Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Friday, July 31, 2009

sekarang ke....

oh penatnye.
keje yang melambak kat opis telah memaksa aku stay back sampai ke malam akhir2 ni...
dijangkakan keadaan akan berlarutan hingga ke awal pose nanti..

blog pun terabai..
jangan kata blog, aku pun macam dah tak tentu arah pemakanan tak jaga hape sume..
concentrate sangat kerja sebab aku ni memang gila kerja...;(

---------------------------------------------------

and tetibe pagi tadi satu sms masuk ke hp aku..

"tolong call balik"...

bukan beliau takde kredit , tapi beliau gagal menghubungi aku di nombor yang aku dah jarang gunakan itu..

tak sempat aku nal call balik, beliau dah call aku..

"where have u been..nape aku call ko tak dapat...ok when u r free?"
"kalo ko free, turun kl..interview dengan aku.."

errr...
aku terkesima...
macam mana nihhhhhh..
aku tersangat (tak la sangat kot) sayangkan keje aku sekarang...
tapi,

1. ini pula adalah peluang keemasan untuk aku cari pengalaman baru di kampeni lain (kampeni besar wa cakap lu..huhu)...
memang aku ternanti2 kan peluang ini..
tapi timing dia memang tak cantik okay..
projek aku tengah rancak berjalan sekarang..
senang cite aku tengah seronok sebab keje tengah banyak..hahaha

2. peluang aku untuk berpindah keje kat KL..(apa yang best ek kat KL..oh ye..ada jem yang amat banyak okay)

3. peluang aku untuk pergi offshore..best woo..sebab pe? sebab masyukkkkk..hohoho

4. dan memang impian aku untuk keje bawah beliau...


lastly ..
..aku sayangkan keje aku sekarang, tapi tak bermakna aku sayang kampeni aku ni...


p/s: tapi yang pasti aku akan pergi..

musim mengawan

oh penatnye.
keje yang melambak kat opis telah memaksa aku stay back sampai ke malam akhir2 ni...
dijangkakan keadaan akan berlarutan hingga ke awal pose nanti..

blog pun terabai..
jangan kata blog, aku pun macam dah tak tentu arah pemakanan tak jaga hape sume..
concentrate sangat kerja sebab aku ni memang gila kerja...;(


Monday, July 27, 2009

jangan kau mimpi nak pakai BMW 328i Series itu ye...;(

...arini aku dapat emel ni kat opis...
sebelum2 ni bila dengar cite pasal kete obesi dijual dengan mahal di negara kita, terus kita melenting and nak menuding jari pada 'orang-orang yang diberi kuasa' ituuuu...

----------------------------------------------------

BMW 535i sells for RM178,000 in the US
In the United States of America (a developed country which we are also aspiring to become by the year 2020) a 2009 model BMW 535i Sedan is selling for about USD50,367.00. This is only RM178,000 – about the price of a Toyota Camry 2.4L here in Malaysia The same BMW sells in Malaysia for about RM450,000.

BMW 328i sells for RM155,000 in the US
The 2009 model BMW 328i 2 door Convertible sells for USD44,014 or
RM155,369.00 in the US . In Malaysia the same car sells for over
RM460,000. This is an untenable situation.

Audi A4 2.0T Cabriolet Convertible sells for RM142,000 in the US
The 2009 model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible sells in the US for USD40,328.00 or RM142,357. In Malaysia the same car would sell for about RM265,000.

VW GTI 2.0T sells for RM85,000 in the US
In the US the 2009 model Volkswagen GTI 2.0T sells for USD 24,039 or RM85,000 only. In China the same car will cost around RM60,000. Over here the same VW car sells for about RM200,000.

2010 model Toyota Camry 2.4L sells in the US for USD 19,659.00 or RM69,396. In Malaysia the 2008 Toyota Camry 2.4L sells for
RM170,000. Toyota Camry 2.4L, 2010 model. RM69,000 in the US

----------------------------------------------------

namun...
tapi bile dah abis baca emel ni, tetibe aku terfikir
...(berfikir secara diluar kotak omputeh cakap..)

.."kereta2 mahal ni yang membelinya adalah orang2 kaya..so sengaja dikenakan tax yang tinggi2 supaya duit orang2 kaya itu akan digunakan balik oleh si kerajaan untuk menolong orang2 miskin.."

oh.. boleh diterima pakaikah pemikiran ku itu..

harap-harap eh cenggitulah yo...

notakaki: entry ini dihasilkan secara ikhlas. dijamin seratus-peratus tanpa niat untuk mengipas ayahanda si nisah z

Sunday, July 26, 2009

apa hukum tak update blog lelama?

korangssssssssss
sumimasen!!
6 hari aku puasa berblog..(cam pose nam lak dah..haishhh..;p)

gile banyak entry korang aku nak baca!!!!!!!!


lets do the maths...

1. top tuenti aku ada lebey kurang 28 ekor blog yang aktif (warghh..apesal korang rajin sangat menaip nih!)
2. sayyy korang apdet tetiap hari...= 6 entry satu blog
3. 28 ekor blog X 6 entry per blog = 168 entry!!! OMG!!!

gile malas aku ahh..
so aku tanak baca blog korang boley tak?
atau pun aku baca tajuk then terus komen..setujuk2x!!
miahaha..

p/s: aku cabar!! sape berani aka terer wat ayam masak lemak cili api, sila ajar aku skang! apahal kuah yang aku buat cair ha?..camne nak bagi pekat?

Monday, July 20, 2009

50 IP hit untuk 2 hari berturut-turut adalah angkara k.tijah lawa..;)

humang-aiihh!!!
penangan dia adalah seperti tajuk diatas itu apabila blog ko di-link kan kepada blog artis2 seperti blog kak tijah lawa nih..

fes time blog aku hit macam tu..
mengalahkan time aku post entry2 'putus cinta' dengan gkc dulu..
haha.sound gayat lak kan..

bukan. nih sebenarnya aku nak buat kredit kat kak tijah lawa..huhu
mana2 yang tak tahu lagi blog kak tijah, pergi segera melawat sekarang!!
macam-macam adooooo...
ado cito sal suar epelmin lah..
ado cito politik sal tol-lol lah..
dan yang paling best , ada sisipan resipi rahsia di blog beliau...

meh poie ambush blog dio sekarang juo!!..

----------------------------------------------

sebagai prektikel nye, tadi aku dah try resipi hati goreng berempah seperti yang terdapat di blog beliau..
memula tu memang tak kompidem langsung aku tengok, sebegitu mudah penyediaan juadah feveret aku tuh..
siap tanya untuk kepastian...

tapi takut kono saman dek plagiat menu dio, den dah ejas sikit resipi ko tu kak oi..
mano2 bahan yang den ghaso hanya sebagai sampingan, tolah den kuarkan...
(sebona eh..bawang bosar dah abih..telupo den nak tibai kek ekonsep tadi..
capsicum tu pulak den tak sompek nak google malam tadi..
n cili memang den lupo nak boli gak...)

jadi hasilnya adalah hati goreng berempah bujang (yang terlebih rempah, terlebih air, n terlebih garam)

taraaaaaaaaaaaa!!!!



walaupon takde rupa, tapi rasa dia buatkan aku nak try sekali lagi..:)
jomput makan!!

---------------------------------------------------

thanks kak tijah sebab ajar aku menu nih...

Sunday, July 19, 2009

aku blogger + kau blogger = kita bloggers (sehati sejiwa)

haha.

aku curik idea nak tulis tajuk ni dari blog pn.lifesaver (yang ada adik perempuan bernama ika)

aku suka dengar lagu kat blog ko kak! hehe



---------------------------------------------------



nak tulis entry akhir2 ni susah sikit beb, sebab aku sekarang fikir hanya mahu tulis yang bermanfaat n berguna sahaja..oh adakah itu sindrom perfectionist?



---------------------------------------------------



aku perasan.

dan korang pon pasti..



tak semua blog kita suka baca kan? (exception untuk en.luffy, mana2 blog yang aku pergi, mesti ada dia.hoho..sape tak kenal en.luffy?sila kerut kening sekarang..
nah link dia, korang pasti suka kat entry
dia yang panjang2 dan menarik..(yang berunsur kelakar dan lusyah) <-- ko perlu kawen bro..;p)



aku ni jenis memilih.

aku just nak baca blog2 yang aku rasa aku boleh terima je cerita2 dia...

bukan pe, aku takde banyak masa nak belek semua blog kat blogspot nih..belum lagi yang wordpress n dan lain2 tuh..(padahal tak tahu apa lagi...;p)



memang best kalau dapat baca blog yang dapat masuk dengan jiwa kita..(thats what we call chemistry, dear lady..)

aku akui aku lebih suka baca blog orang perempuan..normal la kan..aku kan lelaki..hehe..

gaya cerita orang perempuan lagi best kot..or maybe kita memang nak tahu pasal mereka dengan lebih lagi..perangai mereka..sume2lah..



dan oh ini maybe sewaktu aku belum berkahwin lagi kot, kalau dah kahwin nanti mahu tak jeles/angin pulak cik puan aku tengok aku asyik belek blog je..

maybe nanti aku just concentrate dengan dia...;p



-------------------------------------------------



berbalik kepada isu kupasan kita kali ini..ecehh

bayangkan situasi ini..

kita dapat link blog baru..

kita masuk..

kita baca sikit cerita dia..

kita baca sikit satu dua ayat yang membayangkan cara/pendapat dia menghadapi situasi..

kita setuju dengan dia

menarik..

dan kita follow blog dia..



atau..



kita bukak dan baca cerita dia..

alamak, bahasa yang dia guna kasar la..

alamak, kebudak2kannye cara dia..

alamak, gila banyak shortform dia pakai..

alamak, dia suka condemn orang...;(

alamak, dia tak comel la..tanakla baca blog dia..

haha.. gila bias ko nih..

haha mesti korang perasan korang comel kan aku suka baca blog korang...;ppp



----------------------------------------------



apa2hal pon ingatlah yang...

...tak semua blog kita suka baca...
..dan tak semua orang suka baca blog kita...;)




p/s: no offend..just ingat maksud 'sehati sejiwa' ..;p





-------------------------------------------------------------------------------



cop! aku perlu tambah sikit lagi..

kita tulis blog bukan untuk orang-suka-baca..

...tapi untuk kita-suka-tulis..;p

Friday, July 17, 2009

asal da lama tak hapdet blog??

sibuk je dak kama ni tanya2..
rindu la tuh..
wakakaka..mesti membara je ko baca kan.kan.kan

the one and only answer is: ...aku banyak keje kat opis... siap kena balik memalam lagik..warghhhh..dua projek on-going, aku handle skarang nih beb!!

enaf said. aku lepak gile.
balik umah usha blog just setakat baca korang nye n drop one or two cercaan.mihihihi

-------------------------------------------------

wah...senyap2 dah seminggu ye...jumaat hari ini..
minggu lepas yang aku tengok ice age tu ye..hmmm
kejap je da seminggu...
hmmm...

yela2 aku terus teranglah.. (ciss..jari tempayan tol!)
minggu lepas aku p tengok wayang dengan dua orang gadis tempat kerjaku..tapi lelain deparmento lah..
dak dua orang ni kawan pada si gkc..
gkc beriye2 suruh aku kenal dengan salah seorang dari mereka..
memula aku keberatan gak..
tapi oleh sebab gkc tak abes2 soh aku kenal je dgn dia,
so minggu lepas boleh pulak aku bersetuju untuk keluar dengan mereka..hmmm
n tanpa gkc of course! dia ada kelas silat..

well aku tanak cite bebanyak.cukup itu je..hoho

-----------------------------------------------

misi aku minggu ini ialah nak belajar masak asam pedas!!
ini setelah aku teruja tengok picca asam podeh kak.tijah yang cam sodapppp yo!
aku takde awek arr tijah, nak call nak tanya resepi..
macam bese, aku akan sms adik aku soh mintak resepi kat mak aku..
pastu kalau agak2 aku tak faham, baru aku akan wat tutorial dengan mak aku in person..hohoho

i leb u mak!
i leb ur asam pedass!!

Sunday, July 12, 2009

rindu ini untuk kamu ibu...

straight to the point..
malam tadi aku mimpi aku balik kg kat johor..
pastuh aku nak gerak balik ke lumut semula..
pastuh sebab apetah, aku majuk kat mak aku dan taknak bawak sekali bekal nasi yang dia dah bungkus untuk aku..
mak aku ni kalo aku nak balik perak balik, mesti dia bungkuskan bekal nasik untuk aku..

hmm pastuh di pertengahan jalan tu ada sesuatu terjadi, dan membuatkan aku kena patah balik ke kg..
sesampai kat kg aku mintak maaf kat mak aku dan pastuh aku gerak semula balik ke perak dengan membawa bersama bekal nasik mak aku tuh..

pastuh aku terdengar alunan suara azan yang syahdu..
oh rupe2nya dah masuk waktu subuh...hehehe..

---------------------------------------------------------

apekah motip? (bak kata anis yang suka tanya soklan nih)
ermm sebenarnye apakah firasatnye tu ye...

sangat jelas dan terang..
aku rindukan keluarga dan kg halaman di johor..
lagi seminggu genapla da 3 bulan aku tak balik kg..huaaaaa
rindunya.. (walaupon aku lelaki macho, aku tak malu nak cakap yang aku rindukan mak, abah dan kg)
selain itu aku juga rindukan masakan mak..

aritu aku dah wat sup ayam, tapi tak sama macam sup ayam mak..
aritu aku dah wat gulai lemak ikan goreng, tapi tak sama dengan yang macam mak buat..;(

nasib baik aritu masa adik aku nak p uum, mak bungkuskan ayam masak kicap untuk aku..
lega sikit rasa rindu kat masakan mak...

------------------------------------------------

ermm bile ye aku nak balik kg?
bulan depan kot masa awal pose..
bukan pe skang nih keje tengah banyak weh..
hari2 cuti macam ahad ni pon aku kena p opis jap nak wat keje..
haizzz..minyak da mahal balik, projek pon dah rancak jalan..
alhamdulillah...

awal pose nanti aku plan nak amik cuti lebih supaya dapat lama sikit kat kg tuh...
huhuhu..
sekarang nih musim durian kat johor..
minggu lepas mak call tanya balik ke tak, dia nak simpankan durian untuk aku..
huaaa
aku dahla hantu deroyan...
harap2 bulan depan durian ada lagi la..
miss u durian..
eh ni entry untuk mak ke untuk durian nih..
sebok arr ko durian...haha

...ok..jangan lupa doakan kedua ibu bapa selepas solat ye ;)...

Saturday, July 11, 2009

in remembrance of M.J

"ooooooooouuuuuuuu...
it feels like iiiii..."

aku minat gile dengan v.clip emjey nie..
Chris rock, u are ROCK!!
emjey, u are LEGEND!!




---------------------------------------------------

hahaha.
paling tatahan,
bile emjey da mati, barulah member2 gua sume sibuk nak bukak youtube cari pasal emjey...
aaaauuu!!!

baru nak layan video n lagu2 emjey sume..
padahal gua dah lama gile adore dengan bakat seni yang dimiliki oleh arwah...
lagu first dia yang aku minat dah tentulah BLACK OR WHITE...
dengan slash nye tuh...HUIYOOO!!!

-------------------------------------------------

"I LOVE U!!!"

.....He love u more michael... ;(

Friday, July 10, 2009

CONFIRM! TEST RESULT WAS NEGATIVE..;)

alhamdulillah...
petang tadi GH ipoh mengesahkan suspect H1N1 itu adalah bebas dari ancaman wabak yang bahaya itu..
demam biasa je...;)

haha..tak perlulah aku nak macam nie untuk hari2 yang mendatang..;p



---------------------------------------------

ermm..
jom hepi2an malam nie melayan...

...Ice Age 3 : Dawn Of The Dinosaurs...



jangan jeles ye...;p

Thursday, July 9, 2009

BREAKING NEWS!!!!

'YANG ITU' sudah sampai ke tempat kerja ku... ;(
waaaaaaaaaa...takutnyeeeeeeeeeeee.... ;(
sok tanak p keje lahhhhhhhhh... ;(
;((((((((((((((((((((

--------------------------------------------------------

Soalan Kefahaman (Sila Pilih Satu Yang Betul)

Yang mana satu di bawah ini menerangkan dengan tepat sekali berkenaan 'YANG ITU' ?

A. CH4
B. R2D2
C. C3PO
D. H1N1

Wednesday, July 8, 2009

G8: Laporan Majlis Kenduri Shamsul Baha

all...

pengkalan balak:
sangat best okay!!!...
kitorang dah set, tahun depan nak wat lagi..
tapi dengan syarat kena bawak isteri masing2..
suai kenal famili semua..
rapatkan ukhwah..
biaq bini kenai sapa kawan laki depa..
baru senang nanti nak lepas minum ayaq buah..hoho
tapi yang takde wife lagi macam kamarol, kecik n gdin diharap segerakan berkahwin...wawawa..

kluang:
standard arr..aka reunion team selatan dan utara..
absy teruja dengan pilihan air yang byk..
dia ckp air tembikai ko tak sedap tong...hahaha..
thanks achtung sebab jemput kitorang...
da kawen sila jgn dok berladang je ye..air buah tgok..bukak ke tutup..hoho

pesanan ikhlas: sesapa yang lom bayar wet oven kat bulat sila bayar sekarang (sementara dia belom halalkan)..

next mission is azrul's...02-08-2009..puchong..
sape yang mampu jom pakat ramai2 datang (walaupon azrul tak rajin join kenduri kawen membe..hahaha.sori rol)..

sekian
laporan penuh dari saya yang masih bujang dan available.....
dari dude yang menurut perintah absy..

yess...malam nie aku tanak layan blog..

tetibe arini aku rajin pulak nak bawak balik keje opis ke rumah...
inipon gara2 telah dirasuah kfc oleh sang client..
muahahaha..

-------------------------------------------------------

2019...

"along..ambik adik nie..jangan bagi dia kacau abah nak wat keje"...

oh..adakah situasinye macam itu nanti....;(

Tuesday, July 7, 2009

entry hidung leleh

hahaha..
demam2 patut ko p rehat, ni nak gak belek blog..
sudahnye aku menaip entry ini sambil cecairan dalam hidung berlumba2 menerjah keluar..
apa benda yang best sangat kat luar ni tak tahulah..
dok je la dalam hidung tu kan ke best..sejuk je..
kat luar ni panas, global warming tahu tak..haizzz..

arini dalam aku dok buang2 mereka, aku terfikir...
kenapa kalau time badan kita panas or demam, kita kena selsema dan mukus2 ini berlumba2 mahu keluar?

para doktor mesti leh jawab kan?kan?kan?

-----------------------------------------------------

oh aku dah takde idea ke sampai ngarut pasal selsema..

dalam keadaan tak larat ni pon aku baru balik dari futsal centre..
aku tak main, just p hantar bola and bayar wet futsal je..
tak larat gilos nak men lah..
pale pening sume, full package tak sehat..;(

sebenarnye malam ni game untuk meraikan sorang membe kitorang yang akan berhenti kerja..
walhal membe aku ni baru je masuk company ni balik dalam 4 or 5 bulan lepas...
dulu dia memang keje company kitorang, pastu berhenti. p keje kat kl..
pastu boss aku pujuk balik soh masuk..dia masuk..
la ni dia nak benti balik, nak p mana tak tahu pulak aku...hmmm

aku faham..kalau kita rasa dah tak seswai sangat dengan kerja kita sekarang..
tak kesahlah, tak puas hati dengan boss ke..tak puas hati dengan membe seopis ke..tak puas hati dengan gaji ke...then, its time to move on..

tak guna kalau kita bangun pagi dan rasa tak bersemangat langsung untuk p keje, tapi kena gagah kan gak diri p keje..
itu seksa diri je pada aku..
ala sekarang ni keje banyak dan bersepah...
[ni dalam aku nye dunia oil n gas lah][dunia lain, lain ceritanya okayy]

peluang ada di mana2..
agak2 meyampah, bangun pagi bukak jobstreet sudah..

aku bukan pe..
nak bebel sal ni sebab, ritu jumpe membe2 yang keje dah best (in term of company n gaji) pun bising2 nak cari keje lain sebab keje tak best or tensen..
..weh 'korang', kalo baca entry ni jangan marah ye?...;p
see...duit bukanlah segala2nya kan?kepuasan bekerja itu yang mustahak..

alhamdulillah..
aku baru nak mencapai setahun kat kampeni aku ni sekarang..
setakat ni aku sangat seronok bekerja..
sangat seronok ye?hmm betulll...
semua okaylah..
ada gak satu dua menda yang hampeh, tapi aku still leh absorb lagi..

-----------------------------------------------------------

hmm..
tetibe mood aku hilang dicuri oleh sang mukus.
sekian tengkiu.

Monday, July 6, 2009

penangan

selsema..
badan tak larat..
pening pale..
macam nak demam..
bahana kena hujan semalam kot...;(

oh.. aku harap bukan 'yang itu'..
mintak dijauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhkanlah..
amin..

Sunday, July 5, 2009

G8 - achtung kawen n pengkalan balak memori..

sangat hepi dan penat..
jom balik lumut...



pasangan petronas; sham♥ayn..


penghuru-hara majlis kengkawan..muahahaha..


pengkalan balak; besar woo sotong tu..


comel kan aqilah humairah..

Saturday, July 4, 2009

jom sape nak ikut?

..off to Chalet Seri Pengkalan Balak..

kepada yang berkenaan, see u there..;)

aktiviti hujung minggu bersama rakan sebaya

aku baru tiba kat kl ni..
kejung pulak aku naik bas pasang ekon kuat banget..
kalau sebelah tu ada tukang panas ok gak..;)
keletihan punya pasal, kali kedua aku terjaga tadi tengok2 dah sampai kat puduraya..
hohoho..

ahad ni aku ada majlis kenduri kahwin member study kitorang kat kluang..
so esok plan ingat nak p bercuti kat mana2 la area NS or melaka..

plan asal2 nak p mutiara resort kat sedili..
tapi semua dah fully book beb!!
mana tak nye...lagi 4 hari nak masuk, kitorang baru call, alamatnye melepas lah..
lainlah time study dulu kitorang datang time mid week...takde orang lain selain kitorang..
memang resort itu kami yang punya!!haha

ok cukup! maksud dah tercapai kan?
iaitu..
...bestnye bercuti bersama rakan2 sebaya!!...

tapi lagi best bercuti bersama sang isteri kot..;p

Thursday, July 2, 2009

apa kata... aku malas nak berblogging selama 18 tahun cahaya?

waaaa..
korang nye entry best2...;(

tapi aku ni dah sangat kurang masa untuk menelaah blog ye...
waktu untuk aku berblogging ialah pada malam hari dalam pukol lapan ke atas...
so aku hanya ada 3/4 jam sahaja untuk buat entry baru dan lepas tu melawat, membaca dan mengkomen blog2 top tuenti aku...

itu pon kalau aku takde aktiviti malam yang lain cam men futsal ke..ermmm..
komen blog korang tu memang da pasti kalau aku baca entry korang..
takdenye aku nak baca gitu2 n then terus blah....
at least nak gak kutuk sikit2..yeah! ;p


blog yang aku dah follow agak banyak..
tak semua dapat aku baca sebenarnye..sedih beb..
top tuenti pun kadang2 tak terkaver..lagilah top yang ratus2 kan..huishh

dan itu juga menjadi penyebab aku prefer blog yang entry dia pendek2 je..
cukup sekadar menyampaikan maksud..
cepat aku baca, cepat aku komen dan cepat aku baca entry dak lain yang best2 belaka..

kadang2 entry yang panjang pun best jugak..tengok gaya penceritaan dia lah..
banyak blog pasal kehidupan memasing..kisah kampus lah..kisah kat tempat kerja lah..
dan ada jugak cerita sal kisah cintalah..adoiyaiii..tak ley blah tol aku jiwang2 nih..;p
muahahaha..

ah itu kan hak privasi diorang nak tulis apa kat blog diorang..lantak p la..

kalau rasa best, kita baca..
kalau rasa best gila, kita follow..
kalau kita rasa menyampah, pangkah merah sudahhh...;p
n kalau rasa menyampah gila babun, p report polis! hamek kau! ada verani?..heeee

ah da meleret2 ni.
padahal aku nak tulis pendek2 je sekadar menyampaikan maksud aku iaitu..

.. aku tak cukup masa untuk layan blog..

Wednesday, July 1, 2009

pijarnye tangan akuuu...;(

"pah, tanya kat mak macam mana nak masak xxxxx.."
aku sms adik aku..
tak bereply..
jenuh aku tunggu..

petang tu da kol 6 baru dia reply..
adehh mana sempat nak cari bahan n nak masak lagi..
ermm takpela lenkali je aku wat..
tapi aku agak curious..
aik?? dua baris je ko reply??
senang gile pulak nak masak xxxxx...

-------------------------------------------------

so arini aku memang dah berazam nak gak masak xxxxx...
sebenarnye aku rindu kat masakan mak aku..
dah nak masuk 3 bulan beb tak balik kg...;(
mak aku kalau masak xxxxx memang superb..

------------------------------------------------

pas balik cari barang2, aku call mak aku..

"mak, semua bahan2 tu nak rebus ke?"
"a'a, rebus dengan sikit air je..agak2 da kering tu nanti masuk kan la santan, ikan dan sedikit asam"
"okayyy..."
"santan tu kena kacau je tau. jangan tinggal"
"ermm iyelah mak.."

-----------------------------------------------

nah sekarang aku dah kekenyangan beb.!!
sedap gak makan masakan sendiri ni ye..
da bosan aku makan kat kedai..hoho

urmm..adakah aku perlukan seorang tukang masak sekarang?....;p