunakan untuk game ni, kumpulan lain telah cop kami sebagai team 'tak jujur'..muahaha
egg hopping ~ no.2 (time game ni, aku telah disaiko oleh dak2 team lain sampai sebiji telur yang ku lontar ke Joe tak sampai n jatuh pecah)


inilah Sand Castle 'Istana Menanti Tiram' yang telah menggondol hadiah tempat pertama..muahahaha

hadiah2 yang dimenangi oleh team kami ~ Team Tiram


team Tiram yang begitu gagah mengondol semua hadiah..er aku yang mana ye?


yang aku paling tak tahan...
selepas game gorilla run tuh, kami telah dicop sebagai team tak jujur..
game2 pastu abes kami kena saiko yang amat oleh team lain..
time aku amek hadiah tu pon derang sibuk tunjuk tak puas hati kat kami..
"booooo....team Tiram tak jujur..tak jujur.."

kekekeke...
relax geng..
biasalah..
orang yang hebat sentiasa dicemburui..
miahahaha. ^-^

baik2 tagline kami..
"tiii...tiii..
.tiii...tiirammm!!"...
ditukar dak2 ni jadi...
"tiii...tiii...tiii...tipuuuu!!"...
ekekekeke..

k geng, aku lepak gile nih..
nak tido arr..
ciao.

p/s: hepi betul aku arini...tapi still tak dapat tandingi kehepian semalam bersama Gadis-Kek-Chocolate...thanks sayang ;)

Saturday, April 25, 2009

25th April

Alhamdulillah..

today is my 28th birthday...
i'm very happy today..
u know why ;p..

THANK YOU friends for all the birthday wishes...^-^

Friday, April 24, 2009

the presento

err
aku nak cite pendek2 je kali ni..
jap g aku ada 'date'..
hahahaha.

guess what?
ptg tadi ialah walk of love siri kedua!
yeaayeaaaahhh!!!

walopon aku sangat bz tahap bapak gaban arini,
namun 'demi masa depan', ku tinggalkan semua kerja!
haha.ok pe..aku bukan ada OT pun..;p

petang tadi semasa melalui 'denai2 cinta' itu..
[hahahacam haram.padahal jalan tar nak p parkin jek ;p]
dia mengucapkan ini sambil menghulurkan sesuatu padaku..

"ini untuk awak.."

aku belek2, pikir, senyum..dan berkata..

"oh, ni kek coklat kan? err thanks..;)"
"err thanks sangat tau!"

sebenarnye time ni aku dah masuk ke dalam twilight zone aku sendiri.
da tak ingat amenda aku merepek kat dia.
yang aku ingat dia cakap ni je..
"ambillah..kan dari situ kita kenal..kek coklat.."...*senyum

haduhai..
terharunye aku...

+++

dan sampai tika ini aku masih tak makan lagi kek itu kerana berasa terlampau sayang pulak nak makan..
tapi kalau tak makan karang, lain pulak maksudnya..
ahh kejap lagi barangkali...;)

+++

"makan dari hati, baru rasa kesedapan kek tu.."
makan dari hati?wow! kamu pun puitis juga ya..

+++

and i think this is the best-present-ever i had for my birthday ;)


...inilah Kek-Chocolate-Sedap pemberian khas dari Gadis-Kek-Chocolate ;) ...

Thursday, April 23, 2009

walk of love part two ;p

adakah ini sambungan cite semalam?
ermm maybe..
err maybe not..

ni cite sal pagi tadi ok.

sepanjang ingatan aku, aku tak pernah terserempak dengan dia di walk of love itu sewaktu pagi hari..
dan aku tak kesah sebab memori petang semalam masih segar di minda dan membuatkan aku tersenyum meleret sewaktu on da way ke opis..

dan nak dijadikan cerita,
pagi tadi aku sengaja melewatkan diri datang ke opis sebab ..
"bro, aku tengok awek tu asyik datang lambat je pagi2..cuba ko sound sikit.."
ohh rupe2nye jadual kami ke opis tidak sama..
aku barangkali datang lebih awal dari dia, sebab itu kami tak pernah terserempak..

+++

taktik aku berjaya..
pagi ni,
aku pulak yang datang terlebih lewat berbanding dia..
masa aku sampai tengok dia dah nak masuk..
aku dalam dilema..
samada aku nak call dia suruh tunggu aku, atau..
aku biarkan sahaja dia berlalu masuk seorang diri..

aku pilih yang kedua..
aku biarkan dia masuk dahulu..
er kenapa eh?
entah.
just gerak hati aku begitu..

dalam perjalanan, aku sms dia..
"da jauh ke jalan?i nampak u tadi;)"
dan dari kejauhan aku pasti gadis yang sedang tertoleh-toleh ke belakang itu ialah dia..
kasihan dia tercari-cari akan aku..
adakah aku kejam?
tidak.
aku sedang menduga barangkali ..;)

+++

hari ini aku bz tahap gaban..
tak dapat aku nak layan emel2 dari Gadis-Kek-Chocolate..;(
dan petang tadi setelah selesai semua kerja, aku check emel..
"u balik pukul berapa?i dah kemas2 ni"
"ok la i balik dulu.salam.."...dihantar pada jam 5ptg..
kedua2 emel itu tidak sempat ku jawab..
tapi ku pasti niat dia..
jam sudah menunjukkan pukul 6ptg, sure dia sudah pulang..

+++

aku
teringatkan cerita My Boss My Hero..
ngehehehe..
(milo, kalau silap betulkan aku..aku da tak ingat sangat jalan cite ni..)
si heroin comel ni mengajak si hero mangkuk untuk melalui walk of love itu sekali lagi...
namun si hero enggan kerana dia rasa dia tak layak untuk si heroin itu..
akibatnya, menunggulah si heroin itu dengan perasaan kecewa...

err. apakah persamaannya?
tiada.
hahaha ;p

+++

dan agak2nya apa yang aku rasa bila dia ungkapkan kata2 ini..
"tadi pas da tak blackout, i terus bukak emel check2 kalo ada emel dari u..;("

walk of love..

meh aku cite ckit meh..
opis aku @ kitorang ni agak jauh dari pintu pagar utama..
kena la jalan dalam lebih kurang 5 minit untuk sampai..
setiap pekerja kena melalui jalan ini setiap hari..
pergi dan balik..

kecuali client dan boss2 jek yang bley drive masuk ke dalam..
walopon aku ni kira pangkat boss jugak (tipu ;p), tapi aku tanak la drive masuk ke dalam..
aku senang berjalan kaki je..
boleh menyihatkan tubuh badan ye tak?
badan sihat, otaklu cerdas..(thanks wawa for this quote)

+++


jam 5.10pm kat opis..
dalam emel..

"awak nak balik bile?"
"jap lagi kot.."
"awak nak kuar pukul berapa?"
"sekarang..jom saing?"
"ok."

+++

korang pernah tengok cerita jepun bertajuk..
My Boss My Hero tak?
dalam cerita tu ada pasal walk of love ni..
kalo korang berjaya mengajak ur 'partner' melalui jalan ini sama2,
then it is a good sign..;)
the same applied to me i think ;p

+++


so aku rasa, petang tadi adalah perjalanan pulang paling indah pernah aku rasa..
hahaha.
tengah seronok aku berbual(mengayat) sambil berjalan dengan dia, aku ternampak kelibat..
2 orang antagonis department aku..
abesss...

+++


"abesla esok i kena bahan dengan dak2 opis i"
"kenape?"
"diorang nampak i jalan dengan u..;("
"takpela..cakap je kita terserempak nthen jalan balik sama2..;)"

+++

err korang2 janganla jeles sangat ye baca cite aku nih..
ambik sebagai bacaan ringan sudahhh..
macam baca novel cinta versi ntahapehape..
best tak cite yang aku karang nih?
hahaha..
agak2 korang ni cite betul ke cite tipu ha? ;) ;) ;)

Wednesday, April 22, 2009

"ini untuk awak...;) "

well sayang..
aku sangat terkejut tatkala menerima pemberian mu itu..
tidak kupinta, jauh sekali ku berharap..
namun, aku tetap ingin ucapkan
TERIMA KASIH...

+++

"macam manalah zira ley terpikat kat ang?"
"haha.mana aku tahu"
"ilmu apa ang pakai?"
"hati yang suci dan niat yang murni.."
"wahh ni aku kena amalkan ni.."
"n satu lagi syarat, ko mestilah takde gf..tapi ko da ada, so niat ko tak murni.hahahaha"

+++

marathon..

pertama kali ku berbual dengannye dengan begitu lama..
kamu sangat 'talk-active'..
takpe.aku suka dengar celoteh kamu..
banyaknye cerita kamu..
nak je aku ceritakan satu persatu disini,
tapi aku ingat janji kita agar...
biar pecah diperut jangan pecah di blog. ;)

+++

tapi, seriously aku tak suka laksa..
be it laksa johor..
laksa penang..
laksa perak..(maybe kena ada exception lepas ni.hihi)
laksa melaka..
laksa KL..
or laksa kelantan(ada ke?haha)..
namun... laksa masakanmu pasti aku SUKA ;)

+++

aku bagaikan tak percaya ini semua..
tapi adakah kerana Capricon dan Taurus itu '1' ?
Tuhan ingin menguji aku..
dan aku terimanya dengan tenang..
dan tenang..

Tuesday, April 21, 2009

aku dah kantoi

alamak!!!
aku da kantoi!
seorang opismate ku telah menjadi silent reader blog murahanku ini..
oleh sebab demi keselamatan diriku dan gadisku(hahahah), maka aku akan mengambil langkah2 drastik untuk mengelakkan wabak ini dari merebak...xD

aku akan tukar url..
ye aku akan tukar url baru..
tapi nak tukar kepada apa ye?
aku tiada idea buat masa sekarang ini..
nantilah..
bile da ada idea baru akan aku tukarkan..
bile saat itu tiba..maaf.mungkin aku tidak dapat@sempat memberitahu kepada kalian semua.. ;p

soalan: siapakah kalian yang aku maksudkan itu???? errrr...takde ea?
ok takpe.

warkah dari pak ngah khas buat nurul ain uzma

sayang,
entry ini khas pak ngah garap buatmu..

sangat geram melihat kamu tempoh hari..
saat kamu(nurul ain) membaca en3 ini, mungkin pak ngah mu ini sudah kerepot atau pon telah tiada didunia ini..
dan kamu mungkin telah menjadi gadis sunti siulan remaja nakal tahun 2029..

dan aku mahu kamu tahu bahawa semalam [20 April 2009] aku telah mengendong kamu buat pertama kali...
kamu baru berusia 59hari semalam..
maafkan pak ngah sebab terlewat melihat kamu..
apakan daya, pak ngah kerja di perantauan jauh dari kg halaman nenekmu..

seakan-akan ingin membawa kamu @ mencuri kamu dari ibu bapamu semalam..
haha.
bukan!
pak ngah mu tidak gila..
pak ngah mu hanya geram melihat bayi comel seperti kamu..

manakan tidak, pada tika ini pak ngah belum mempunyai seorang anak(sepupu2 kamu itu) lagi..
dan ketika ini pun, pak ngah belum berkahwin lagi dengan mak ngahmu itu..

psttt!!
kamu mahu tahu rahsia mak ngah tak?
ketika ini nama glamernye ialah Gadis-Kek-Chocolate...
mahu tahu bagaimana dia mendapat nama itu?
cuba lontarkan soalan itu padanya..
mungkin dia masih ingat lagi sejarah pada tahun 2009 dahulu..

sayang,
sebelum mengakhiri warkah ini,
ingin pak ngah pesan kepada kamu..

1. jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..
janganlah kamu menjadi minah rempit(istilah kepada minah motor di zaman pak ngah)..
oh ye, motor itu adalah kenderaan bertayar dua yang tidak mempunyai bumbung..sebutkanlah perkataan 'motor' atau 'motorycle' di ensiklopedia tanganmu, nah itulah dia pengangkutan antik di zaman pak ngah..

2. pulanglah ke kampung selalu menjenguk ibu bapamu..
tidak sukar bukan di zaman kamu itu? dengan kenderaan anti-graviti di zaman kamu, pak ngah percaya jarak dan masa bukan lagi menjadi faktor penghalang...
hanya kesungguhan, niat dan kasih sayang yang diperlukan untuk memupuk nilai kekeluargaan yang semakin hilang di masyarakat kamu itu..

3. ...(kah kah kah..pak ngah dah takde idea ;p)

nasihat seterusnya akan pak ngah berikan di kesempatan yang akan datang ye sayang..
jangan lupe kirimkan salam pak ngah kepada ibu bapamu jika kamu menghubungi mereka..

salam sayang,
pak ngah

Sunday, April 19, 2009

HIKAYAT GADIS-KEK-CHOCOLATE

well.
how i want to start this..

aku rasa macam dah lama tak update sal Gadis-Kek-Chocolate sedap ini..
ke aku yang poyo rasa rindu?
lantak akulah.
'blog aku, bukan blog opah kamu..'keke.betul ke ayat tu miss diva?
alah kalo blog opah kamu pun, aku nak gak wat sesuka hati aku..

untuk pengetahuan, aku berada di kampung tercinta..
aku sampai kol 2pagi tadi..
aku bertolak jam 6.30ptg smlm..
perjalanan makan masa 7jam (naik kete ok)..
jauhkan kg ku..letih ya amat..
sebab tu aku tak heran 2 bulan sekali baru balik kg..
haha..tapi ku tahu keluarga sangat merindui kepulangan aku..;(

ok enuff!!

+++

guess what?
jumaat malam sabtu lepas,
aku tak jadi p tengok Gadis-Kek-Chocolate men bowling!!
sebaliknye aku p men futsal!!
hahaha. gile futsal!
kenapakah sebenarnye?
sebabnye..
"nanti malam awak main bowling pukul berapa?"
"ermm kitorang start main pukul 6.."
oh shit. that will be lari dari aku nye 'schedule'..
so i decided not to watch her play..
tak sempatlah..
hmm seb bek aku tak p pun coz the next morning..
"kitorang start lambat, dalam kol 7 baru main.."

so petang tu pas manja2 wish luck kat die aku p layan syed.
p minum jelah..berdua.
memula da janji dengan akeem nak p minum kat mamak terhot..last2 aku digoda oleh syed..
dia bawak aku p minum kat satu tempat yang aku rasa sesuai untuk pasangan bercintan..
hahaharam.
seb bek takde orang ingat kitorang gay..
alah kalau diorang pikir dalam hati mana aku tahu ye tak..
eh tapi betul sumpah kitorang jalan tak pimpin tangan!! ;p

eh da lari tajuklah.
sumimasen.

ok back to gadis.
mlm tu pas main futsal,
aku sms dia tanya what the story..
dia tak reply.
aku agak mesti dia da tido ni,,jam pon da tunjuk kol 12.30am..

..saturday morning at office.. (aku kerja ok!cian tak kat aku??)
pepagi lagi aku da dapat email dari dia..
dia say sorry sgt2 sebab tak dapat nak reply sms sebab tiada kredit..
its oklah sayang.hehe
n die citelah apa yang berlaku semua2 kat game die semalam.
aku tanak cite kat sini kot..
tapi terharu pulak aku dia siap bagi picca2 die masa kat game semalam..
sangat suci kamu ini..
hahaha.

n tetiba rasa rindu nak jumpe dia membuak2..
"tengahari ni ley jumpe u tak..?"
"nak jumpe?boley.tapi kat mana..kalo pas keje tak boley kot coz saya nak jumpe membe ex-opismate yang datang dari jb.macam mana yer..?"
"kalo macam tu takpelah.lenkali je lah"..
kena control ok, janganlah tunjuk ko desperate sangap nak jumpe dia..
walopon ko sebenarnye memang ponnnn!!! xD..
hahaha.lantak akulah.

ok dah pukul 12. jom balik rakan2 opiskuuu..
joe ajak aku makan kat belakang Giant.
aku pon setuju. rasa macam da lama pulak tak makan tengahari kat situ..
tgah on the way,
joe call aku..
tukar tempat..
dia ajak p makan kat Nan Kari lah pulak..
aku macam dah baran je sebab kena pusing jauh pulak..
takpelah. ada hikmahnye kot..

da sampai kat Nan Kari,
budak2 ni semua tak sampai lagi..
hawau tol.. dahla panas kat luar nih..
aku pun nak masuk ke dalam kedai..
mataku memerhati sekeliling..
HAH!!
mataku terpana pada seorang awek sopan-ayu-comel itewwww...
err..sapa lagi kalo bukan Gadis-Kek-Chocolate...hekhekhek
dia bersama rakan2nyer..n maybe juga member dari JB itu.
aku tak jadi masuk kedai..
aku kuar balik..
aku tak sure dia nampak aku ke tidak..
lantaklah.
aku malulah nak masuk.
dahla sorang2..
aku sanggup berpanas tunggu budak2 ni kat luar kedai.
hahaha...

bile joe n abas da sampai,
abas tegur aku..
"eh tadi aku nampak zira kat parking kete..ko nampak?"
"eh tak perasan pulak aku..takpe.dia ada kat dalam tu..hohoho"
"eh?hahaha"

aku ambil nasi n terus carik meja..
aku carik meja yang lain ok.
tanakla duk semeja dengan dia.malu la pulak, ramai sangat kawan2 dia beb..
aku lalu kat sebelah meja dia..
eh. dia tak perasan kat aku ke?
tak perasaan kat aku??
takpe.aku cari port meja belakang die.
haha.saje je.
aku sms die.
"u xperasan i ke?kat belakang u.."
and cian pulak dia kena tertoleh2 carik aku..
dengan ramahnye dia tegur aku n perkenalkan kawan2 dia..
alamak segan la pulak aku..
adess...

sebelum balik aku sempat buat senyuman paling menawan sebagai hadiah perpisahan kami..
ceewahhh..
yang best nye dia pun senyum kat aku balik..
yang pasti senyuman dia lagi menawan dari aku ok..
hahahaha...

ok.
next time aku sambung balik episod
hari sabtu yang yang indah itu..

hatiku berbunga mengenangkan senyumannya itu sampai ke tido..hahaha

nuffnag

ok bro aku da baca entry ko..
sangat memotivatekan aku ok..

aku pun nak ada 'anak' suatu hari nanti macam ko juga..

tak tahulah pulak aku kalo ada orang masuk/ lawat blog kita, automatically ada income..
itulah akibat orang yang jahil kan..
dahla tanak belajar, wat sombong tanak study nate gapo nuffnag tuh..
semua ilmu nak tunggu disuap..

hehe.
ape2hal thanks bro luffy.
nanti aku banje arr ko makan kalo aku turun KL sok2. ;p
tapi aku belum pasti lagi pendapatan untuk setahun dah cukup untuk membelanjai ko atau tak..
pepehal aku cube dulu ye..

+marilah bernuffnagging+

nuffnag

ok bro aku da baca entry ko..

sangat memotivatekan aku ok..


aku pun nak ada anak suatu hari nanti macam ko juga.

Saturday, April 18, 2009

welcome..

to the unknown...i welcome u.. ;)

Thursday, April 16, 2009

tiada entry, tido pun berguna..

perasaan hari ini tidak menentu..
semuanya gara2 entry panaz seorang otai blog itu..

aku tidak sukakan pertengkaran..
tapi, perbincangan yang berilmiah itu bagus..

tapi apakan daya..
"janganlah kamu berbalah dengan orang yang jahil.."

so pada aku baik tak payah bincang jika ia tidak membawa ke mana2..
lagi satu pada aku, mereka2 semua perlu merendahkan diri sesame mereka bagi memastikan matlamat perbincangan itu tercapai..

bosan.
jom tukar tajuk.

+++

sebenarnye dah dekat seminggu tak nampak tok kadi/imam tu..
katanya die ke johor..
ke rumah anaknye kah?
tak pasti aku.
tapi tadi dapat juga berjumpa akhirnya selepas seminggu..
aku merasakan macam ada satu chemistry di antara kami..
hati kamu, kamu bisa tahu kan..
cuma aku tak pasti apakah ia..
apakah maksud hati ini???

+++


oh ya,
this coming weekend, im gonna find 'ketenangan jiwa'
3 hari tu beb..
rindu kamoo semua..
sahaja aku berpuasa dari berblogging pada hujung minggu ini selama tiga hari kerana mencari ketengan jiwa..
jika selepas 3hari aku tidak kembali, anggaplah sahaja ini sebagai wasiat terakhir dariku untukmu..
kumohon maaf dari kalian teman2 bloggers semua...

akhir sekali ingin kubicarakan ialah..

tiada entry, tido pun bagus yah!

Wednesday, April 15, 2009

isteriku minat bola

aku nak tido sikalang..
kol 2 kang aku nak bangun nak tengok bola..
arsenal vs villareal..
crucial game..
2nd leg maa..
so mesti tonton..

+++

kesimpulannye ialah..
'my-future-one' mesti seorang perempuan yang boleh/faham tengok bola..
kalau minat tengok lagi bagus..
"yang, malam ni kita tido kat depan jelah..senang nak bangun tengok game karang.."
"ermm ok..syg ikut abg je.."
erm.. kan best camtu..

sepanjang hidup aku,
susah nak ketemu perempuan yang minat tengok bola nih..
haiz...dah memang lumrah mereka ye tak..
sangat unik kalo perempuan tu suka tengok bola..

yang minat tengok Cristiano Ronaldo or player Italy ramaila..
hahaha ;p.
no offend ya gals.

pstt!!
Gadis-Kek-Chocolate minat tengok bola..
in fact, statistik dia ke stadium tengok game adalah lebih banyak daripada aku..
wallaweii..
u r d 1...


+++

tetibe teringat kat Bulat...
"bangun pepagi nak tengok bola kat mamak sanggup, tapi kalo nak wat tahajjud payah!!..apa daa"...Bulat, 2006

tu kitorang tgk kat mamak time dolu2 masa belajar ok..
sangat thrill..
kesejukkan pepagi kol 2 nek motor kuar carik mamak..
da pekena tea tarik n megi-sup-ayam-goreng yang lazat itu, settle!!
RS..
Restoran Safiyyah, Taman U, Skudai in memories..

okay, nite bebeh!

Tuesday, April 14, 2009

kosong

wohoho..
da pukul 11.45..
takde idea lagik?
takpe.
ku tekan je 'New Post' dengan macho macam biasa..

apekehal lak aku kena wat entry tiap-tiap hari nih?
bukan ada adsense or wat-so-ever pun kat blog aku nih..

jauh sekali blogku menjadi pujaan para gadis sopan-ayu-comel seperti Hikayat Monkey d Luffy iteww..
dan juga tidaklah hot seperti Hikayat Gadis Hot ini..
atau nak jadi macam Aku Bimbo?
boleh blah. terlalu jauh panggangku dari punggungmu..

mereka semua itu otai blog.
aku agak kalo derang soh para readers derang terjun longkang pun para readers derang sanggup!!
bwahahaha..
"ok, korang cube terjun ke dalam longkang itu sekarang..tadi akunye draf entry baru terjatuh masuk longkang tuh.tolong carik kan eh"...
hahaha.
adakah readers sebingai itu?
well, tiga ekor blog itu aku pasti baca tiap2 hari.
best woo!!! baik korang p usha.haha

n aku tak pandai mengarang cerite..
yang aku bisa hanyalah meluah perasaan apa yang berlaku disekeliling aku tiap2 hari..
tapi kalo tiap hari nak cite pasal Gadis Kek Chocolate, rasa macam gampang la pulak..
"eleh mamat ni syok sendiri la..malas gua baca blog lu"

+++

well..
arini aku p main futsal.
dak2 ni nak main.
terpaksalah aku ikutkan.
tapi hari Jumaat nanti NOPE!!
da janji dengan gadis-kek nak datang tengok dia main bowling..

oh ye!!
semalam aku p blog budak ni (nana)..
thanks promo aku kepada estrella..
suara liyana sangat sedap dalam lagu stay ini..
memule ingat filipino mana lak nyanyi lagu ni kan..
hahaharam.

ok aku nak p wat teh.
ada sape2 nak tea o panas malam2 buta nih?
'mai secawan'...

Monday, April 13, 2009

antara futsal dgn bowling


hoiii dude!!
sempat ke tak??
haha.
time nilah aku selaluye nak tulis entry untuk hari ini.
sehari satu da cukup!

11.53pm
yess ada waktu di hari isnin lagi.
so can claim this is en3 for today..

minggu ni ada champions league..
so dengan malasnya aku tanak main futsal bile ada game CL..
tanak jadi macam minggu lepas..

balik men futsal da 10.30..
kol 2.00am baru aku ley lelap..
(besela kalo da kuar peluh susah aku nak tido)
bajet game kol 3.30,
tapi start kol 2.30 la plak..
aku terjaga kol 3.45,
so dptla tengok 2nd half je ritu..
game abis kol 4.30..
pastu aku takley tido sampai ke pagi..
sudahnye waktu tido aku untuk selasa miggu lepas ialah 1jam 15minit sahaja!!..
kat opis aku merana!!

tapi aku da booking futsal untuk esok..
kena cancel balik..
so adala peluang untuk aku jumpa amoi comey esok..
huahuahua!!

weh.
panjang na intro ko ni!
bosan gua.
back to tajuk pleaseeeeeeeeee.

+++

dipendekkan cerita..
kalo selasa tak men futsal,
bese jumaat kitorang akan main..

TAPI!!!
this friday nite,
si Gadis Kek Chocolate ada game bowling.
tournament tertutup department dia..

n dia soh aku datang bagi sokongan moral.
teeetttttt.
tipu je.
dia tanak aku datang coz malu katanya.
besela.
gadis sopan-ayu-comel mesti malu kalo diperhatikan ye tak?
hahahaha.
macam g*****g na ko asek puji dia je ni pesal weh?
huhu.

dan itulah dia dilema ku..
antara minat dan kekasih.
hahahahacamharam..

dahla aku ni pengurus futsal..
kalo aku tak p main,
sebaliknye p melayan jiwang..
leh kena gugur di pilihanraya akan datang.
hawau..

psttttt.
satu rahsia yg amat BESAR.
aku tak tau main bowling.
siyes!!
bowling, snooker, kuda..
ketiga2 permainan tradisional itu aku tak reti main..
(eh kuda pun ada jugak!)

huh!
so matlamat aku sekarang ialah belajar bermain bowling!!
untuk apa?
lu pun ley pikir.
hahaha.

so kemanakah aku jumaat malam sabtu ni?
bersama joanne kah?
atau bersama
Gadis Kek Chocolate kah?
u can tell, baby..


+rajin kamu belajar di malam hari+



Sunday, April 12, 2009

hidup jangan susahkan orang...


aku hemoh!

tak sampai sebulan..
tak ilang lagi kenyang makan KFC farewell party EDD, si ex-opismate ku..
nah, sorang lagi member tempat keje aku nak benti..
kalo masuk dia, da 3orang opismateku benti or tukar keje..

memula AM,
pastuh EDD,
n next is NAZA..

kesamaan pada derang semua ialah..
mereka involve dalam projek yang sama..
iye.. projek ITU yang sangat diketahui ke-@#$@#-nya..

kesian kat derang..
sebab bapak lah tensen wat projek tu..
dahla projek bermasalah..
pastuh kena deal dengan @$%^%$ yang macam harharhar!
siang tadi sempatlah jugak ngumpat si @#$%# dengan AM n EDD kat YM..

pulak kebetulan..
pastuh aku kuar lepak kat mamak,
al-kisah dia(bersama wife) pun terjongol sama...
dia nampak kami dan lambai tangan n wat muke separa masin jek..
seb bek die lepak meja lain..
silap besar la kalo dia join meja kami tadi..
mahu aku boh racun dalam air dia.
bwahahahaha.

haha.
apakah maksud ini.
adakah dia tahu dosa aku ngumpat dia tadi..
ampun yah!
harap ko takde blog.
hahaha.

sekian sahaja umpatan pada kali ini..
malas nak cite banyak,
wat sakit ati jek.
huhuh.

moral of the entry is..
kalo korang tu dok kat atas..
management especially..
tolong fikir kebajikan orang2 yang kat bawah ni..
jangan nak main hentam je..
kitorang pun ada hati n perasaan..
janganlah ikut buku sangat.
tolak ansur itu lebih utama..


tetibe teringat kat Puan Anna Sakura,
my lecturer during college days dulu..
camtu gak pesanan beliau dahulu..

"kalau korang dah berjaya nanti,
dah jadi orang besar2,
dah duduk atas,
tolak ansurlah dengan orang2 bawahan ye..
kita tak tahu masalah setiap orang.."

+what is ur F'g prob?+

Saturday, April 11, 2009

lelaki sepi itu bukan aku




"dude,
ko nih bile nak tukar status nih?
bile ko nak akhiri kesepian hidup ko selama 28 tahun ni?"
"ha? eh apesal aku jadi topik pulak nih?"
"yela kita relax2lah..takkan nak cite sal keje je.."
"haha.kot ye pun takyah arr bincang sal masa depan aku"
"aku bukan ape, ko lagi tua dari aku, so aku dah rasa ko patut kawen dah...
aku taknak arr ko jadi lelaki yang sepi"

"takpe.aku bagi peluang kat adik2 dulu kawen..
kalo korang dah kawen nanti barulah aku pikirkan sal kawen"
"yela, ko tengok kawan2 sebaya ko semua dah ada anak..
ada tu sampai nak masuk 3 dah"

"haha.memanglah..
aku pun teringin jugak nak ada anak sendiri..
aku pon minat budak2"


"ko nih da ada calon ke belum ni?"
"aik! makin panas soalan ko nih.."
"ala kawan2..kita borak2 lah"
"calon eh?huhu"

"kalo ko takde, si Farah tu ada..single lagi tu dia.."
"Farah mana ni? owhhhh.. PCSB tuh..
gile ahh.dia baik sangat doh..
sign tulisan jawi lagi tuh..

tak layak untuk aku kot"

"kalo ko taknak dia..
ermm syuhada QA tu ada..
dia baru je clash tuh"
"adehh. syuhada mana plak nihhh??"
"ala budak QAQC tuh"
"QAQC? owhhh..yang muka manis tu ea"
"ha yela"
"aik!! aritu baru je aku nampak dia dating..
balak dia dak sini je kan?"
"dia dah putus dah.baru je"
"ha kalau macam tu ko je la amik.hahaha"
"ntah.dia kata dia nak bercinta selepas kawen"
"aik!frust na bunyi nyer tuh..
orang lawa macam dia tu,
tadahal lah nak cari pengganti"


"tapi masalahnye sekarang ni ko nak ke tak nak??"
"ha?aku kena jawab ke?..
nantilah aku fikirkan..
minggu depan aku bagi jawapan"
"ok.minggu depan aku tanya ko balik"
"hahaha.tapi tak semestinya aku nak jawab ok"

+++

cehh dak syed ni.
tetibe pulak rajin dia bicarakan soal status aku..
kalo dia tahu aku tengah scandal dengan Gadis-Kek-Chocolate,
mati aku..

err.
we just no more than 'friends' okay..
BIG step ahead for today.
yeayeah!!

+bidadari kesunyian+

Friday, April 10, 2009

10 april = 12 entry


ah.
nampak sangat aku ketandusan idea..

aku baru sahaja balik dari main futsal.
letih beb sebab minggu ni je dah 2 mlm aku main.
standard seminggu sekali sahaja.

walau pon tiada idea konkrit, aku berazam untuk menekan butang 'New Entry' dengan machonya.

well.
hari ini aku rasa adalah hari 'suka' aku.
banyak perkara2 yang menyenangkan hatiku berlaku hari ini.
tidak seperti semalam
yang mana aku banyak berduka atas kematian mengejut rakan sekerja ku..
sangat mengejut ok!
pada petang hari terakhir beliau, kami bersama-sama bermesyuarat seperti biasa.
aku masih ingat lagi ayat terakhir yang diungkapkan arwah padaku..
"reciproating pump ni macam piston kan?"
hmm.sedihnya hatiku..

tak dapat kubayangkan bagaimana perasaan keluarga beliau
terutama isterinya..
ceritanya begini..

dalam lebih kurang pukul 3 pagi,
arwah mengadu sakit perut pada isterinya..
lantas mereka ke klinik panel yang berdekatan..
setelah mengambil ubat gastrik, mereka memandu pulang..
oleh kerana masih tidak dapat menahan sakit..
mereka berpatah balik semula menuju ke hospital..
dan ketika itulah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
beliau mati dalam perjalanan ke hospital..

mengikut kata seorang rakan opisku yang kebetulan berada diluar ketika itu..
dia pelik melihat kereta milik arwah kehulu kehilir..
sangat kasihan mereka..
tentu mereka bersusah payahan ingin pergi ke hospital waktu itu..
al-Fatihah untuk beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya..

+++

ok.
kenapa aku gembira hari ini?

1. aku ada seorang rakan seopis yang 'power' yang bisa membantu aku
dalam hal-hal berkaitan kerja..
terubat hatiku jika dibandingkan dengan juniornya,
budak yang tak tahu apa-apa dan malas belajar itu..


2. kami semakin 'rapat'..
siapa lagi kalau bukan dengan gadis kek chocolate itu..;)
cian dia..
rakan baiknya baru sahaja kematian ibunya..
mengadu kesedihan, dia padaku..


3. di kaunter futsal tadi...

"abang dah kawin belum?"
"belum.kenapa?"
"abang ingat tak hari tu abang booking futsal dengan seorang amoi..
"haa ingat!.kenapa?"
"joanne nama dia..
dia suruh tanya abang dah kahwin ke belum..
dia kata abang handsome.."

"err.ha?apa?err..
nape?dia nak suruh abang ajak dia keluar ke?hehe"


ok.aku terus blah..
aku kan penyegan and pemalu orangnye.huhu
kena jual mahal sikit..

patutla hari tu masa aku booking futsal,
si joanne ni tak habis-habis asyik dongak ke atas..
kot ye pun nak tulis no phone aku, tulis jelah..
bukan kat muka aku ada no phone aku pun..
si joanne ni orangnye kecil molek juga.hehe

naluri buaya ku menduga..
dia hanya ada kategori 'comel' sahaja..
tiada ayu.
tiada sopan.
kan dia AMOI.
memanglah.

+++

mari layan ini clip



+sedikit ruang untukku bernafas+

Thursday, April 9, 2009

baru balik umrah...



tahniah sahabatku kecik..
atas selamat pergi dan pulang
dari mengerjakan umrah di tanah suci..

kawan2 yang lain juga akan ikut jejak langkah anda suatu hari nanti..

what!!
kalao register nak p haji sekarang, turn yg korang dapat ialah pada 2025!!
takut tak sempat pulak :(

+mari ke tanah suci+


Pemergian…

Al-Fatihah untuk..

En. Sazali

Lead Buyer,

Procurement Department,

Kencana HL..


 

+++


 

Begitulah..

Baru semalam kita meeting bersama..

Hari ini kau telah tiada..

Kau pergi tanpa pesan dan tanda-tanda…


 

Maha Suci Allah..


 

Wednesday, April 8, 2009

2000 versus 2009

Dewa 19 - Kasidah Cinta

Ku jatuh cinta kepadamu
Saat pertama bertemu
Salahkah aku terlalu mencintai
Dirimu yang tak mungkin
Mencintai aku
Oh Tuhan tolong

Aku langsung jatuh cinta
Kepadamu
Cinta pada pandangan pertama
Cinta yang bisa merubah jalan
Hidupku jadi lebih berarti

Oh mungkin, hanya keajaiban Tuhan
Yang bisa jadikan Hambanya yang cantik
Menjadi milikku

Aku bukanlah laki-laki
Yang mudah jatuh hatinya

+ajaib+

Tuesday, April 7, 2009

Blind date pada hari ke-10


++++

Salam.
Takdela blind sangat aku rasakan.

Tak sampai seminit yang lepas,
aku baru sahaja bertemu dengan
'Gadis Kek Chocolate Sedap' itu..

Terkesima aku.
Hingga hampir2 aku tersungkur di muka pintu recep.
Adoiyai..
Ok.
Aku nak makan dulu nanti bercerita lagi yah!

++++

ok.
ceritanya begini.
aku terpaksa tolong fara amek nasik kat recep arini..
selalunye aku malas berbuat demikian
sebab aku pasti akan tersua dengan
gadis-kek-chocolate-sedap di situ..
aku segan.
wak segan (bunyi 'volkswagon')

so aku pun berjanji dengan si dia untuk ketemu di sana kelak..
bajet berani sangat..

11.54am.
tapi fara da ajak p recep..
mak ai! aweynyer..??
nak taknak aku terpaksa polo je dia..

masih awal.
so aku agak sidia mungkin belum sampai lagi kot.

swipe kad.
tolak pintu.
mata tengok keliling(kecuali kaunter) cari dia..
tak nampak pun?
dimana kau sayang?hoho

tengok kaunter..
nah!
ada satu gadis comel sedang duduk di sebelah mimi si recep..
otak memproses memori.
adakah itu dia?
otak sudah gagal berfungsi sebab semua tenaga ditujukan ke arah mata.
mataku bertemu matanya

otak masih berfikir, tapi kaki tetap melangkah menuju kaunter..
aku terus terkesima..
akibatnya kakiku tersadung karpet di lantai..
aku hampir tersungkur di hadapan kaunter..

dengan rasa amat segan, aku belok kearah fara
yang sudah menutup2 muka menahan ketawa.

cis kau karpet.
jaki betul dengan pakcikmu yang sedang berasmara mata ini..

terus terbatal niat aku nak mengayat
gadis-kek-chocolate-sedap itu..
aku lepak sebelah fara je..

tapi dapat juga aku tegur dia gitu2 je tadi..
aku malu sebenarnye kat dia..

dan...

"thanks 4 ur smile tadi :)"
...

lantas aku melayan lagu ini..




+thanks+

Monday, April 6, 2009

aku seorang blogger 'muda' - barangkali



salam..

aku perhati.
aku baca.
aku redah.

aku senyum sinis.
siapalah aku.

sape yang tulis blog?
sape yang tidak tulis blog?

kenapa aku menulis blog?

kesimpulan mini aku.
adakah mereka yang menulis blog ialah mereka yang:


tiada life??

suka bercerita??

suka berkongsi pengalaman??

banyak masa terluang??

tak banyak kerja kat opis??

tak ada eseimen nak buat??

banyak masa terluang di rumah??

tidak suka melepak diluar??


ada juga yang melepak diluar dan juga memblog.
barangkali.

atau pun

suka menambah pendapatan sampingan??

tidak ramai.
kebanyakan tidak serius untuk itu.
tapi mungkin aku belum jumpa.
barangkali.

mengiklankan produk/perniagaan??

ada juga.
itu bagus.

mencurahkan perasaan seperti aku??


haha.
marah ada.
jiwang jiwung pun ada.
blurr macam sekarang pun ada.

aku senyum sinis.
siapalah aku.
aku masih baru disini.
maafkan aku.

+++

memblog boleh tambah kawan?
menambah kawan maya itu benar.
biarlah ia kekal dimaya,
lagi seronok rasanya.

jika sudah bertukar ym or hp no.
lain rasanya.
sudah tiada thrill barangkali.
barangkali.
aku hanya menduga.
maafkan aku.

tapi aku pernah terbaca,
dari blog turun ke hati
meraka sudah berkahwin pun..
itu tidak mustahil.
itu jodoh mereka.

+++

blog yang merepek meraban tetapi berilmiah
atau pun
blog yang ada unsur2 jenaka
ramai pemolo setia.
blog dia sentiasa membuat ku ketawa.
tahniah dan terima kasih.
sila 'Open Link in New Tab' sekarang!!

aku ada seorang pemolo setia.
iya.
awak.
jangan tengok belakang lagi.
awaklah orangnya anis.

hahaha.
terima kasih kerana:
awak datang,
awak tengok
dan
awak komen..

terima kasih.
terima kasih.
terima kasih..

tapi saya bagi amaran keras!!

saya tidak menyediakan skema jawapan
untuk soalan2 test/final awak di blog ini.

ini kerana saya memang tiada scandal
dengan lecturer2 MMU yang ayu-sopan-comel itu.
barangkali.

percayalah padaku.

+++

aku malas nak google.
mencari jawapan utuk persoalan tadi.

akibatnya aku menjadi jahil.
maka terhasillah en3 ini.
wah.
ada baiknya juga menjadi jahil ini ya.
hahaha.

tetapi ingat ya tuan2 yang mulia..
adalah menjadi kesalahan yang amat besar jika anda:

'tidak tahu yang anda itu tidak tahu'

marilah kita sama2 menuntut ilmu.

aku masih baru disini.
maafkan aku jika aku mengusik hati kalian.
tidak tahu bila mampu ketemu lagi.

memohon maaf.
mengundur diri.


+barangkali+


member aka member


hmm.
aku nak list down nama mereka2
yang pernah menjadi sahabat aku di dunia ini..
aku takut aku tak sempat nak tulis en3 ini
yang oleh dikira sebagai perhargaan terhadap mereka...

jika ada kesempatan masa,
aku juga akan cerita seba sedikit mengenai mereka..

zaman sebelum dan ketika tadika
-debot aka rafeah-

zaman sekolah rendah
-supadin, mat jais, kamil, aswad, zuwairi, zaidi, johaimi-

Sunday, April 5, 2009

kangen..

ah
aku nak post jugak.
tnx to this gal coz remind me back to this song..
sob sob sob...

Kutrima suratmu
‘Tlah kubaca dan aku mengerti
Betapa merindunya dirimu
‘Kan hadirnya diriku
Didalam hari-harimu
Bersama lagi..

Kau bertanya padaku
Kapan aku akan kembali lagi

Katamu kau tak kuasa
Melawan gejolak didalam dada

Yang membara menahan rasa
Pertemuan kita nanti

Saat kau ada disisiku..

Semua kata rindumu
Semakin membuatku ‘tak berdaya
Menahan rasa ingin jumpa
Percayalah padaku akupun rindu kamu
Ku akan pulang
Melepas semua kerinduan
Yang terpendam…..

Kau tuliskan padaku
Kata cinta yang manis dalam suratmu
Kau katakan padaku
Saat ini Kuingin dalam pelukmu

Dan belai lembut kasihmu
Takkan kulupa slamanya
Saat bersama dirimu..

Semua kata rindumu
Semakin membuatku ‘tak berdaya
Menahan rasa ingin jumpa
Percayalah padaku akupun rindu kamu
Ku akan pulang
Melepas semua kerinduan
Yang terpendam…..


Jangan katakan cinta
Menambah beban rasa
Sudah simpan saja sedihmu itu
Ku akan datang…..

the vids..



keep on playing the vid ya!!
ulang balik sampai roomate anda yang
taktau menahu langsung pasal dewa pun boley hafal lagu ini..
haha.

thanks aryen for being such a good roomate!

the memories goes back to 2001 & 2003..

heran though,
ahmad dhani tak suka lagu ini.
maybe senang sangat kot..

+sad little one+


Saturday, April 4, 2009

tiada en3 ke hari ini?


iye tiada.
thanks for asking..

"percayalah padaku - aku pun rindu kamu..."

+nak mandi laut esok ke tidak?+

Thursday, April 2, 2009

dialog aku dengan mak



di suatu petang...
menerima panggilan telepon dari mak..



jul, ko dengan budak tu kawan lagi ke?

budak yang mana satu?ramai ni.haha
ala budak yang terdekat dengan kita tu lah...
budak yang mana ni?
yang terdekat dengan kita..
ohh.da tak kawan dah.
ala budak seri medan tu.eh bukan. medan sari..
(alamak.da tersalah orang tadi)
a'a kawan lagi.tapi biasa je.nape mak?
tak pape.saje mak tanya.
kenape?
tak pape.kalo boleh kawan jelah terus.
ala kawan bese je mak.tak de pape.kenape?
taklah.mak nak tanya je.

aku blurr.
oh apakah?

Wednesday, April 1, 2009

apa itu april


salam.
wahaha.
april menjelma lagi..

kejap jek da masuk bulan ke-empat tahun 2009..

aher2 nih aku merasakan yg april ni semacam ada something dengan aku..
selain dari birth-month aku,
aku juga rasakan setiap kali april datang,
akan ada satu perubahan positif kat aku..

aku ingat sangat dengan 1 april ni bukan sebab ke'april-fool'an nyer...
tapi,
genap lima tahun lepas iaitu pada 1 april 2004,
ialah batang rokok terakhir yang 'berjaya' aku sedut..

da 5 tahun aku benti merokok..
still target aku tak tercapai..
tempoh aku merokok lagi lama dari tempoh aku dah benti merokok..
insyaAllah aku takkan hisap rokok lagi..

ok.
bab kedua.
tahun lepas dalam bulan april,
aku bertukar kerja dari kampeni 1st pas aku grad ke kampeni 2nd aku pernah kerja..
fyi, skang aku dah kat kampeni ke3 pon..
alhamdulillah semua ok..
rezeki bertambah..

ok.
bab ketiga.
tahun ni.
apa yang aku rasa?
ya aku merasakan sesuatu..
sesuatu yg...hmmm amat indah..
insyaAllah..

selain dari itu,
blog aku macam da ok je.
aku da boleh nak post en3 gaya bebas kembali..
hmm aku akan cuba untuk mengawal kemarahan.
mengawal kemarahan bererti tiada lagi en3 berstatus nista..
biarlah..
siapalah aku nak mengutuk orang.
diri aku pun tak sesempurna berapa.

aher sekali..
"faizul!faizul! sinilah kejap..minum2 dulu.janganlah balik terus.kenal2 orang dulu.."
"hehe.iye2, tok..."

+terima kasih tok!+

3 nasihat dari pak imam

assalamualaikum..

arini aku teman member aku p jumpe naib kadi area aku nih..
puas gak kena kuiz dengan dia..
huhu..

"apa hukum bagi salam?"
"bile nk kawen?awak da 28 tahun"
"jangan lupa p masjid"

dan sebelum berpisah, dia bagi nasihat ni dengan serius..
1. sembahyang jangan tinggal
2. baca al-Quran
3. doakan ibubapa..

baik tok, jap lagi kita jumpa kat masjid ye.. :)
jom!