Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Sunday, May 31, 2009

tag lagik..


roda

aku buat tajuk nih sebab nak membayangkan yang perasaan aku ni jap hepi n jap sedih..

semalam,
hari jumaat aku sangat sedih n sampai sanggup lepak2 kat tepi laut..

hari ini sabtuuuuuuuu,
yeah!
aku tersangat hepi..

hmm Tuhan itu adil bukan? Maha Adil..

-----------------------------------------------------------
"u..tayar motor i pecah..i kat sitiawan nih"
"hah?..okay u tunggu jap..i datang sana"
"err..sempat ke?u kat mana dah ni?"
"sempat lah..i dah kat parking.."


jam dah tunjuk pukul 7.45am..
sempat tak sempat, aku mesti p tolong dia..

hakim yang ada di sebelah, bertanya..
"apahal?"
"err..aku nak p ambik dia jap..tayar motor pecah."

"ok jom!"

"hah? jom? ko nak ikut aku ke?"

"eh? ok2 aku kuar..hoho"


hahaha..lawak pulak dak hakim nih..

--------------------------------------------------------

maka dengan gaya schumacher nye aku membelah arus menuju ke sitiawan...
(err sayang. kalo u baca ni..maksudnya tu i bawak slow je tau..;p)
aku rasa dalam 5 minit je aku dah sampai ke tempat dia menunggu aku kot..
pastu aku ambik dia n terus memecut laju ke opis semula..

tettttttt.
kami terlewat.
8.01 minit kami swipe pagi tu..
takpelah lewat, asalkan aku dapat menolong dia..
hoho..;)

kesimpulan 1 : aku sangat hepi sebab dapat tolong dia..
--------------------------------------------------------

tengahari pas keje, aku teman dia hantar motor ke bengkel..
pas dah settle semua..

"ermm pas ni u nak p mana?"
"ermm..tak tahu..p makan kot.."
"p makan dengan sape?"
"ermm.. tak tahu..p sorang2 kot..erm..u lak?"
"ermm u nak p makan kat mana?"
"ermm tak tahu...u ada idea?"
"ermm kita p makan kat xxxx nak?"
"ok jom.."

haizz...
nak p ajak makan pon susah..
bukan pe..
memanglah aku nak sangat p makan dengan dia..
dari semalam lagi..
tapi..
aku tanaklah wat dia serba salah..
kalau dia tanak, its okay..
aku tanak paksa..
tu je..
well..
mungkin dia setuju sebab sebagai cara untuk say thanks kat aku kot..
maybeeee...;)

ape2hal pon aku sangat hepi sebab dapat makan dengan dia!!!!
hehehehe..
by the way, ni baru kali kedua aku p makan dengan dia selepas ini dan ini..
percaya tak?
haizz..
susah tol ye aku nak tackle hati dia nih..
mencabar...
dan itu menarik bagi aku...;)

kesimpulan 2 : aku sangat hepi sebab dapat makan dengan dia..

---------------------------------------------------------------------------

thanks GKC...;)
thanks for everything...;)

en3 untuk award...

wahaha..
dah takde idea agaknye..

sebenarnye aku pon tak layan sangat natang award2 nih..
sorila pada sape2 pernah bagi tu n aku wat tak tahu jerk..
malas dowh nak kopipes natang jadah nih...hohhoho

tapi kalo dah si dia yang bagi...
huhuhu.
bangga pulak aku nak war2kan kat blog suci aku nih..
thanks wehhh..
nanti aku banje ko nandos...;p

ni ha award dari dia..
berani kalu, jengahlah blog dia...;)


----------------------------------------------------------------------

dikesempatan ini juga aku nak selitkan satu lagi award dari mamat ni.
nasib baik ko lukis watak aku dengan kacak..
kalo takkkkkk...
haha..
kreatip la ko...;p
thanks..

cantik kan lukisan dia kawan2?;))
hohohoho

Friday, May 29, 2009

bidadari kerinduan

petang tadi aku sangat sedih..
niat perut nak p makan terbatal..
sebaliknya aku menuju ke pantai di lumut..
seorang diri..

nape ye tatkala kita bersedih, pabila melihat ombak menghempas pantai terasa sedikit kelegaan...

antara sedar dan tidak tiba2 aku ditemani seorang bidadari...
iye...bidadari..
kewujudannya umpama seperti mimpi..
terima kasih padamu bidadari kerana sudi menemani ku dikala ku sangat duka..

aku benci perasaan ini..
ia memperlihatkan kelemahan ku..

oh Tuhan, berilah aku kekuatan...

Thursday, May 28, 2009

ok, sape berani teman aku p jumpa bakal ibu mertuaku for the first time?

waahaha..
tajuk taley bla...
saje wat panjang2.

sorila weh aku bz ya amat..
tak dapat nak update 3 hari dah..

ok kita terus ke kuliah seterusnya berkenaan tajuk di atas...

------------------------------------
[27.05.2009]

aku penggemar pelam muda..
di rumah GKC banyak pokok pelam..
apa lagi, dengan machonya + tak malu kot, aku mintak sikit dari GKC...

semalam lepas balik keje, dia terus panjat pokok pelam dirumahya itu..
haha.ko percaya dia panjat?
tak ayu la wehh..
dia kait kan je..

kesian kat dia.
kerana aku, dia telah digigit oleh kerengga2 ...;(
maafkan aku sayang..

dan oleh kerana tak sempat,
dia telah berjanji untuk menghantar ke rumah aku pada hari ini..

------------------------------------
[28.05.2009]

hari ini lepas balik keje, dia nak hantarkan pelam ke rumah aku..
tapi aku tengah melepak minum2 kat luar dengan member2..
aku katakan padanya yang aku akan ambil di rumahnya sahaja..

tidak katanya..
dia tidak mahu aku ke rumahnya..
atas sebab2 yang tersendiri..

perlu diingatkan bahawa aku tidak pernah bertemu secara face to face dengan ibu bapanya..
ya.
mungkin sudah beberapa kali aku mengambilnya..
tapi itu mungkin di tepi jalan sahaja..
tidak sampai ke rumahnya..

hmmm.
aku rasakan macam tidak berapa manis kot..

pada aku at least biarlah ibu bapanya tahu dengan siapa anak mereka berkawan...
ini pendapat aku sahaja..

lantas selepas minum2, aku mengajak abbas osmetku ke rumah GKC..
tawakkal je aku..
mungkin dia akan sangat marah pada aku..
hmm entahlah..
buat masa sekarang, hanya satu sahaja msg dariku yang telah direply..
mungkin dia sangat marah akan aku...;(

---------------------------------------

ok setibanya aku dirumah GKC,
dia tiada di rumah..
iye. aku tahu dia keluar ke rumah jirannya..
kulihat hanya kak long nya sahaja yang ada..

setelah menunggu beberapa minit, muncullah ibu kepada si GKC..
aku menyapanya...dengan ramah maybe..
dan aku pun berbual2lah dengan beliau dari satu topik ke satu topik yang lain..
hmmm..
maybe aku memang ramah dengan orang2 yang pangkat makcik2 ni kot..
ini pernah dinyatakan sendiri oleh GKC ketika aku mengikutnya pulang ke kg toknya hari itu..
so aku taklah berapa kekok nak berbual dengan ibunya tadi...;)
cuak pun ada gak beb sebenarnye..
huhuhhuhu..
mana lah tahu aku terspoil ke hape ke..
jatuh saham beb..
nasib baik semua under control sampai lah GKC pulang..

hmm ketika GKC sampai ke rumahnya..
ku dapat lihat aura kemarahan di mukanya...
makin ayu pulak ku lihat kan...
hohoho..
eh tapi siyes ayu beb..
ke gua dah angau..
dulik kan..;p

------------------------------

tetibe aku rasa macam lain la pulak gaya penulisan aku kali nie.
ke sebab da 3 hari aku tak hupdate..
ahh..
malas dah aku nak cite lagi..
gayut dengan GKC lagi best..
k korang..aku nak pujuk dia jap ea..
doakan aku semuanya ok2 sahaja lepas ini..
hehehehe...;)

selamat tinggal blog

"ok.
jumpa lagi.
ku akan kembali.
barangkali."

Monday, May 25, 2009

the tribute..

sebulan selepas birthday aku [25 April 2009],
aku ingin menyatakan terima kasih kepada mereka2 yang telah mengucapkan 'Selamat hari Lahir' pada aku sebulan yang lepas..

hepi birthday kembali pada korang yang aku tak tahu bile...hohoho
or kalo korang sudi, tinggalkan lah tarikh korang di ruangan komen..
hadiah misteri menanti korang...hahaha

dan...
moga korang berjaya dengan hidup masing2, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan semua2lah..
aminnn

pengewish mengikut turutan:

0. celcom
1. milimilo
2. abas
3. faisal
4. debod
5. GKC
6. azie
7. n.syuhadda
8. fara
9. zura
10. nana
11. wan
12. naim
13. anis
14. tehais
15. ira
16. abu
17. ipah
18. absy
19. m.j.k
20. kecik
21. ulun
22. iza.utm
23. kauayie
24. dill
25. aisya
26. fir.marsyall
27. hameed
28. faryn
29. ayu
30. belle
31. umie
32. momentinlife
33. shikin
34. kasih
35. khatib
36. syed

25 May 2009

25 March 2009 - 25 May 2009

genap dua bulan dari tarikh aku pertamakali menerima emel dari GKC..

sudah 2 bulan aku sangat hepi berkawan dengan kamu..

thanks to you dear Gadis-Kek-Chocolate...;)

Sunday, May 24, 2009

Suratan @ Kebetulan..

Kes 1:

..aku on da way nak keluar p lunch..
aku akan melalui tempat GKC (Gadis-Kek-Chocolate) menunggu nasi..
tapi aku tak akan tersua dia secara direct..
aku kena bukak satu pintu untuk melihat dia..

pintu ku kuak..
kan betul dia ada di dalam tu.,.
kulihat dia terkejut terpandang akan aku..
aku pandang dia..tanpa berkata apa2 aku keluar semula..

yang pasti aku perasan yang dia pakai baju kurung kaler hijau..
ku tengok t-shirt yang ku pakai, pon kaler hijau jugak..
ermmm..

kebetulan..


Kes 2:
(sambungan Kes 1)

aku hantar msg..
"hijau.."
dia reply
"flora fauna.."

lepas lunch..
aku terima satu emel dari GKC..
"eh sama..flora fauna.."

aku faham maksud dia..
sebelum p lunch, aku ada hantar satu emel kepada dia.
aku cakap "flora fauna.." (komen aku untuk satu emel yg dia fwd pada aku..)

kebetulan lagi..


Kes 3:

semalam..
aku telah mengajak dia berjalan pulang bersama ku..
sebaik sahaja terlihat GKC, aku tersenyum..
warna baju kami sama lagi..
kaler merah..

kebetulan lagi kah?

Friday, May 22, 2009

Season Two: The Beginning

3 hari, dan aku pun okay...;)

--------------------------------

hahaha.
sori ye.
mesti korang bosan kan takde cite2 jiwang lagi kat sini...
nak buat macam mana, dah aku tengah berkabung..;p

ok takpe.
3hari telah berlalu dan aku pon kembali normal..;)

kesian kat korang.
mesti tertanya2 apa yang berlaku kan?
ok..aku bagi 2 perkataan je dan harap korang faham...

aku di-reject..;)

faham kan?
cite banyak tanak!
sendirik paham...;)
aku rasa itu sahaja yang aku dapat cakap buat masa ni..
kang tak suprise la pulak kalo aku cite sume2..

besela. mesti aku akan rasa down memula kan..
tapi aku tough dowh... (credit to bohsia)
aku dah biasa kecewa (dan mengecewakan...hohohoho)

--------------------------------

nak heran pe?
relaxlah.
bunga bukan sekuntum kan?..
tapi Gadis-Kek-Chocolate maybe seorang sahaja...;(
dan aku ni pulak jenis kalo da suka kat seorang tu, sampai bila2 la aku akan suka..;)
so selagi kompang belum dipalu, selagi tu lah aku ada chance rite?

dan tetibe arini aku dapat satu motivasi dari supervisor aku..
kamu lelaki, tunjukkan ego kamu..menangi apa yang kamu mahu miliki.
tak salah mencuba..
remember BMW..;)

dan aku pun kembalilah NORMAL...

--------------------------------

adakah hikayat Gadis-Kek-Chocolate telah berakhir?
ermm i dont think so..
ni kiranye macam masuk Season Two lah...hohohoho
semakin mencabar..suspens...penuh dengan aksi2...dannnn...(hahahah.taley bla.;p)

well..
hubungan aku dengan si gadis biasa2 sahaja sekarang..
ala2 rakan kerja yang mesra gitu..;)

--------------------------------

attention!!
arini aku berjaya walk of love lagi..
tapi kali ni dia 'normal'...

mungkin kerana dia telah membaca post aku yang semalam mengenai walk of love tanpa hati itu..;)

dan semalam juga si gadis telah membuat sedikit cameo di blog aku ni..(bagi yang perasan la...;p)

thanks ye sayang!..;)


--------------------------------


hmm.....
for Season Two nih, apa strategi aku ye?
muahahahaha..;p
fikir2...

Thursday, May 21, 2009

tanpa




tetibe best pulak layan lagu nih..
err... lagu ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati ya...;p

tanpa hati

walopon hari ini aku berjaya memujukmu untuk melakukan walk of love (versi tanpa hati)..

namun kenapa kau tidak ingin melihat kearahku wahai gadis?

apakah maksudmu..

apa yang kau malukan?

apa yang kau takutkan?

apa yang kau sembunyikan?

adakah kau sudah benci melihatku?...;(

terasa sangat sedih hatiku dikala ini...

kau jangan gusar...

ku akan membawa diri..

Wednesday, May 20, 2009

maafkan aku

maafkan aku para readers..

aku belum punya kekuatan untuk menyambung siri seterusnya dalam hikayat suci aku itu..


beri aku sedikit ruang dan masa ya...


thanks sebab korang concern...

aku sangat terharu...;(

the end

Ya. ia sudah berakhir..

tammat.

tiada lagi cerita jiwang itu disini..

ia sudah menjadi lipatan sejarah hidupku yang penuh dengan kekecewaan..

terima kasih ku ucapkan kepada kalian kerana sudi berkogsi rasa gembira dengan aku disini..

aku sangat menghargainya.



tika ini aku sangat sedih.

Monday, May 18, 2009

the exclusive

sebagai meghargai jasa baik para readers yang rajin buang masa baca blog aku..
ni ha aku hadiahkan korang the very exclusive of our pic together..

korang judge sendiri la kami ni sepadan or tak..??
sila bagi komen ok.
aku nak tengok pendapat korang mengenai kami..

korang leh teka kan yang mana satu aku n yang mana satu Gadis-Kek-Chocolate...??
haha..







(please wait for a moment, loading is in progress...)




...aku, saiful♥asmahani, Gadis-Kek-Chocolate...



readers,

di kesempatan ini juga aku akan umumkan bahawa...
the best part of this luv story is yet to be revealed!!!

tunggu yo lah yo?...

Sunday, May 17, 2009

6 hours of love..;)

aku sangat keheavenan..;)

--------------------------

laksa...

pagi tadi Gadis-Kek-Chocolate telah menghantar laksa ke rumahku untuk ku rasa..
dan aku telah jatuh cinta..
jatuh cinta kepada laksa masakanmu..
dan juga jatuh cinta kepada si tukang masak laksa itu..;)

u kena bertanggungjawab terhadap i sayang..
u dah buat i terkenan akan laksa u...;)

-------------------------

kenduri kahwin saiful..

pada tengah hari kami telah bertolak ke teluk intan menghadiri undangan perkahwinan rakan opisku..
kusangka dengan datang lewat2 tiadalah rakan2 lain yang tinggal..
rupe2nya aku kekantoian juga dengan si remy cameraman..
tak sangka pulak si saiful ni leh hire remy jadi kameraman majlis dia..
huhu..
ada dua pic kami bersama2 pengantin yang disnap oleh beliau..
remy ni satu department dengan aku..
sah esok awal2 pagi akan kutanyakan perihal gambarku itu..huhu

--------------------------

pantai remis...

semasa on da way pulang dari teluk intan,
si Gadis telah mengajak ku pergi ke kampungnya di Pantai Remis..
memula dia risau takut tak sempat...
tapi aku pujuk dia..katakan mungkin sempat..
dan aku tetiba ingin sangat ke kampung beliau itu..;)

dapatlah aku berkenalan dengan tok nye, mak long, mak su, pak su dan juga sepupu beliau..
n tak lupa si naim yang comel yang masih berumur 6 bulan..;)
geram aku padanya..

sangat kedamaian kurasakan kampung beliau itu..
tetibe aku rindu pula pada kampung halaman ku sendiri...;(

entah lah bile aku akan dapat jejakkan kaki disini lagi ye..
u ingat ye gadis, i tak naik buai tu tadi..
so u kena bawak i balik kg u lain kali ye..;p

laksa lagi.
walaupon aku dijamu dengan laksa masakan mak long mu..
tapi aku tetap teringat akan laksamu yanag kurasa pagi tadi..
sah.
aku tak boleh makan laksa selain dari laksa masakan mu..
tercungap2 i nak habiskan laksa mak long mu tadi u tahu tak..hoho

---------------------------

okay..
izinkan ku tidur sambil tersenyum ye..
aku sangat kepenatan..
6 jam bersama Gadis-Kek-Chocolate bagai 6 saat sahaja ia berlalu..;(
dia pon sudah tidak reply msg ku..
maybe dia pon sudah tertidur sambil tersenyum...;)

Friday, May 15, 2009

tok nDak dan aku

sambil keluar dari masjid,
aku sapa tok ndak yang berjalan di hadapan aku..
aku khabarkan kepadanya yang member aku menjemputnya sama ke majlis perkahwinan beliau di teluk intan..
tok ndak nyatakan kebusyannye dan mungkin tak dapat menghadiri ke majlis tersebut..

dan tetibe..

"ko dengan budak kg dxxxxxx tu pe cite?"


sambil mata merenung tepat ke arah aku..huhu seramnye..;(

"eh?..."


aku bukan buat2 terkejut. tapi aku memang terkejut sebab sebelum2 ni takde pulak dia nak tanya ke hape.aku ingat dia sudah lupa peristiwa 2 minggu lepas.

"abis dia cakap kat saya, kau cerita kau jumpe saya semua.."


aku da tak tahu nak cakap apa..aku bantai jela jawab nie..

"ermm.. just kawan kerja je tok"


dia renung aku lagi..macam tak puas hati dengan jawapan aku..

"kau jangan main2, dia cucu saya tu.."

aduila..amaran ke nieee..takutnyer..;(

"iyee...saya tahu..hehe"

aku buat2 ketawa kecil sebab nak hilangkan kegusaran dihati..
sambil tu aku buat alasan nak balik dah.


"oklah tok, saya balik dulu la ye.."

"eh tak minum dulu ke?"

"takpelah tok. dah kenyanglah.."

huhu.
iye.
ini adalah satu lagi PETUNJUK..
dan sekarang otakku sedang ligat memikirkan apakah maksud tersirat dan tersurat dari dialog pendek itu tadi..
semua ini terjadi secara kebetulan.
dan aku tak sangka langsung dia boleh nak tanya kat aku pasal nie arini...
aku ingat dia lupe dah..


Ya Allah..bantulah hambamu ini ke jalan yang lurus, ke jalan orang2 yang kau redhai ya Allah..

Wednesday, May 13, 2009

the gossip

"wehh semua orang dah tahu cite sal ko lah"
"hah?cite pe?"
"alaaa.. sal ko dengan dia la.."
"eh mana ko dapat tahu ni?"
"err aritu aku terdengar diorang cite sal ko jalan balik sama dengan dia"
"aduila aku da agak da ni mesti jadi gosip sal kitorang jalan balik sama ni"
"ala relaxlah..takyah nak risau..korang berdua kan single..lantak korang berdua la..lainla kalo korang da kawen.."
"ermm ada je kan mata yang nampak n mulut yang bercakap..;("
"ermm tentulah..dah ko kan pujaan ramai, single pulak tu" <--aku takley bla bile dia cakap macam nie..hahaha "ermm..lagi apa yang ko tahu?"
"aritu masa korang dating kat bawah tangga masa tunggu nasi tu pun kan ramai yang nampak"
"eh ritu kan memang kitorang tunggu nasi je"
"alah kalo da tersengih2 n tersipu2 tu takkanlah takde pape..;p"

---------------------

barangkali 'mereka' semua dah tahu...
aku tak boleh nak sorok2 lagi nampaknye..;(

the card

cite ini ada berkaitan dengan en3 sebelum ni..
di bawah ini adalah perbualan aku dengan seorang rakan opisku..

------------------

"eh kad aku takde ke"
"adaaaaa....nah ko punye.."
dia tunggu sebelah aku.aku da pelik.aku bukak kad dia.
aku baca.aku tersenyum.dan aku toleh kepada member aku ni.
"wehh ko....;)"
"sorila aku tak tahu nama dia"
"ko baca blog aku..huhu"
"ajak la Gadis-Kek-Chocolate sekali ye.."
"hehe..tengoklah nanti"

aku tersenyum kerana ini...


-------------------

haha.
aku tak tahu apa perasaan aku..
yang aku tahu aku nak khabarkan kat Gadis-Kek-Chocolate..

"i nak ajak u..eh silap..kawan i jemput kita pergi majlis dia.."
"kat mana?"
"kat teluk intan 17 mei ni.."

"u sudi?"

"ermm i tak tahu lagi..nanti i confirmkan ye..;)"

"okayyy.."

-------------------

"u tengok kad yang i attach kan tu.. dia tulis nama u Gadis-Kek-Chocolate..;)"
"a'a...sweeeeeetnyeerrrr...;)"
"oh. inilah maksud sweet ye..hoho.i taktau..;p"

Tuesday, May 12, 2009

the invitation

seorang rakanku yang ku maksudkan dalam en3 ini, ini dan ini telah menjemput kami ke majlis perkahwinan beliau di teluk intan tanggal hari ahad ni, 17-mei-2009..

tapi aku still dalam dilema lagi...
tak pasti samada ingin membawa Gadis-Kek-Chocolate bersama atau tidak..
tapi memenuhi undangan itu wajib bukan..hmmm..

alasan aku ialah..
aku tidak ingin kelihatan seperti memaksa dia mengikut aku ke majlis ini..
biarlah dia yang membuat keputusan sendiri..
tapi minggu lepas aku dah nyatakan mengenai hal ini kepadanya..
dan selang sehari kemudian si Gadis telah menyatakan persetujuan nya untuk menyertai ku..
tapi itu pun tak confirm lagi..
tengoklah macam mana nanti..

hati aku still blur lagi..
tapi yang jelas aku rasa aku gembira jika dia sudi mengikuti ku.. ;)

Sunday, May 10, 2009

2nd date..

petang jumaat aritu..
pas keje..
aku tak tahu nak kemana..
ingatkan nak hantar Gadis-Kek-Chocolate pulang,
tapi adalah lebih afdal jika adiknya sahaja yang ambil dia kan..
bukan aku tak offer, tapi dia tanak..
eloklah camtu kot..

on the way pulang..
"u nak p tanjung ke?"
"u?"
(aku nak wajab YA.tapi aku keberatan sebab takut macam memaksa dia pulak.takkan lah aku nak jawab taknak kan?hahaha.memang dasar kau nih!)

walhal sebelum2 ni memang kami dah banyak kali cite pasal kedai makan tepi sungai ini yang sangat cool.
bayangkan korang minum petang sambil ditiup angin sepoi2 bahasa dan sambil melihat arus sungai yang mengalir sesekali dipecahkan oleh bot pancung penduduk setempat.
dan sesekali sekawan bangau terbang beriringan..
dengan pemandangan orang memancing lagi..
oh! sungguh heaven okay!!
dan kalau bersama orang yang ko minat/sayang, tentu lagi heaven bukan??

surely the answer is a big yes..
for both of us..
"okay u p dulu ye..nanti i sampai.."
"okay i tunggu u..;)"

untukmu sayang,
seribu tahun lamanya pun ku sanggup tunggu tau..!!
muahahaha..
ayat bajet la lu...;p

masa Gadis-Kek-Chocolate sampai kat situ,
ramai pulak orang yang dia kenal..
hoho kantoisss..

aku pun segan gak..
dahla ada kawan ayah dia..
buatnya dia p cite kat ayah si Gadis, mahu minggu depan gak aku kena masuk meminang..
hahaha...apakah??
takpe2 relax..cool..u are the man dude..;)

ermm..
nasib baik tok Ndak tak lalu..
kalau lah dia lalu kat tepi kedai tu time kitorang makan..
huh..mampus aku!

aku order mee goreng..
n aku orderkan laksa untuk dia..
kan dia suka makan laksa..
kat mee goreng aku ada 2 ekor udang..

"u nak udang?"
"ermm..tapi i tak pandai nak kopek udang..;)"

maka aku dengan gentlenye pon kopekkan 2 ekor udang itu untuk dia..
nasib baik makcik tu bagi 2ekor je..
kalo ada 10ekor, 11ekor i kopekkan untuk u tau...;)

kali ini aku berjaya mengdiscover sesuatu lagi..
aku mencuri2 pandang wajahnye ketika dia sedang makan..
haha.
manis sungguh tahi lalat di bibirmu itu sayang..
oh Gadis-Bertahi-Lalat-Manis...;)

memori petang jumaat di tanjung itu akan sentiasa kekal di ingatan aku..;)

Saturday, May 9, 2009

entry takde makne..;p

haha..
ok geng..
aku da sampai KL kol 9mlm tadi..
sangat lepak ok..
aku lepak umah membe aku kat the forum, jalan tun razak..
ada sape2 tau..
jomlah lepak minum kalo berani??hoho

sekali umah membe aku intenet laju la pulak.
terpaksa aku lepaskan gian aku kat blog nih..

terasa rindu pulak pada Gadis-Kek-Chocolate bila berjauhan begini..;(
alah lu..bile dekat pon lu cakap lindu jugak..angau dah lu nih!!

oklah aku nak tido.
lepak gilos drive dari lumut sampai ke KL ni..
untung2 malam ni tido dapat mimpi Gadis-Kek-Chocolate..
muahahaha..;p

iklan ini tidak dibayar...

yess!!
aku cuti arini sempena wesak day..

aku 'menyambut' perayaan ini dengan dua perkara penting weekend ni..

1. off to KL attending my friend's wedding..
2. anta membe aku p nikah petang ni kat TROLAK. (pstt.trolak is in southern part of perak ye sayang.not in pahang . n not in ipoh..;p)

ermmm..
untuk penggemar cite hindustan aku,
nantikan kemunculan en3 seterusnya yang bakal bertitle.. '2nd date'
muahaha..
progress2!!

p/s: to my silent reader from JB...segannya aku.. ^-^

Thursday, May 7, 2009

walk of love - the returns ;)

hahaha.
aku hepi.
sebab apa?
sebab tajuk kat atas tu la..

sejak episod terakhir pertemuan kami dalam walk of love the finale ,
kami jarang dapat berjumpa dan berbual mesra..
jarang tu maksudnya aku ada lah 'ter'jumpa dia gak..
tapi tu pun kejap2 je masa dia datang department aku..
nak bual lebeh2 kang kena sekeh lak dengan boss aku..huhu

so boleh dianggarkan yang kami rindu nak berbual2 mesra berdua.
kami?
ke aku sorang je? ;p
aku sorang je kot..hahahaha
dulik kan!

TENGAHARI TADI:
"i nak belanja u kek chocolate.."
"eh. u belanja lagi?bile turn i nak belanja u nih?..;)"
"hehe..u banje i terus yang besar2 lah nanti"

eh apa ye maksud u yang besar2 tu?
adakah u nak i banje u wang hantaran yang besar2??
okay jek! tadahallah..;)
err tapi berapa besar?

"u nak yang kecil ke yang besar?"
"ermm aritu u bagi kat i yang besar kan..kali ni i nak yang kecil je lah.."
"tapi macam mana i nak bagi kat u ye?"
"ermm petang nantilah.."

eh kenapa aku jawab macam tu?
petang nanti?
walk of love?
bukankah siri walk of love itu telah tamat??
well..sejujurnya aku RINDU ok..
aku rindu nak berjalan pulang bersama dia..;(

dan seterusnya..

"petang nanti kita walk of love eh?"
"okayy..;)"

tengok!dia pun tak menolak kan..;)
thanks ye sayang..;)
kalolah u menolak tadi, da tentu i cdey..;(
kita dulikkan je lah orang nak cakap apa..


so petang tadi berlakulah walk of love [part five] a.k.a walk of love the returns ;)

kami berbual mesra..
dan aku sempat memujinya..
"ermm i rasa u nampak 'lawa' lah arini..;)"

thanks Gadis..
kau telah membuat hatiku riang sampai ke malam..
muahahaha ;)

menuai hasil pertama!!

yahoo!!
err. ini iklan ye.
nanti aku sambung balik cite sal Gadis-Kek-Chocolate..

aku nak nyatakan kehepian aku sebab pertama kali aku dapat RM0.25 daripada nuffnang!!
terima kasih wehh.

thanks juga kepada en.luffy sebab memotivasikan aku pasal nuffnang ni.
nanti cukup wet nuffnang bagi kat aku, aku banje arr ko ye..hahahaha

err. dengan 25sen apa aku leh dapat arini?

Wednesday, May 6, 2009

7.45

susah betul kami nak terserempak pagi2 ni la.
sebagai langkah pertama, kami da set untuk swipe masuk sama2 pada pukul 7.45 pagi..
tak kiralah sape sampai dulu..
kitorang janji pada diri sendiri untuk sampai serentak pada waktu itu..

pagi tadi..
sebagai permulaan..
dia boleh pulak awal hari ini..
aku yang besenye lebih awal dari dia boleh pulak terlambat..
keputusan pada hari ini ialah..
7.47 vs 7.50
keAWALan berpihak kepada Gadis-Kek-Chocolate..
mentang2 MU menang, u pon awal nari ek?
cisss..

dan jika salah seorang dari kami da sampai dulu, kami tak akan menunggu antara satu sama lain.
kami akan teruskan sahaja perjalanan dengan kelajuan tahap sloth..

rasa cambest pulak men kejar2 pagi2 ni..
hahaha..

hari kesedihan sedunia ;(

psttt..
untuk penyokong arsenal sahaja..
uwaaa..
game tak abes lagi, tapi aku confirm arsenal akan kalah..

Gadis, kenapelah firasat u sentiasa betul sahaja???
err.. cuba u tilik tengok kita kawen tak?muahahaha.

Tuesday, May 5, 2009

special en3 dedicated to my beloved followers..

thanks kawan2 yang sudi follow blog murahan aku nih..
dalam masa 2 minggu ni aku rasa dapat up follower dari belas-belasan ke 34 hari ini..
walopon sikit compare dengan follower en.luffy..;p..namun aku tetap nak ucap TERIMA KASIH..

kehadiran korang membuatkan aku lebih bersemangat untuk berblogging dengan intipati utama blog aku ini iaitu cerita mengenai AKU dan GADIS-KEK-CHOCOLATE..

nantikan kisah2 hangat seterusnya (tak ley bla aku dengan ayat seterusnya aku nak type ni....hahaha).

ah korang tunggu jelah cite seterusnya..
aku malas nak update tiap hari nanti korang bosan plak..

walaupon hakikatnya setiap hari ada saja development dalam perhubungan kami berdua...ngehehehehe.
jangan jeles naaaa...;p
[sumpah!sikit gua tak jeles bro!]

p/s: to my '1st follower' yang masih segan nak follow blog aku...err what a 'nice blog' u have..;) ;p...kekeke jangan marah ..;p

Monday, May 4, 2009

'the ending' (i dont think so..)

kadang-kadang aku terfikir seperti mahu ditamatkan sahaja fairy tale ini...

namun aku insan biasa yang punya perasaan menyayangi seseorang seperti insan lain.
seperti dia..
dia juga begitu..

yes! hari ini tiada walk of love..
yes kau cakap?
aku sedih okay..
untuk hilangkan rasa sedih, aku buat2 busy balik lewat pukul 6 petang..
then call member ajak minum..
dan aku luahkan sedikit gusar hatiku padanya..
thanks bro!

semasa on da way pulang, aku perasan seperti kelibatnya..
aku tercari2 tapi tak nampak..
sampai ke rumah aku sms
"salam..u ke tadi yang i potong?"

tidak menunggu reply aku segera ke masjid kerana sudah terlewat..
aku pulang agak lewat..

sampai ke rumah ku lihat di hp ku ada 4 missed called n 2 messages dari si Gadis..
"Salam..kenapa u tak nak angkat i called..sedihnye i mcm nii..;("
terasa sayu aku apabila membaca sms itu..

maafkan aku sayang..
bagaimana aku bisa menjawab panggilan darimu kerana aku sedang bertemu dengan Tok Ndak mu tadi..

aku PASRAH dengan ujian ini..
ya..kehadiranmu dalam hidupku adalah satu lagi ujian dariNya untukku...

bagaimana aku akan tempuhi hari yang mendatang?

Sunday, May 3, 2009

the Gadis, the Tok Ndak & the dialog

peristiwa semalam di sebuah majlis perkahwinan di kg. si Gadis-Kek-Chocolate..

kelihatan Tok Ndak(refer this en3.mereka orang yang sama) yang sedang menjamu nasi kenduri di bawah sebuah khemah..
si Gadis tiba di majlis dan makan berhadapan dengan Tok Ndak..

"atok aritu p Johor ye?"
"a'ah ye..mana kamu tahu?"

"err..aaa..err..aaa.. kawan saya bagi tahu"
"kawan?kawan yang mana?"

"kawan saya kat area umah atok la"
"kawan kamu..??...faizul ke?"
"err...a'a..iye..;)"
"ooo...kamu dua ni ada apa2 ke?"
"eh takde la tok..kitorang just kawan je.."

sms masuk ke hp si Gadis..

"Tok Ndak..dia kirim salam"
"eh macam mana dia kirim salam"
"ni dia sms saya"
"amboi..bebudak sekarang laju betoi"

"ha kamu ni bile nak isi 'borang'?.."
"err..belum lagi la tok.."
"kamu jangan sampai dah bukan2 baru nak jumpa dengan atok isi borang"
"err..takk la tok...errr yelah.."

"ha nanti kamu pesan kat si faizul tu atok nak jumpe malam ni kat masjid!"
"hmm iye.."

+++

ok.
tersangat kecuakkan aku bile Tok Ndak pesan macam tu pada si Gadis..
nyesal pulak kem salam..
hahaha..
entah apalah dia nak interbiu aku malam nanti agaknye..
buatnye dia soh aku hafal Quran depan die nayer je..
tu la aku ni berani2 sangat kawan dengan cucu tok imam aka tok kadi ni..
err..
aku tak sengaja okay..
aku kenal mereka melalui dua situasi yang berlainan..
sudah kebetulan barangkali..
hmm... KUASA TUHAN kan??

Saturday, May 2, 2009

walk of love the finale

the finale.
iye sudah tamat.
tadi ialah walk of love part four a.k.a the finale..
mungkin selepas ini sudah tiada lagi..
tiada lagi pulang seiringan bersama2..;(

semuanya gara2 ini..
"da ada gosip pasal kita"
"hah??mana u dengar??sape bagi tahu kat u??"
"tadi kawan i cite.."

dan aku rasa untuk elak gosip semakin panas, baik aku cool je dulu wat masa sekarang..
bukan apa..
aku tak nak la 'susahkan' die...
cian die.. ;(

errmm..tapi dalam hati sape yang tahu kan..
aku pon dapat rasakan apa yang ada di dalam hatimu Gadis-Kek-Chocolate..;(

Friday, May 1, 2009

1 mei bukan hari bertemu kekasih okay..;)

AKU DAN ABBAS:
"bro, sok ko anta aku p bustand boley?..aku nak balik ipoh la"
"oh okay je.."

AKU DAN GADIS-KEK-CHOCOLATE:
"ermm esok kalo i nak ajak u sarapan sama degan kitorang ok tak?"
"ermmmmm..kat mana?...ermmmm..kalo pukul 9.30 ok tak?..
akak i naik bas pukul 9pagi.."

+++


memula kitorang janji nak p sarapan kat manjung selepas dia hantar kakaknye naik bas..
tapi sebenarnye kakaknye ingin naik bas dari lumut pula..
ala lagipun manjung n lumut tu jauhnya hanya dalam 20 minit jika anda memandu secara sopan dan dimulai dengan doa-naik-kenderaan..

aku anta abbas yang nak balik ipoh dan sambil bertemu mata-air..
dia anta kakaknya yang mahu ke klang sambil bertemu mata-air..

so tadi for the first time aku dapat makan bersamanya..
nasib baik bukan berdua tapi bertiga..
bersama2 abbas si housemateku..
thanks bro..
kalau berdua je tak mungkin kot..

ia bermula begini, malam tadi kat rumah..
"bro, sok kan cuti..ko ajakla dia p sarapan sama ke?"
"keluar sama?tanaklah.."

+++

tapi aku termakan juga idea si housemate aku nih..
ternyata Gadis-Kek-Chocolate pun tidak menolak..
thanks ye sayang..;)
baru ku perasan yang kamu mempunyai lesung pipit yang begitu comel..
oh Gadis-Berlesung-Pipit-Comel..
muahahahaha...;)