Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Tuesday, June 30, 2009

abang ni asyik nak main futsal je tiap2 minggu...;(

agak2 nanti kalau aku da kawen, sang isteri bagi tak ha aku nak men futsal tiap minggu?
hohoho

bukan pe.. aku tengok opismate aku yang da kawen sume akan secara otomatiknye bersara sebentar dari turun padang tiap2 minggu..
tau arr da ada ladang..;p
da tanak men bola dengan kitorang lagi...hohoho

tapi aku respek gile kat Ramadhan..takde gaya pengantin baru langsung..
dalam minggu perpengantinan pun turun gak men futsal..
agak2 kena rembat kang, nayo yo...

tenpomes : i rise , u fall

siyes best gile.
sape2 tak p tgk lagi baik p cari cd pirate cepat2.
wakaka..

-------------------------------------------

meh aku wat spoil kat sape2 yang tak tengok cite ni lagi..
citenye cenggini..
ada dua kumpulan robot..
robot baik lawan robot jahat..
last2 nye..robot baik tu yang menang kan..
hahahaha

tapi!
tak aci betul!
padahal robot jahat lagi ramai!

n satu propaganda paling ketara ialah ..
deme nak tunjuk betapa pawernye askar US nih sampai leh menang lawan tembak2 dengan team robot jahat yang begitu ramai..
tipu seh!!
dah2!! aku nak boikot cite tenpomes three..
hahaha..

-------------------------------

pepehal...
berbaloi beb 2 jam setengah telinga ko dihadapkan dengan bunyi bising n gambar besar bergolek2 sampai pening pale aku ni dah..

korang pecaye tak dah nak dekat setahun aku tak tengok wayang.
hahaha...
yela takde partner nak wat cane kan..;(

-----------------------------------

hmm ahernye terbuat gak entry sal tenpomes..
aci ke entry macam ni ha...? ;p

Monday, June 29, 2009

takde entry pon seploh orang yang datang beraya ke..kakaka

hahhaha
ntahpape tajuk tu kan..

sorila weh semalam takde entry..
penat gile drive seharian ke uum tuh
ingatkan dekat je..
ngupenyer..mak ai..jauh giler..

aku semalam best gilerrr wa cakap sama lu..
hahaha
kat uum tu ko tahu je lah kan apa yang best..
lagi2 adik aku tu pompuan, aku hantar ke kolej pompuan..
wakakaka..
ramainyer awexs..
berpinar mata aku..
(okay jangan salah tafsir kenyataan aku ni okay...;p)

hmm welll..

sebenarnye smlm aku nak post entry sal tenpomes..
walaopon aku tak tengok lagi..hoho
tapi aku tahu tentu best gilaxxx..

dan tetibe pulak balik keje tadi osmet ku jo ajak aku p layan tenpomes mlm nie..
yahuuu..leh tido dlm panggung!haha..bkn pe..penat semalam tak hilang lagi nie...;(


Sunday, June 28, 2009

jadilah insan yang berguna pada agama, bangsa dan tanah air..

ingat nasihat abg tu ye adik2..

today, im off to sintok antaq adik aku register kat situ..

apa yang menanti ye...

hmmm..hepi weekend to ya all..

till then, miss ya..

Saturday, June 27, 2009

aku dah tak tahan!!!

kah kah kah..
aku sangat tak dapat tahan okay..

aku dah cuba..
aku dah try..

tapi naluri kekepohanku membuak2..

dan akhirnye...

Hikayat Gadis Kek Chocolate...

Season 3 is coming soon...(new season in censored version)...;p
in new url too...;p

hail to the all woman out there..yeah!

Friday, June 26, 2009

cash

iye..
betul cakap kama..

setiap kesalahan kita ni skang Tuhan bayor cash jek..
membuatkan aku insaf.
muhasabah diri.
tak susah nak tangkap apa kesilapan yang aku dah buat tu..

maafkan aku Ya Allah..
aku hamba-Mu yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan..


sangat down today...;(

Tuesday, June 23, 2009

kalau korang nak tahu...takde kerete kancil yang pakai diesel okayyy...

sempena musim kembali ke kampus buat budak2 U..
ni aku ada satu kisah tauladan dan pengajaran untuk korangs.


flashback.
flashback..
flashback...

------------------------------------------------------------

2006..

jam dah tunjuk pukul 12.05 tengahari..
trutttt..truttt..truttt..
bunyi sms. (korang percayakah?)

sms berbunyi begini... (err..sms berbunyi?)

"abg, kitorang lambat sikit..kitorang nak extend pakai sampai pukul 1 ye.."
aku reply.,
"tak boleh. kan dah janji nak pulang jam 12. ada orang dah book kol 12 nih. korang kat mana?..."

sms ku tak berbalas...
aku call sekali tak angkat..
masuk kali kedua baru berangkat..

"korang kat mana?"
"eh abg..kitorang dah on da way balik nih.."
"yela on da way tu kat mana.."
"da nak sampai dah..kat area sri putri.."
"okay ..cepat sikit ye..ada orang nak pakai kol 12 nih..dia tunggu dah.."

12.30pm..

tak sampai2 lagi..
padahal mengikut perkiraan aku, dalam 10minit sepatutnya mereka dah sampai ke tempat pertemuan yang dijanjikan..

aku call sekali lagi..

"korang kat mana ni?dah pukul 12.30 ni.."
"eh abg, sebenarnye kitorang tersilap isi minyak.."
"kitorang terisi diesel......" ....suara ayu yang ketakutan kedengaran di corong hp ku..
"what!!! isi diesel? banyak ke? korang kat mana ni? aku datang sekarang.."
"kitorang kat shell sri putri..takpe kitorang tengah nak keluarkan ni"
"dah3..korang jangan buat apa2..tunggu je sampai aku datang sana ye..tunggu."
"err..okay"

aduilaaaaaaaaaaaa...
cemana la awexs nih leh isi diesel pulak..
mamfus aku.

aku cari OT, member aku yang arif bab2 kereta ni..
aku ajak dia p tengok kete kancil aku yang disewa oleh 4 jelitawan2 kolej sebelahku itu..
sudahla hari itu hari ahad..semua bengkel tutup.
last2 terpaksa panggil seorang mekanik luar yang juga kawan baik kepada OT ni..

apa lagi.
operasi memflush diesel di tangki minyak dimulakan.
then cuci enjin pakai petrol pulak..
aku tunggu dengan risau je takut kena overhaul habis satu enjin..
teruk kalau kena macam tu..

serisau2 aku, lagi kecut minah 4 orang tu aku tengok..
berulang-kali aku tanya macam mana boleh terisi diesel..

"ala bangggg..kitorg tak sengaja..kan nozzle diesel tu macam cantik..kilat2 siap ada penutup lagi..kitorang terangkat nozzle yang tu la...;("
"takpela..benda dah nak jadi..lenkali jangan wat lagi ye.."
"huhuhu..dah tak berani nak sewa lagi dah.."

------------------------------------------------------

hahaha..tetiba aku terkenangkan peristiwa itu..

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN KHAS OLEH DUDE UNTUK PARA AWEXS2 YANG SUKA MENYEWA KERETA2 SEWA DI KOLEJ2 DAN U2 MEMASING YE..

INGAT! PILIHLAH NOZZLE YANG TIADA PENUTUP DAN TIDAK BERKILAT2..

Monday, June 22, 2009

sekarang, hari2 biasa.. aku dah tak bisa melayan blog

wehh..banyak sangat blog2 best yang aku follow sekarang..

blog pilihan top tuenti aku pon dah tak termampu aku nak baca tiap2 hari..

bukan aku sombong weh..takde masa okay..

nak reply komen pun dah malas sebab kotak yang disediakan tak memuaskan hati aku..

padahal hati membuak2 nak mengutuk korang kembali..hohoho

kutukan membina itu sangat digalakkan ye kawan2..

kalau free, hari ahad baru aku berkesempatan nak geledah blog2 korang yang haru biru itu..

kalau boleh janganla letak widget yang karut marut banyak sangat ye..lembab loading takde mood dah aku nak tunggu kan..;p

salam ikhlas dari aku yang dah takde mende nak cite kat korang..

hikayat itu telah tamat..

kah kah kah..;p

how about...an en3 to answer you?..;)

first of all, aku mencik gila nak type kat ruangan komen tu sebab kecik banget..duhhh

2ndly, kengkawan yang len pun boleh sama2 kongsi/kutuk aku..kutukan membina okayy..kalau kutukan mengutuk, aku flying kick korang balik..warhghahaha

---------------------------------------------

the answer:

yeap!
u r sooooo damn rite dear..
aku dah alami n nampak benda tu dgn gkc sendiri..
aku silap langkah...(asek silap jerk..adehh)
perlu aku akui itu adalah kelemahan ku yang terketara sekali.
aku terlampau memurahkan perasaan aku..
terlampau mudah mencerminkan perasaan aku..

aku gelojoh maybe..
atau aku ini diperkaya dengan perasaan kasih sayang yang mencurah2..

sebenarnye ini ada kaitan juga dengan sejarah hidupku yang lampau...
time aku belajar dulu..
about nine years ago..wohohoho

okay..lets flashback!!

---------------------------------------------

aku ada minat kat sorang gadis nih.
superb!
3 bintang!
aku berkawan dengan dia..
aku rajin perhatikan dia, aku rajin call...
TAPI..aku tak pernah cakap aku suka kat dia..
tapi aku tahu dia tahu yang aku sukakan dia...

masuk tahun kedua berkawan, dia telah ditackle sampai jatuh oleh seseorang..
ko percaya tak, dia tanya kat aku sendiri kenal tak kat mamat yang duk kacau dia tuh..
aku siasat.aku kenal.classmate member aku..
aku dengan naifnye relax je..
last2 aku melepas..

masuk tahun ketiga baru aku tahu diorang dah bercouple..
macam harlem.
aku bersemuka dengan minah ni..dia cakap yang aku lambat sangat..
dia cakap aku tak pandai baca isi hati perempuan..
guess what?
sampai sekarang aku menyesal sebab wat tak tau je bile dia bagi hint ajak nengok wayang cite pearl harbour lakonan ben affleck dulu..
wahh dah lama kan cite tu?...huuuuuu
aku masih ingat peristiwa itu sampai sekarang..
mari ketawakan aku.
kah kah kah..

masuk tahun kelapan, diorang berkahwin..
melepaslah aku yang setia menanti agar mereka clash..
mari ketawa sekali lagi beramai2.
kah kah kah..

--------------------------------------------------

dan aku rasa sekarang ko mengerti kenapa aku begini bukan..

takpe.aku faham.god send you to me to give me the message ait?...;p
thanks once again.

hari ini adalah lebih baik dari semalam..
dan harapnye esok adalah lebih baik dari hari ini...;)

thanks belle..;)

Sunday, June 21, 2009

aku sangat terharu dengan en3 kamu itu..

adakah terharu itu perasaan yang sewajarnya?
aku tak tahu..
hahaha.
sejujurnya perasaan marah tiada langsung!!

straightaway aku tahu itu ialah aku..
hohoho.
dont worry dear..
i'm matured enough, no hard feeling..

in fact aku rasa itu semacam wake-up call untuk aku..
thanks dear..
yess.
aku akan berbuat sesuatu untuk itu..
aku pon dah semacam bohsan sebenarnye..
hiyahhhhh!!!!

mungkin aku akan terus menulis mengenai itu tapi let it privacy.
amacam?
betul cakap kau, tak semua itu perlu dikongsi kan?
aku bukan nak memuaskan hati orang, tapi aku setuju dengan pendapat yang bernas...;)

ermmm..
once again aku sangat berterima kasih kau menegur aku secara terang2an..

hug of thanks...;)

Saturday, June 20, 2009

hari kedua ini kusangat terasa ketiadaanmu..

hari ini sabtu.
hari kedua tanpa kelibat mu...mungkin boleh kuterima lagi..
hari kedua tanpa berita darimu..oh aku tersangat rinduuu...;(

---------------------------------------------------

pagi tadi sesampai di ofis, aku terasa begitu kehilangan..
tiada khabar, tiada emel, tiada sms dari GKC..
ohh..;(

sms terakhir yang kuterima adalah pagi semalam..
apa agaknya khabarmu disana ya GKC..

---------------------------------------------------

aku tak dibenarkan untuk menghubungi dia..
dan sepatutnya aku tak boleh menghubungi dia..
biarlah dia gembira disana..
kudoakan kau hepi disana GKC..;)

adakah kau rindukanku sepertimana kurindukan kau..

mood tampal lagu: CRK - cinta dan air mata

satu, dua & tiga..

semalam , hari ini dan esok..

3 hari GKC tinggalkan aku..

hmmm...

angin perubahan pasti berlaku..

berita baik? sama sekali tidak...

diambang keakhiran season 2 yang penuh suka dan duka barangkali...;(




hayati korusnye betul2

p/s: readers...maaf, entry sadis ending untuk season 2 mungkin aku tak dapat siarkan..;)

Friday, June 19, 2009

aku anugerahkan ianya kepada June...

ia..
hanya untuk bulan ini maybe..
spesel untuk June aku harap2 begitulah..
mesti korang (korang?) pun harapan yang sama macam aku..

[maaf bahasa aku berterabur..;p]

semoga July nanti memberi sinar baru..;)
14 dalam 19 ialah rekod.
buat pertama kali dalam 4 purnama.

okay..
dipersilakan June..
ini dia..

anugerah kemalasan menulis en3 @ mengupdate blog khas untuk kamu..

Thursday, June 18, 2009

membuka pekung di dada

AMARAN!!
ENTRY YANG MELLOW..
JANGAN BACA KALAU ANDA TAKNAK BERDUKA...;)

--------------------------------------------

ahahaha.
tajuk takley bla..
tetibe teringat ayat tu terus jadi tajuk en3 aku..

--------------------------------------------

aku sangat kepenatan hari ini..
pas maghrib aku terus tido sampaila kol 12 tadi..
pas marathon 3jam dengan GKC sekarang aku tak boley tido..
aku terkenangkan dia? iye..
tadi beliau menyatakan padaku yang beliau mungkin tidak akan tumpang aku ke JB..
aku kecewa? iye..
tapi takpelah.mungkin ada hikmahnya..
aku malas nak cite banyak.

esok khamis.
hari jumaat dan sabtu beliau akan cuti kerana mengikuti family day tempat adiknya belajar..
aku akan rindukan dia? pasti..
alang2 dah macam tu, esok aku berazam untuk taknak jumpe dia agar aku takkan jumpa dia sampai 4 hari mengikut perkiraan aku..
biar aku rindu.
biar padan muka aku.

kenapa?

kerana aku rasakan aku perlu tamatkan rasa mengharap aku padanya..
setelah sejauh ini?
nope. korang silap.
belum jauh lagi.
baru 2 bulan 22 hari mengikut perkiraannya tadi..
baru lagi bukan?

adakah aku putus asa?
tidak..
aku rasa bersalah padanya sebenarnya.
aku khuatir dia tak sudi lagi berkawan denganku jika aku terus menyatakan perasaanku padanya..

apakah perasaan aku sebenarnya?
adakah aku tak sayang nya lagi?

nope.bukan macam tu...
aku akan sentiasa sayangkannya sampai bila2..
aku telah sayangkannya semenjak dia berada di situ... (thanks faryn)
di mana?...tanya GKC..
di hatiku.. ku jawab

---------------------------------------------

baru sebulan yang lepas aku bawa beliau ke kenduri saiful..
dan macam2 perkara telah berlaku dalam sebulan yang telah berlalu ini..
pasti macam2 perkara juga akan berlaku dalam sebulan yang akan datang..
aku rasakan perhubungan aku dengan beliau terlalu pantas berjalan..
adakah aku perlu slow kan nye?
maybe...

aku rasa aku perlu berpindah kerja untuk melupakannya..
tapi aku sangat sayangkan pekerjaanku sekarang...

Tuesday, June 16, 2009

ok, aku tak perlu sape2 pun untuk teman aku p jumpe bakal pak mertuaku yang peramah itu for the first time...;)

hohoho...
ptg semalam lepas pulang dari kerja,
aku telah ke rumah beliau untuk kali ke-3 secara kasarnya...

tujuanku hanya satu iaitu meminta keizinan dari abahnya untuk membawa pulang atau lebih tepat lagi menumpangkan si GKC yang ingin ke JB melawat kawan dan mak angkatnya pada bulan hadapan..
alang2 sudah sampai ke JB, aku berkira2 untuk membawa beliau melawat ke kg halamanku...

------------------------------------------------

syukur..tiada halangan dari pihak keluarganya..
namun, perkara ini belum pasti lagi..
abah, (ececeh.da panggil abah tu...;p) suruh aku confirm sendiri dengan beliau..
jika si GKC sudi, okaylah...
tapi kalau dia tak sudi, aku tak berhak memaksa hatinya...
biarkanlah masa dan takdir yang menentukan..
aku hanya berserah pada-Nya agar 'kami ditunjuki jalan2 yang lurus' sahaja...
insyaAllah...;)

aku pasti aku akan menjadi orang paling gembira di dunia jika berjaya membawa pulang GKC ke kg halaman ku...huhu..

-----------------------------------------------

ni kali pertama aku berjumpa dengan abahnya...
aku sangat terkejut oleh keramahan yang beliau tunjukkan okay..
baru 1st time jumpe tapi dia layan aku macam member dia sendiri..
ajak bisnes lah, ajak main badminton lah, ajak turun ke sungai mengail lah...huiyo...aku pun tak sangka beb...korang percaya tak?;p...
sayang abah sangat!!!...hehehehe

yang paling aku tak boleh blah, dia soh aku rajin2la datang umah dia selalu..
lepak petang2 pas keje or weekend bila tak keje..
bukan aku taknak or tak berminat..
tapiiiiiiiiiiiii...
mahu mati kena tikam dengan GKC kalau aku buat macam tuh...
respek beb..
hati dia kena jaga jugak..
itupon aku datang semalam tanpa restu dari dia...
hohoho..
maafkan abang ye sayang?...;-l


adik2nya pun begitu mesra denganku..

keletah aina yang baru berusia 2 tahun setengah membuatkan aku sentiasa risau...
beliau sangat aktif..berlari ke sana ke mari...
dan sekali sekala beliau berlari dan menjatuhkan badannya padaku seperti ingin bermanja gitu...
kulihat dia mempunyai ciri2 seperti GKC apabila besar nanti kot...;p

dan kepetahan fateha (8 tahun) membuatkan aku tersenyum...
sangat petah 'bakal adik iparku' ini berkata2...
dan lagi satu yang menarik mengenai dia ialah, kecil2 lagi dah pandai melaram..hohoho...


p/s: nanti aku sambung balik pas main futsal k...

ok aku sambung balik..
hahaha.awal2 lagi da ada 5 kumen2 cumel dari follower2 yang cumel2 gak....
tatahan absy awal2 lagi dah kumen tu..
aku tahu niat ko nak jumpe dgn GKC kan?hohoho..tengokla nanti kalo ada rezeki ye bro..

apa ye aku nak cite lagi?
oh ye aku nak jawab soklan anis tu..
budak nih bahaya tol..soklan2 maut je tersembul dari minda dia..

sebenarnye aku plan nak ajak adik aku yang kat KL tu balik sekali kalau semuanya ikut plan..
so takdela kami berdua je ye tak..;p

Sunday, June 14, 2009

mood tampal lagu: ungu - tercipta untukku

sekali sekala aku hanya akan embed u tube kat cni..
ia menggambarkan perasaan aku berkenaan GKC.
itu sahaja.tengkiu.

Saturday, June 13, 2009

rutin cinta

arini hari sabtu.
aku keje ok..haha.
tapi nasib baik setengah hari je..

---------------------------------------

pagi tadi..

"u..i dah sampai kat parking ni..i tunggu u ea?"...aku
"ok.."...GKC

"u..u nak kuih tak? i kat gerai acik jual kuih ni.."...GKC
"err..ok gak.."
"u nak kuih apa?"
"cucur badak ada tak u?"
"cucur badak da abesla"
"keria?"
"keria pon da abes.."
"kalau macam tu beli je lah kuih apa2 pun"
"okay.."

akhirnya dia belikan aku kuih keria(ada pulak ye sayang..;p), kasturi n donut..
haiizzz...
giliran dia pulak nak belikan kuih untuk aku...
buat susah2 u je sayang...;)

aku balun makan kuih tu sume sorang2 dengan penuh rasa cintanya..miahahaha...;p
aku dah tak hengat walopon aku sakit perut makan sambal tumis ciptaanku sendiri malam tadi..

--------------------------------------------

malam tadi juga for the first time juga si GKC menjamah 'air tanganku..'
aku tahu memang tak sedap mana, segan pulak aku nak bagi dia rasa..

selepas mesyuarat belia yang beliau hadiri di dewan serbaguna berhampiran dengan rumahku, beliau singgah sebentar untuk mengambil lauk masakanku..
terharu aku dia sudi menjamah masakkann ku yang sangat tak seberapa itu..
terima kasih GKC...

-------------------------------------------

dan malam tadi dia telah mengatakan ini padaku..
"u dah lepas ujian pertama..."

hohohoho..
u dont worry sayang..
time u pregnant or give birth to our baby nanti, sure i masakkan untuk u apa2 sahaja yang u request...;)
this is my promise...;p
wohohoho.
melampau imiginasi aku nih,...;)
nak dapat GKC pun belum pasti lagi...;p

Friday, June 12, 2009

hot from KLCC

korang..
spesel untuk korang.
picca aku dengan akunye director..




aku penaat wehh..
nak tido.
daa.,.

p/s: luffyyyy, ko lambat..kalo tak leh soh ko banje aku kat dome tadik...;p

Wednesday, June 10, 2009

O.G.A

sori korang.
tema en3 kali ini ialah kesedihan..
hahahaha..(gelak dulu pepuas sebelum nanges)

-------------------------------------------

sebelum tu, biaq aku explain tajuk en3 kali nie..
OGA tu ialah exhibition pasal oil & gas yang akan berlangsung di KLCC bermula hari ini sampaila lusa(12/06)..
pasai pa aku pilih tajuk tu?
sebab esok pepagi lagi (around 6am), aku akan pergi ke KL untuk sertai itu OGA.
sekian.tengkiu.

---------------------------------------------

ok.
pagi tadi macam biasa aku tak dapat nak terserempak dengan beliau..
kecewa?iye.
pastu dengan yakinnya aku telah membuat ajakan paling mustahil di dunia iaitu..
mengajak beliau keluar makan tengah hari bersama..

reason aku membuat ajakan gila itu ialah kerana aku berasa sangat kesedihan untuk berpisah/berjauhan dengan dia lagi kali ini..
baru je weekend lepas aku tak dapat jumpa dia selama 2 hari...
kali ni sehari je pon...
tapi... apakah hati ini????

---------------------------------------------

dan tanpa menunggu jawapan dari GKC, aku dah tahu yg dia TIDAK AKAN menerima perlawaanku..
the chances is 0.000000000000001%...
kadang2 aku rasa aku macam..
memperbodohkan diriku sendiri.
mengecewakan diriku sendiri.
menyeksa diriku sendiri.

ah! aku lelaki!
aku harus kuat...
yeah!

tapi sudahnye tengahari tadi aku tidak makan sewaktu rehat..
aku tidak order nasi k.tini dengan harapan GKC akan menukar fikiran di saat2 akhir..
namun itu hanya harapan palsu...
hahahahaha..

aku sangat kecewa..

err..lelaki pun ada hati n perasaan what...

aku sangat kecewa sehinggakan aku buat2 jual mahal akan perlawaan si GKC untuk walk of love bersama ptg tadi...
tapi last2 dapat juga aku bertemu dan berbual dengan dia buat kali terakhir tadi.. (sebelum aku pergi ke KL esok)..


---------------------------------------------

aku sangat lapar sekarang..
niat dihati ingin memasak sardin pas balik kerja terpaksa dilupakan kerana aku tidak mahu lauk yang aku masak itu terlebih rasa masinnya akibat tumpahan air mataku...miahahahaha...;p
the poyo.

niat dihati nak balun biriyani kambing terpaksa dibatalkan sebab syed telah mengajakku untuk makan di teluk batik malam nie..
cett!!..tadi kata nak p layan terminator..apa daa rm9 pon mahey ke???
hahaha..
seb bek syed takde link blog aku, so dia tak tahu yang aku mengumpat sakan dia disini...hohoho..

ok ciao.
aku nak p makan.
tak dapat makan dengan GKC sekarang pon tak hapelah..
yang penting kelak aku akan dapat makan masakan dia setiap hari...;)

InsyaAllah...;)

sarapan delivery for you

arini aku takde arr awal sangat kuar dari umah..
tetibe rajin pulak aku membelok mencari sarapan dulu sebelum p keje..

aku just nak beli kueh je pun..
sampai kat gerai makcik nih,aku tengok kuih feveret aku iaitu cucur badak n keria keledek still ada lagi..
selalu kalo aku lambat jawabnya yang tinggal hanyalah sisa2 sira keria tu ataupon minyak2 kesan kuih cucur badak tu..

aku amek 3 ketul keria n 3 cucur badak..

niat di hati memang aku ingin bagi salah satu kuih tersebut kepada GKC..

tapi apakah hikmahnye, aku tak dapat berjalan saing dengan GKC...
dia di hadapan aku seratus meter dan berjalan seiringan dengan kawannya..

----------------------------------------------------------

sampai di ofis, aku beritahu GKC aku ada belikan sarapan untuknya..
seperti biasa dia segan katanya mahu menerima pemberianku..
puas aku pujuk dengan gaya macho, akhirnya kami berjanji untuk bertemu di port rahsia kami..
hohoho..rahsia sangatlah kan..;p

oh sungguh ayu GKC pagi tadi..
dapatlah kami berbual2 sekejap, sebelummmmm......

tiba2 kulihat pintu dept beliau dikuak dari dalam..
lantas aku ingin memblahkan diri agar tidak kantoi..
namun GKC yang membelakangi pintu masih rancak bercerita..
kutoleh semula pada si GKC, dan individu yang keluar dari pintu dept beliau itu..
nah!! kak.J muncul sambil tersenyum2...
oh. sangat kantoi lagi okay..
dan aku terus blah dari situ okay setelah melemparkan sebuah senyuman paling manis di dunia pada GKC and Kak.J...;)

Monday, June 8, 2009

semeja makan no.5

terubat kerinduanku....

pagi tadi..
aku swipe kol 7.57..
GKC pula kol 7.58..
kami tak dapat bertemu pagi tadi...;(

"kalo i awal sikit, mesti i dapat saing dengan u kan?"...GKC
"its okay..petang nanti kita saing eh?"...aku

--------------------------------------------------------

sangat hepimil petang tadi berjalan seiringan dengannya...
banyak perkara kami bualkan..
tapi...

"nape u makin kurus nie..;("...aku

dari hari ke hari, kulihat dia makin slim n slim n slim..
risau aku...;(

--------------------------------------------------------

malam tadi (baru je jap tadi)
aku menemankan dia dan adiknya makan di sebuah warong berdekatan kampung kami..
buat pertama kali aku diperkenalkan dengan ANDAKnye itu..
malu2 pulak 'bakal adik ipar' aku nih...hohohoho

--------------------------------------------------------

okay.
boleh tidoq dengan senyum...;)
jangan jeles k..;p

p/s: semeja makan no.5

love story on thursday..

berjalan tapi tidak seiring....

nasib aku baik pagi tu.
aku terserempak dengannya di jalan..
dia menaiki motor dan aku menaiki keretaku..

aku pun cepat2 memecut dahulu kerana aku perlu mencari parking setibanya di ofis nanti..

tapi..
entah apalah malang nasibku..
susah pulak aku nak parking kete pagi tu..
lama jugak aku terpusing2 baru dapat parking..

aku tahu aku dah lambat..

keluar je dari tempat parking, aku tengok GKC dah pun berjalan meninggalkan aku..
adalah dalam 2oo meter macam tu..

niat dihati ingin mengejar beliau terpaksa aku batalkan kerana kehadiran abg.K..
abg.K ni satu dept. dengan beliau..

kalau aku berjalan laju memotong abg.K dan berjalan seiring dengan GKC maka akan tersangat obviouslah ye..

nak taknak terpaksalah aku berjalan di belakang mereka sahaja...;(
dari jauh ku lihat langkah GKC longlai sahaja..
mungkin juga kerana tak dapat walk of love bersama aku di pagi iteww...
ahahaa..perasan lak aku neh..;p

naseb malang lagi..kat belakang aku rupe2nye ada kak.R and kak.J berjalan seiringan..
seb bek aku tidak teruskan niat aku tadi, kalo tidakkkk pasti sudah MELODI di dept. beliau..

tak apalah..mungkin ada hikmahye ini terjadi..

Sunday, June 7, 2009

cintaku tertinggal di sitiawan

aku di kl..
dia di sitiawan..
hanya untuk 2 hari sahaja..

2 hari tidak dapat melihatnya membuatkan aku rindu yang amat pada GKC.. ;(
"takpe..esok kan kita boleh jumpe.."
kata2mu itu berjaya memujuk sedikit hatiku sayang...hohoho

"u..i tgah karaoke ni..n i nak nyanyikan lagu mungkinkah by sheila abdul khas buat u.."...

oh aku tak pernah dengar lagi lagu tu..
sampai je umah tadi aku terus bukak u tube layan lagu tu sat..

eh..jomlah kita layan sama2 ye..
mari kita layan perasaan secara berjemaah..
hohoho..



apakah maksudnye dia tujukan lagu ini pada aku????

Saturday, June 6, 2009

rindu kat korang jugak!!

weh sorila aku skang macam dah tak sempat nak update blog..
skang ni pon aku ada kat KL weh..

aku nak attend member baik akunye wedd arini kat dewan FRIM..
ada sapa2 tahu ka?;)

ok..aku jujur, aku hutang korang episod cinta untuk hari khamis n ari jumaat(semalam)...
sebenarnye takde pe yang best pon..

khamis aritu aku ada cerita bertajuk..'berjalan tapi tidak seiring'..wahahaha
nanti aku publish...

n cerita semalam yang paling best kot..akan bertajuk...'walk of love - return ticket'..hohoho.
aik? ada lagi walk of love?..tak abes2 siri ni ye...hmmm memanglah..
bile nak habis siri ni?
mungkin bila aku atau dia dah tak bekerja di sini lagi kot...
hmmm...and semalam aku dah tanya/utarakan pada si gadis macam nie...

"u...agak2 kalo i dah takde kat sini, sape nak teman u jalan lagi ye...? adakah u akan jalan dengan lelaki lain pulak?.;("

nah!!! aku mendapat jelingan tajam percuma dari mata ayu si gadis...hohoho.;)
im sorry sayang..just kidding...;p

opsss...aku dah tercerita sikit..
k pepehal tunggu entry seterusnya ya...

c ya n miss ya!!!

Thursday, June 4, 2009

i miss u so much!..;(

....semalam sedih, arini aku pasti gembira..

arini aku berasa sangat hepimil sebab:

..pepagi lagi aku da teserempak dengan dia di jalan..
..baju kitorang tersama colour lagi..

and the best part is..........................

..she said she missed me...;)





n i miss u too GKC..;)

Tuesday, June 2, 2009

apakah maksud kehadiranmu...?

standard arr..

semalam aku dah hepi,
arini aku bersedih la pulak..

memang ketara.
hepi dan sedih berselang-seli..

hari ini persoalan di atas itu muncul kembali di benak fikiranku..
aku tak jumpa jawapannye.
tak jumpa.
perlukah aku mencari lagi?
oh please.
tidak.
aku malas okay.

aku dah malas nak fikir akan jawapannye..
aku just jalani hidupku seperti yang telah disuratkan..
maka kehadiranmu dalam hidupku pasti mempunyai maksudnya bukan????
tapi apakah ia???
arghhhhhhh...;(

-----------------------------------------------

sebenarnye yang buat aku sangat bersedih ialah kerana aku tidak dapat melihatnya langsung satu hari ini..
ini gara2..
"u..i think kita kena kurangkan kelihatan bersama lah.."...GKC

jangan kata batang idung, hatta bayangnya pun tidak berkilas..
aduhai..seksa tol lah..
aku benci terseksa begini.

-----------------------------------------------

benar.. kehadiranmu buat aku gembira selama 2 bulan 1 minggu ini..

aku gembira bila dapat makan bersama kamu...
aku gembira bila dapat walk of love bersama kamu...
aku gembira bila dapat calling2 bersama kamu...
aku gembira bila dapat msg2 bersama kamu...
aku gembira bila dapat beremel2 bersama kamu...

aku mahu kau tahu ini wahai GKC..

kerana satu hari nanti, jika kita tiada jodoh...
aku mahu kau tahu bahawa..
inilah kenangan terindah aku dengan kehadiranmu..

harap kau pun hepi juga dengan kehadiranku dalam hidupmu...

--------------------------------------------

bila bersendirian.
memikirkan ini.
hatiku sangat terseksa.
pedih.
aku seperti tidak dapat menerima hakikat yang begitu pahit bak hempedu ini...;(

dan...
kepadaNyalah aku kembali..

oh Tuhan, ampunilah segala dosa-dosaku..
dosa-dosa kedua ibu bapaku..
dosa-dosa kaum keluargaku..
dosa-dosa sanak-saudaraku..
dosa-dosa sahabatku..
dosa-dosa guru2ku..
dan juga dosa-dosa muslimin dan muslimat sekaliannya..

aku berserah padaMu..

Monday, June 1, 2009

kantoi - high scale

pagi tadi aku sampai di parking lebih awal dari GKC (Gadis-Kek-Chocolate)...
maka aku pun tunggu dia dalam kereta..

nampak sahaja kelibat GKC yang baru tiba, aku segera keluar menuju padanya..
sampai aku terlupa nak amik swipe card aku.
tak pasal2 aku kena menapak balik sejauh 400 meter..
haizzz...
tapi bila kulihatkan GKC setia menantikan aku yang berpatah balik ke kereta,
terus kering peluh di ubun2 ketiak aku..hohoho

kami berjalan bersama menuju ke opis masing2...
sambil itu sempat kubisikkan padanya..

"u..i think kak R ada kat belakang kita la.."

mengikut cerita GKC, sebaik aku berpisah dengannye...kak R segera menyapa..
"ooo xxx(nama sebenar GKC terpaksa dirahsiakan...;p), pucuk dicita ulam mendatang ye..."

wahaha.apakah maksud kak R itu?
aku pun tak faham.

------------------------------------------

sesampai sahaja beliau di opisnya, kak J pula bertanya soalan2 panas pada beliau..
ini gara2 kak J rupe2nye terlihat kelibat aku semasa menolong menolak motor GKC ke bengkel hari sabtu lepas..
haizzz..dunia ni kecik je lah..
kasihan GKC, terpaksa dia menangkis soalan2 panas itu dengan gaya ayunya macam bese..ecewahh.
dan aku rasa, akak2 department dia dah mula tahu cite pasal aku dan GKC...
hmmm..

------------------------------------------------

dan tadi GKC cerita kat aku, semasa dia ke department X, seseorang telah menegurnya..
"ooo xxx(dirahsiakan macam bese..hahaha...;p), ada orang tengah masuk jarum nampaknye"
haizzz...

"u..i rasa dah 3 department tahu cite sal kita..dept u, dept i n dept x.."
"ermm nak buat macam mana..kita takleh nak tutup mata n mulut orang.."

------------------------------------------------

dan yang tak bestnye..
"u..i think kita kena kurangkan kelihatan bersama lah.."...GKC
maka aku pun tak dapat berjalan balik bersama GKC petang tadi..;(

------------------------------------------------

okay.. aku tahu soalan pasti dari korang..

MENGAPA HUBUNGAN KAMI PERLU DIRAHSIAKAN?

jawapannya:
RAHSIA? EH TAKDELAH. MANA ADA RAHSIA LAGI DAH SEKARANG...HAHAHA