Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Tuesday, April 21, 2009

warkah dari pak ngah khas buat nurul ain uzma

sayang,
entry ini khas pak ngah garap buatmu..

sangat geram melihat kamu tempoh hari..
saat kamu(nurul ain) membaca en3 ini, mungkin pak ngah mu ini sudah kerepot atau pon telah tiada didunia ini..
dan kamu mungkin telah menjadi gadis sunti siulan remaja nakal tahun 2029..

dan aku mahu kamu tahu bahawa semalam [20 April 2009] aku telah mengendong kamu buat pertama kali...
kamu baru berusia 59hari semalam..
maafkan pak ngah sebab terlewat melihat kamu..
apakan daya, pak ngah kerja di perantauan jauh dari kg halaman nenekmu..

seakan-akan ingin membawa kamu @ mencuri kamu dari ibu bapamu semalam..
haha.
bukan!
pak ngah mu tidak gila..
pak ngah mu hanya geram melihat bayi comel seperti kamu..

manakan tidak, pada tika ini pak ngah belum mempunyai seorang anak(sepupu2 kamu itu) lagi..
dan ketika ini pun, pak ngah belum berkahwin lagi dengan mak ngahmu itu..

psttt!!
kamu mahu tahu rahsia mak ngah tak?
ketika ini nama glamernye ialah Gadis-Kek-Chocolate...
mahu tahu bagaimana dia mendapat nama itu?
cuba lontarkan soalan itu padanya..
mungkin dia masih ingat lagi sejarah pada tahun 2009 dahulu..

sayang,
sebelum mengakhiri warkah ini,
ingin pak ngah pesan kepada kamu..

1. jadilah insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..
janganlah kamu menjadi minah rempit(istilah kepada minah motor di zaman pak ngah)..
oh ye, motor itu adalah kenderaan bertayar dua yang tidak mempunyai bumbung..sebutkanlah perkataan 'motor' atau 'motorycle' di ensiklopedia tanganmu, nah itulah dia pengangkutan antik di zaman pak ngah..

2. pulanglah ke kampung selalu menjenguk ibu bapamu..
tidak sukar bukan di zaman kamu itu? dengan kenderaan anti-graviti di zaman kamu, pak ngah percaya jarak dan masa bukan lagi menjadi faktor penghalang...
hanya kesungguhan, niat dan kasih sayang yang diperlukan untuk memupuk nilai kekeluargaan yang semakin hilang di masyarakat kamu itu..

3. ...(kah kah kah..pak ngah dah takde idea ;p)

nasihat seterusnya akan pak ngah berikan di kesempatan yang akan datang ye sayang..
jangan lupe kirimkan salam pak ngah kepada ibu bapamu jika kamu menghubungi mereka..

salam sayang,
pak ngah

5 comments:

  1. wow ..
    ni btl2 time machine nih ..
    semoga itu anak kecil berjaya dlm idup nya ..
    :)

    ReplyDelete
  2. bagusnya pakngah ni... rajin menulis... :)

    ReplyDelete
  3. anis ~ amin..semoga kamu pun berjaya dalam hidupmu anis..

    kasih ~ hahaha.sangat pemalas ok.

    ReplyDelete
  4. aku ingat masa sekolah dulu... tanam kapsul masa


    ko buat entri KAPSUL ni

    kakaka

    ReplyDelete
  5. tu la main bantai jek..
    tetibe jadi kapsul la pulakk..

    kakakapsul ;p

    ReplyDelete