Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Friday, October 30, 2009

seberapa pantas

malam ni balik kg kat pekan nenas..

Wednesday, October 28, 2009

benci pemandu malaysia yang acsdgdghlhekgdfbn

mendapat idea nak buat entri ni melalui entri adik kama yang ini.
thanks adik kama ;)

-------------------------------------------------------

jangan lupa tekan horn pada driver2 macam ini..

1. tak pasang signal bila perlu
(bajet orang lain boleh baca isi hati depa)
"kereta mahey pon takde signal..huh"

2. duk kat line kanan walaupun bawak 40km/h
(selalu yang wat macam ni driver pompuan - Chinese female esp. sebab pe?sebab takut nak tukar lane. wat the..)

3. tak bagi laluan langsung walaupon dah setengah jam kita bagi signal.
(wajib bagi laluan kalau kete depan tu da bagi signal nak masuk)

4. pasang hazard light bila hujan
(dipasang bila kete benti kat bahu jalan je ok. bukak balik buku teks sek memandu tahap 3)

5. benti sesuka hati..bukan setakat di tepi jalan atau di double line kuning, ni kat TENGAH2 jalan..pastu signal tak pasang sebab pe..mangkuk betul..huh


saya pasti akan hadiahkan bunyian hon tahap tinggi pada mereka2 yang ada sifat atau perangai seperti diatas itu..

akhir2 ni hon aku rosak tak keluar bunyi..mungkin sebab aku hon banyak sangat kot..nak buat macam mana..dah ramai sangat pemandu yang berperangai acsdgdghlhekgdfbn kat mesia nih. huh!

senang cite, kalau hangpa sume nampak kereta sukan bernombor plate WPC 9897 mencucuk di belakang anda, cepat2lah bagi laluan okayyyy....jangan marah.

sekian.

entri pukul 1.15 pagi

tak semua orang kat dunia ni ada blog beb.
tak semua orang yang ada blog mampu update blog diorang selalu beb.

korang bolehlah. student. masa senggang banyak. orang lain baca buku, korang baca blog.
korang bolehlah. keje kat opis. online tetiap jam. bos soh wat keje, korang wat entri.
korang bolehlah. tak keje. duk umah je. bosan2 layan blog.

masa saya cipta blog ni dulu, okaylah masa senggang banyak lagi.
balik kerja pukul 5. malam ley layan blog.

sekarang sejak dah bertukar kerja. tiada istilah free time lagi.
waktu balik dari keje bukan keutamaan difikiran lagi.
yang penting sekarang, projek mestilah di deliver as soon as possible.
cepat siap, boleh cepat balik ke KL.

jelesnya tengok mereka ada banyak masa nak melayan blog.
wat entri panjang2 gaya bebas.
nak pinjam masa korang sikit boleh tak?

Saturday, October 24, 2009

kempen komen sopan dan dimana blog Monkey D Luffy???

saya berjanji mulai ari ini saya nak bagi komen2 yang sopan je kat blog kawan2..
disamping itu saya juga berjanji untuk menggunakan perkataan SAYA apabila membahasakan diri saya di dalam blog..

cakap taknak pada KAU dan AKU..

lebih manis dan sopan kot..
tapi nanti tak bleh nak ekspresi diri secara ganas2 lagi ;(
takpe, kita cuba dulu ye..

apesal tetibe je ni?
entah. berubah itu mudah bukan... ;)

by the way: dimana blog Monkey D Luffy???

dimana blog mangki di lufi?

Friday, October 23, 2009

ubat batuk leong pui ki.

betul ke eja tu?
lantaklah ye.
tapi make sure pronaunsyesen jangan silap yek..hekehke.
da tetiap ari dengar, kalau tak credit dalam blog tak sah rasanya..
tapi apa2hal pon aku rasa breacoll yang paling mujarab kot..

da 2 hari baru dapat apdet sebab da bz kembali.
nak taknak keje kat johor ni aku kena setel kan awal minggu depan sebab aku nak balik KLLLLLLLLLLL..
sok pun kena keje ;(

owh polower da cecah seratus.
senang je nak up polower..
ko pegi kat blog orang pastu ko polo la..
mesti dia polo kembali..hahaha..
polower reramai kalau tak komen tak guna jugak..
entri hampeh pastu nak suruh orang komen.cet!
tapi boleh je ko komen macam nie.. "entri awak hampeh"
aku takdehal..aku flag je ;p

last but not least: jangan add boss anda kat fesbuk.hahaha...

Wednesday, October 21, 2009

kejutan deko deko deko!!

apa yang terkejut?

yes aku dah tukar url blog aku.
tatkala mata korang tengok kat addres bar tu, tu lah url baru blog aku.

alasan?sebab aku tanak orang2 yang aku tanak diorang baca blog aku dapat baca blog aku lagi..(harapan)..hahaha

so sesapa yang dapat baca blog aku lagi ni, korang memang terpilih!
nak hadiah?klik nuffnang..berbaloi2.

btw, mari bangun dan menyanyi beramai2...KEJUTAN DEKO DEKO DEKO!!

..and im not that stupid...

POTONG!!!



im not that stupid to use my handphone for internet browsing at rate of 10cents per kb.
and guess what? while im roaming???

CELCOM CAWANGAN TAMAN MOLEK, JB..
nantikan kemunculan dan kegegaran yang aku bawak sok pagi!!

"saya nasihatkan inchik pergi ke cawangan celcom terdekat untuk membuat semakan lebih lanjut"..nasihat operator celcom semalam.
ouh aku kena buang masa pergi ke kaunter lagi untuk melayan kerenah korang yang dah wat silap kat bil tepon aku.
c'mon la guys..time is money. berapa banyak duit akan terbang semasa aku pergi berjam2 ke kaunter korang.

daripada aku bukak tenet kat hp, baik aku bukak laptop n cucuk bodben.
screen lagi besar.lagi laju!!!
haiyo!!!


da banyak kali aku dengar/baca kes macam ni kat paper..
customer kena charge bukan2 kat bil hp deme untuk penggunaan yang diorang tak lakukan sama sekali...
tup2 kali ni kena kat aku..aduhaiii...

and yes!aku ada alibi yang sangat kukuh..;)




POTONG!!!





moral of the entry: i wont pay for nothing.

Tuesday, October 20, 2009

ni bil tepon sampai beribu ni sape nak bayor!!!!

naseb baek ada kampeni mak bapak yang ley tolong bayorkan..ngehehehe

tuan2 dan puan2..
charge roaming kat s'pore adalah tahap mencekik darah seperti berikut:
outgoing call: RM3.8 per minute
incoming call: RM3 per minute
sms outgoing: RM2 per sms

gilo ah!!

Monday, October 19, 2009

hindari lelaki berlutut atau bergigibiru..

semalam kat yahoo ada article pasal nie..

AWAS!!!
para perempuan dinasihatkan agar menghindari lelaki jenis berlutut nie..
kerana dikhuatiri lelaki berlutut ni akan kurang memberi perhatian pada teman wanitanya/ bininya..

eh apa pasal pulak???
aku sangat2 tak bersetuju!!
dengan berlututlah aku senang nak layan call dari sidia or sesapa je..
kejap2 call masuk..kejap2 call masuk..
penat aih nak tengok hp sape yang call pastu nk click butang hijau..pastu nk kena pegang hp lagi..
trutt2 sekali dua terus HELO. kan ke senang macam tu..

aku baru angkat berlutut ni sikit hari tu..
berlutut jenis nokia = rm150..mahal ke?

notalutut;
berlutut = BLUETOOTH = gigibiru





awas!! jika korang ternampak jejaka macho bergigibiru seperti di atas ini, itu mungkin aku! hahaha

Saturday, October 17, 2009

2 minggu lagi..harapan

da siap pojek kat spore aku kena sambung wat keje yang kat johor lak..
bile nak balik kl nih..hmmm
bulan depan dah kena p sabah..

harapan: dapat curi masa nak ke lumut kembali..

the making of "da layan lagu ni belum? best kan..."

"dengar nasyid da selalu, nak insaf je tak tahu bile lagi ni..hohoho"

ok aku naik kete member aku aritu...
tetiba kawan aku ni bukak lagu nasyid ni..
aku tak pernah dengar pon sebelum ni..

member aku cakap penyanyi nasyid ni terdiri dari anak2 abuyya..
sape tak kenal abuyya?ala si ketua al-arqam yang dah di ban tu..
aku pun cakap "oh yeke??"
bukan per..aku terkejut gak sebab tak pernah dengar pasal kumpulan ni sebelum2ni.
walhal diorang dah terkenal ke serata dunia..kurang expose kat mesia maybe.
sebab per?tak tahulah..
korangs gugel sendiri k?

lirik lagu ni pun ok...memang sesuai untuk masyarakat kita hari ini..
sebab tu aku cakap lagu ni best..
jom kita insaf secara berjemaah!!!
insyaAllah tuan2 dan puan2 yang mulia...;)

Wednesday, October 14, 2009

kes cabut lari!!

kalau ikut schedule, kapal yang gua servis tu belayar Jam 1400 hari ini..
tapi disebabkan oleh satu masalah, postpone ke satu tarikh yang tak pasti lagi..

destinasi kapal selepas ini adalah ke India..

masalah yang gua highlight tu tadi ialah kes cabut lari kapten and crew kapal..
depa ni mungkin takut nak belayar melalui selat melaka tu, takut kena kidnap dengan pirate lagi..
atau mungkin jugak kampeni depa tak bayar gaji depa lagi.haha.
tak tahulah sebab utama mereka bertindak sebegitu..

tapi selagi kapal tu tak blah dari singapore, selagi tu lah gua tak senang hati..
bukan pe, nanti apa2hal CE akan contact aku mintak aku datang ke kapal jika ada apa2 prob..
lepaklah beb..

sekian time kasih.

Tuesday, October 13, 2009

1st project succesfully completed!

alhamdulillah..dah settle..
yeke?
tengoklah esok kot2 CE ada call aku mintak datang ke..harap2 nye taklah..
lepak beb da dekat 3minggu aku masuk singapore kasi setel itu kelija..

bila nak balik kl nih...

nak p beraya ke pantai remis pun tak sempat lagi nie..;(
harap2 bakal ibu mertuaku tak murka..huhu

sape nak duit raya????
dalam sing dollar leh tak?huhu..
agak2 membe aku p tukar tak duit raya anak dia dlm sing doll yg aku kasi semalam..hehe...

Friday, October 2, 2009

blog ini kosong

blog kosong tiada entry bermanafaat ;)
terima kasih.
mari kita tidurrrr,

oh ye.
sesapa ada wat open house?
maaf tak dapat datang ;(

sape tahu kedai sup tulang terhebat kat JB bile nak mukak.
damn mengidam!!