Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

nov 24 2009 - bengang!!

boleh tak aku nak bengang sebab semalam aku takde buat entri pun,
still arini ada register 20 orang masuk blog aku.
pekehey nye ni weh??? ;)

peliklah. sape punya angkara bagi blog aku femes ni ntah!!
(en.fatt tersenyum sinis sebab dia tahu dia lagi femes dari aku.cis cis dan cis)

umaigod!
pengikut ajaran sesat dah bertambah lagi sorang!

namanya nurul.
comel orangnya.
n muda lagik.
tapi fatt, lu takde can coz dia dah berpunya.
wakakaka.
ala baru kawan. belum kawen lagi.
trya arr tekel dia.
untung2 leh jadi bini ;)
hahaha.

p/s: aku sakit tekak sebab memakan asam sepanjang on da way dari lumut ke kl. n plus ke jb.apa ubat yang mujarab ek.

nov 23 2009 - sibuk keje. takde entry

p/s: aku masih dalam mood yang baik..arigato ;)
ahad aku kat lumut.
isnin pagi kat kl.
sekarang aku kat jb.
umaigudnes!

Monday, November 23, 2009

nov 22 2009 - ;)

iye aku dah hepi sekarang.

kalau hepi kena buat muka macam ni ;)

berulang-kali ;);)

lagi ;););)

ok cukup.
aku nak tido dengan senyum sekarang. ;)

Saturday, November 21, 2009

nov 21 2009 - entry ikhlas dari seorang pemalas

pemalas ke?
bukanlah.
cuma takde mood je.

bukan.

sebenarnye akhir2 ini mood aku tak stabil sikit.
thats why la aku tak dapat reply komen korang semua.

karang bile aku reply time aku takde mood macamni, ada ayat2 'tak best' yang keluar pulak kan.
so nantilah tunggu minda aku clear, baru aku reply k....

p/s: ye aku moody. tapi aku tak period okayyy <---provoke ke ayat ni? mahap2..hahaha

nov 21 2009 - entry ikhlas dari seorang pemalas

pemalas ke?
bukanlah.
cuma takde mood je.

bukan.

sebenarnye akhir2 ini mood aku tak stabil.
thats why la aku tak dapat reply komen korang semua.

karang bile aku reply time aku takde mood macamni, ada ayat2 'tak best' yang keluar pulak kan.

nov 21 2009 - entry ikhlas dari seorang pemalas

pemalas ke?
bukanlah.
cuma takde mood je.

bukan.

sebenarnye akhir2 ini mood aku tak stabil.
thats why la aku tak dapat reply komen korang semua.

karang bile aku reply time aku takde mood macamni, ada ayat2 'tak best' yang keluar pulak kan.

nov 21 2009 - entry ikhlas dari seorang pemalas

pemalas ke?
bukanlah.
cuma takde mood je.

bukan.

sebenarnye akhir2 ini mood aku tak stabil.

Friday, November 20, 2009

nov 20 2009 - hepi hour? cam tak hepi je ;(

ni entri sempena waktu maghrib kat umah membe lama kat lumut.
tadi aku ada satu meeting dengan client kat sini.

ingat lepas keje nak jumpa si dia.
(bukan nak jumpa, tapi memang dah plan okay)
nak p minum ABC kat tepi laut kat lumut tu sambil disulami bayu2 lembut.

tup tup....









tup tup....





tup tup....

si dia boleh plak cakap nak hantar kawan opis dia balik.
masalahnya kawan opis dia tu 2 orang lelaki okay.

aduhai..

aku rasa macam nak balik kl malam ni jugak...
and macam malas dah nak jumpa.

ok tak?

p/s: terus cancel nak tengok 2012 malam nie ;(

Wednesday, November 18, 2009

nov 18 2009 - bukan pengikut ajaran sesat

tetiba arini n semalam follower aku bertambah mendadak.
alah folower aku bukan ramai mana pun.
tapi aku nak gak buat cite ni.
korang jangan nak kutuk2 gua pulak ea.
kang gua plengkit kang.
ini entri sebagai tanda epperisiesyen gua untuk mereka.

sebab.
biasanya blog aku orang folo lepas aku terjah n folo blog mereka.
tapi kali ini tidak.
blog mereka ni belum aku jejak pun sebelum ni.

so selamat datang aku ucapkan kat korang
jom kita terjah blog mereka ni geng:

http://matahati-aishahazhari.blogspot.com/
http://crazymoney90.blogspot.com/
http://crazymoney71.blogspot.com/

tapi ingat satu pesan aku.
aku tak mengamalkan dasar 'i folo u, u folo me back' ;)
aku berkecuali. ;)

-------------------------------------------------

apesal aku rasa entri kali ni macam gampang sangat ye?
mungkin sebab aku tensen tak dapat balik kl arini.
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

nov 17 2009 - schedule

nov 17 - jb
nov 18 - jb
nov 19 - kl
nov 20 - lumut

nov 23 - kl
nov 24 - kl
nov 25 - labuan

Tuesday, November 17, 2009

nov 16 2009 - bukan entry gadis2

jam telah menunjukkan pukul 2pagi.
saya belum boleh tidur.
saya mengambil keputusan untuk buat satu entri yang bertajuk blablabla.

--------------------------------------------------

kat dalam kete tadi punyalah rabak mata ni.
bila da landingggg baeekkkkkkkkkk kat hotel,
segar bugar pulak dia kan.

"dude, da sampai tol skudai ni. aku nak keluar ke mana"
"KAU TERUS LAGI. PASNI KAU JANGAN SPEED, NANTI KANTOI MACAM AKU DULU KANG"
*perhatian!!! kalau korang drive kat hiway plus. antara tol skudai n tol kempas, jangan speed sebab ada speed trap.hahaha.KTUKKK!aku siyes ni.yang kau ketawa apahal?*

terkenang...

"ALAMAK ENCIK. SAYA TAK PERASAN PULAK SAYA DAH BAWAK LAJU."
"laju awak bawak. 125. kalau ikutkan memang dah kena saman ni. lebih2 lagi time ops sikap ni kan"

"125? SIKIT JE TERLEBIH TU ENCIK"
(aku ingat dia tangkap masa aku bawak satu empat tadi. agagaga)
"SAYA MINTA MAAF BANYAK2 YE ENCIK. SAYA TAK PERASAN"
(sambel buat muka seinosen mungkin)
"susah saya nak lepaskan ni. sebab ni time ops sikap. ops sikap ni...blablablablablablabi"

"ABES MACAM MANA NI ENCIK. KENA SAMAN KE?"
(bangang gile soalan gua)
"awak nak macam mana?setel sini boleh?"

"SETEL SINI???EH TAK BOLEH MACAM TU ENCIK"
(aku meraba2 kat dashboard kete kalau ada songkok haji ke kat situ. dan2 takde pulak time tuh. - ok part ni aku tipu je. tapi ayat tu betul. mende la polis zaman sekarang. nak 'setel sini' je tahunya. tapi tak semua gitu kan)
"awak ni keje petronas ke?"
(apa kaitan soklan dia ni. tapi aku layankan je)
"EH TAK ENCIK. SAYA KEJE *kampeni kecik je*"

bersambung....(tipu. sebenarnya aku nak pergi berak.)

Monday, November 16, 2009

nov 15 2009 - takde entry arini

oh aku tak buat entry untuk semalam ye.
takpe abaikan.

Sunday, November 15, 2009

nov 14 2009 - overdose

semalam adalah hari-gadis-melayu aku.
sebabnye aku terperap kat rumah lebih dari 24jam!!!.
gadis melayu la ni pun tak macam tu kannnnnnnnsssss.(gedik doh)

semalam aku overdose tidur.
malam tu dahlah tidur awal.
pagi tu sambung tidu lagi.
petang pas juhur, tido lagi.

aku ingat nak qada' tido.
time weekdays aku selalu tido lewat minggu lepas.
keje punya pasal beb.

member kejut ajak p huha kat low yatt pun aku tak layan.
"takpe korang pergilah. aku nak tidur sampai petang"

nasib baik aku bangun arini.

Friday, November 13, 2009

nov 13 2009 - oi jgn tengok nurkasih oi..ada sarah watdehel..kakaka

seperti biasa.
dak2 umah aku lagi 2ekor layan cite tersebut.

aku hanya pasang telinga dari jauh je.
keji seh.

tetiba arini baru aku tahu yang ayu raudhah jadi isteri abg adam tu.
kekeke.
bile time part beliau, aku usha jap.
bukan pe.
lakonan dia mantaplah.
muakakaka.

dahlah.
aku nak mandi.
tak mandi lagi ni pas balik keje tadi.
wangi kannnnnnnnnnnnnnnnnn

nov 12 2009 - entry khas buat budak g****(mia yang ajar ;p) yang sambut bdaynya semalam (1111)

ececeh.
tarikh cantik konon.
tetiba pagi ni aku teringat yang 11th nov ialah bday kau.
aku ingat ko bagi hint nak tunang ke hape.

hampeh ko.
bermadah2 kunun.

a'a memang cantik 1111.

so secara automatiknya aku da menang kan?
pertandingan buat entry sempena bday ko yang ko rancangkan senyap2.

best tak cerita yang aku karang ni?muakaka.

weh jom arr turun kl, ley sambut bday ko dengan pakcik ko si ah fat.
teman la aku jumpa dia.

untuk pengetahuan semua,
budak g.... ni ntahpape sebab suka na bagi komen kat blog aku dari awal dulu hinggalah kini.
tak pernah bosan.
aku saspek dia ada hati kat aku.muakakakaka.

jangan marah cik.
nanti cepat tua.
opsss anda baru je sambutnya. ;p

dahlah.
aku nak pegi keje.
nak berak lagi.
karang lambat pulak.

oh. btw, ni ha link dak gemok(sekali lagi sila salahkan mia) tu..
http://blankataukosong.blogspot.com/

Wednesday, November 11, 2009

nov 11 2009 - aku sangat gembira hari ini sebab dapat berjumpa kengkawan tempat kerja lama. ;)))

tadi aku ada satu meeting di lumut.
tempat dirahasiakan ;)
oleh sebab kami(aku dan 2org boss aku) sampai awal,
kitorang telah pergi sebentar ke tempat kerja lama aku.

fuhhhh seronok sakan aku.
mana taknya, kehadiran aku dan bos aku(kedua kami ex-kerja kat tempat ni) disambut meriah!
seronok sangat aku bila kengkawan lama buat muka terkejut beruk tengok korang yang tetiba datang setelah dua bulan tak jumpa.
ya. baru je dua bulan aku bertukar kerja ke kl ni.
rindu pulak dah lama tak jumpa deme sume.

sampaikan aku tak sempat nak greet kesemua mereka.
masing2 nak tanya soalan.
belum sempat aku jawab, yang lain pulak da tanya.
harap2 mereka tak berkecil hati dengan aku.

-----------------------------------------------

lepas ni aku dah boleh selalu datang ke sana sebab
company aku dah secure satu projek kat lumut.
bolehlah aku selalu jumpa mereka.
bolehlah aku selalu join mereka main futsal.
bolehlah aku selalu pekena nasi kandar pantai remis yang lazat itu.(alhamdulillah tadi dapat gak merasa)
bolehlah aku.....;))) jeng jeng jeng

Monday, November 9, 2009

nov 09 2009 - musim mengawan

daripada 18 geng2 time study aku, tinggal 5 orang je yang belum berkahwin dan beranak pinak.
itu termasuklah aku.
dengan majlis pertunangan si absy sabtu lepas,
hanya tinggal 4org je bujang (dan available lagi ni).
cepat2 stok terhad!

Sunday, November 8, 2009

nov 08 2009

ya. aku dah tukar layout.
setelah 8bulan, akhirnya aku berjaya menanam rasa bosan terhadap layout lama.
bukan apa.
aku hanya perlukan pembaharuan.
aku perlukan kegelapan.
welcome to the darkside!
muakakaka..

--------------------------------------------------

dah2 jangan bising!
aku tengah tensen ni.
lempang nak?(trademark org lidi)

--------------------------------------------------

p/s: aku sebenarnya tak suka kalau baca blog tu tulis kasar2(lebih2 lagi kalau dia tu perempuan).
minta maaflah ye.
itu mungkin masalah bagi aku.
bukan masalah bagi korang.
blog korang, lantak korang la nak berak macam mana kan.

OK AKU NAK POTONG KUKU SEKARANG!!

Saturday, November 7, 2009

nov 07 2009 - absy bertunang dengan juju amin

tadi petang ikut hantar rombongan meminang si sahabat baik aku...

standard bertunang zaman sekarang:

1. menerima kedatangan rombongan.

2. menerima hajat kedatangan rombongan

3. menyatakan (boleh jugak kalau tanak) jumlah hantaran...standard sikalang RM10k beb!!! da cukup duit nak kawen ke?hohoho.

4. menyatakan bila majlis bakal diadakan...digalakkan 6months or less..or less than a year..tengok gak adat tempat memasing.


kawan aku buat merisik n bertunang sekali sebab family dia dari sarawak..tunang dengan orang shah alam..

so kena bagi sebentuk cincin (belah rotan) sebagai cincin merisik..(rm200++)
n sebentuk cincin bertatah berlian n campur sikit dengan emas putih..(rm600++)
rege emas pun dah mahal sikalang...rm122 segram..

sedikit sebanyak aku belajar untuk diri sendiri nanti.

oh giliran aku bila ye?



tadi si dia pulang ke kampungnya dan sudah kecoh di sana mengenai kami berdua...
masing2 beri pendapat tarikh yang sesuai...
n dan2 time majlis tunang tadi mak aku ley call tanya 'macam mana?'...

aduii..

apa2hal aku kena tunggu time aku tak busy...
oh bilakah waktu itu?

doakan.

Friday, November 6, 2009

nov 06 2009

maaf.
aku sudah malas hendak sambung siri cerita aku..
sebab aku dah semakin busy semula.
balik kerja pun lepas maghrib je skang nih.

n aku ada komitmen baru la ni.
aku layan FARMVILLE!!!
hahaha..

bosan2 best gak layan game pesbuk ni.

---------------------------------------

kerja:

mungkin aku akan kena handle projek di lumut.
oh sungguh HEAVEN jika itu menjadi kenyataan.
terlampau gembira sampai aku cakap kat bos "kalau macam tu, elaun saya potong pun tak kesah boss"
hahaha.
bak sirih pulang ke gagang ;ppp

-------------------------------------

semalam mak aku call tanya aku ada kat jb ke kl..
apalagi. dia nak suruh aku balik kg la tu kalau aku ada kat jb..
ada dua tiga perkara yang aku perlu settle kat kl sebelum aku balik jb semula pertengahan minggu hadapan.

hmmmmmm...

KERJA OH KERJA.

Wednesday, November 4, 2009

cerita aku 4 - dari pontian sampailah ke pantai remis...

notakepala: kenangan 3ari bersama si dia memang tak dapat kulupakan..ku sambung lagi episod seterusnya..

bersambung dari episod yang lepas....

sambil on da way tu aku confirm yang abg ngah dia tu adalah lebih muda setahun dari aku, so rasa cuak tu aku atasi dengan ego yang aku ni lagi tua dari abg ngah dia..hahaha..

sebaik tiba di rumah si dia, kulihat adik bongsu dia sudah siap menunggu di luar..
manis muka adik dia..sama macam akak dia jugak..hehe
lepas tu muncullah sorang2 keluarga dia menyambut ku..
segan pulak rasanya..
tapi abah dia belum muncul lagi...

masuk je ke rumah beliau aku terus berbual rancak dengan abg ngah dia..
bukan kerana nak ilangkan rasa cuak ;p
tapi kerana kerja..
kami berborak pasal kerja..
abg dia ni pun kerja sama lain dengan aku iaitu oil n gas..
lega aku..at least ada la topik nak bualkan..

lepas tu muncul pula abah dia..
rupanya dia pergi uruskan ayam2 kampung dia tadi..
kami berborak2 mesra secukupnya sehinggalah kak ipar beliau menyuruh berhenti untuk makan dahulu ;)

time makan:
sempat tok (istilah tempat beliau untuk atuk sebelah perempuan) beliau mengusik beliau untuk duduk sebelah aku..
mana nak dapat, sebab aku telah terlebih dahulu diapit oleh abah dan abg ngah beliau..
time makan nasi..
berulang-kali aku disuruh tambah nasi oleh keluarga beliau..
bak kata tok.. "orang dulu2 kalau tak tambah tu kira menyinggung tau.."
sudahnya dua kali nasi di pingganku bertambah...
sedap gak masakan perak ni, walaupon aku hanya sempat merasa satu lauk sahaja..segan beb..;)

pas makan aku aku sambung borak dengan abah beliau..
lepas tu aku keluar rumah p tengok arnab peliharaan abahnya..
menjadi jugak..adalah dalam 4 ekor gitu..siap ada anak lagi..
sempat aku snap picca sebab mereka itu comel..
(oh aku tak dapat nak upload pic2 itu ke laptop. lupakan saja k)

pas belek2 arnab, aku belek pulak ayam2 kampung peliharaan abah beliau..
banyak sungguh!!
ayam2 itu dipelihara secara sistematik untuk tujuan dijual..
telur2 ayam kampung tu pon dieramkan menggunakan haba yang dihasilkan oleh lampu2 neon..
mengikut kata abahnya, ia mengambil masa selama 28 hari untuk telur2 itu menetas..
aku agak jakun gak sebab tak pernah pulak nampak sebelum ni telur ayam dieramkan dengan cara itu...
bagus betul bapak aku ni. eh silap..bagus betul abah beliau ni. setiap satu telur itu mempunyai tarikh2 dari ia ditelurkan dan tarikh jangkaan ia akan menetas...
tiba2 terasa macam nak suruh abah aku buat peliharaan ayam kampung secara serius macam itu pulak..

mahal beb ayam kampung..
menurut bapanya, seekor ayam kg betina boleh dijual sehingga RM10..
yang jantan pulak murah sedikit..RM9 gitu...
memang boleh buat bisnes ni...
ayam2 kampung tu just diberi makan dedak untuk bagi cepat besar...
ia tak dilepaskan secara bebas kerana dikhuatiri akan hilang..

menurut beliau lagi, kadang2 tu ada jugak orang datang curi ayam2 tersebut masa takde orang kat rumah..
bahaya jugak eh..
ingat musang
dan helang je musuhnya..ni orang pun ada jugak..

tapi apa2 pun aku memang kagum dengan keseriusan bapanya memelihara ayam kampung untuk tujuan pengkormersialan..

-------------------------------------------------------

time aku duduk borak2 dengan bapa beliau, tiba2 membelok sebuah kereta kerumahnya..
rupa2nya pak ngahnya datang menyinggah sebentar..
alamak kantoila anak dara pak long bawak balik bakal menantu ;p
seperti biasa aku kenala berlagak gentleman..hehehe..

oleh sebab pak ngah beliau dah datang, maka tak jadilah plan asal beliau untuk menghantar adiknya ke teluk intan bersama2 dengan aku..
adiknya belajar di sebuah kolej disitu..

dalam pukul 4ptg, beliau bagi isyarat sudah sampai masa untuk bertolak pulang..
kami pulang bersama2 ke sitiawan tetapi dengan kereta yang berasingan...
sebelum pulang tu, sempat mak beliau mempelawa aku untuk datang pada hari raya haji nanti..
insyaAllah ye mak kalau I ada di semenanjung lagi..
dalam 2 minggu lagi aku mungkin kena pergi ke Labuan kerana terdapat project di sana...

-------------------------------------------------------

eh macam dah abes je cerita ni..
belum.
ada sambungannya lagi. ;)

Tuesday, November 3, 2009

cerita aku 3 - dari pontian sampailah ke pantai remis...

notakepala: cerita ini adalah cerita bukan rekaan semata2..aku abadikan di blog ini kerana aku tidak mahu kehilangan memori2 manis itu..;)

bersambung dari episod yang lepas....

oh cerita NINJA itu sangat ganas ye tuan2 dan puan2..
adalah dinasihatkan ia tidak sesuai untuk tontonan kanak2 kecil..

abes je nengok muvi, jam menunjukkan lagi 5minit nak pukul 11..
kitorang pakat terus balik..

memula tu sebenarnya plan nak p makan char kuew teow terhebat di sitiawan bila balik dari ipoh..
tapi disebabkan mata dah tak larat, aku pun cancel...
walhal aku dah mengidam abes char kuew teow tu..
takpe lenkali adalah rezeki kot nak merasa char kuew teow tu..
kedai char kuew teow tu terletak dekat je dengan rumah yang dia duduki...

balik je rumah aku terus pengsan..haha
mengantuk abes beb..
seharian drive..
pastu p berjalan lagi..
sayang punya pasal kan..huhu

--------------------------------------------------------

esoknya: ahad pagi
aku dah plan dengan dia nak bertolak ke rumahnya samada jam 10 atau 11..
perlu aku highlight di sini bahawa, aku memang mempunyai misi untuk datang ke kg (rumah ibu bapa) beliau pada kunjungan kali ini..
sebenarnya aku dah berjanji dahulu pada dia untuk datang beraya pada musim raya yang lepas..
tapi apakan daya, tuntutan kerja telah menghalang aku untuk berbuat demikian..
sebulan setengah aku berada di johor..
selama itu jugalah aku tak dapat jumpa dengan si dia..
aku rasakan itu sudah cukup lama..
cukup lama..

pagi tu jugak aku dah plan untuk polish kete kat satu auto carwash kat manjung nih..
dah lama aku mengidam untuk polish kete kat situ..
memula ingatkan RM100 je charge dia..
tapi lepas bangla tu wat kira2 sikit, kosnya semua adalah RM250..

cuci..RM7
polish...RM100
wax..RM40
polish and wax cermin...RM50
polish leather seat...RM100

last2 dapatlah diskaun RM47..okeylah
pastu dapat lagi diskaun RM10..tapi aku bagi je kat mat bangla yang paling rajin polish kete aku tu..punyalah bersyukur dia sampai tak putus2 ucap salam kat aku..hehe

polish punya polish, tengok jam dah pukul 11.45..
cian dia berulang kali tanya aku dah siap ke belum..
aku paham..dia risau sebab mak dia dah suruh kitorang datang awal dalam pukul 10 or 11 sebelum tu..
tapi nak jumpa mak mentua punya pasal, kete mau kasi kilat dulu beb..huhu ;p
taklah..tu just kebetulan je sebab aku turun manjung ni..

balik umah , cepat2 aku siap dan terus p umah sewa dia..
kitorang balik kg dia naik kereta asing2..

semasa dalam perjalanan tu dia call aku dan khabarkan yang abg ngah dia ada di rumah..
alapak!!
mengikut dari cerita2 dia, abg ngah dia ni garang sedikit..
pernah dia kena tegur sebab bergayut lelama dengan aku suatu waktu dahulu..
huhu..
cuak pulak aku rasa... sampai macam...
macam...
macam...

..macam nak sambung cite ni di episod akan datang...;)

cerita aku 2 - dari pontian sampailah ke pantai remis...

notakepala: 'cerita aku 1' aku karang semasa aku masih berada di sitiawan, perak..
manakala 'cerita aku 2' ini pula aku karang sebaik sahaja tiba di rumah kecik di kl. tepat jam 12mlm..anjing bersahut2an..auuuuuuuuummmmmmm..pejadah mana ada anjing menyalak kat kl ni.bunyi moto mat rempit menyalak adalah.uhhh


bersambung dari episod yang lepas....

sebelum tiba ke exit gopeng tu, aku tengok adala sekonvoian trak polis dalam 5 buah gitu..
deme ni jalan pulak kat lorong kanan..
nak tak nak terpaksa aku polo rapat.
dan memang bukan jenis aku untuk terus potong di sebelah kiri walaupon aku mampu..
aku cucuk rapat2 dulu...
tapi setelah dekat setengah jam, melihat kan diorang tak mengalah, aku pun mengalah dengan memotong di sebelah kiri..
agaknye memang gaya diorang bawak konvoi belah kanan.
macam mangkuk je..
taulah awak tu polis, tapi tak bermakna awak tu above law.
gaji awak tu pon kami yang bayar..apahal?

ok jangan emo2..
kita teruskan je perjalanan..

aku pun kuar kat exit gopeng..
tu dia, tol aku kena RM66 okayyy..
mahal bagai.
memanglah..
dari KULAI ke GOPENG..
(pstttt..kalau korang nak tahu, trak2 polis tu mana ada bayar tol bile melalui highway)

bila da kuar dari gopeng ni..aku perlu menuju ke batu gajah dan seterusnya seri iskandar untuk ke lumut..
wawa, betul kan?ko kan duk utp..mesti tahunye jalan ni..
sepanjang perjalanan dari gopeng ke batu gajah tu okay je..
tapi bila da masuk highway kat seri iskandar tu, aku tengok yang lori2 besar ni suka jalan menggunakan lorong belah kanan..WTH?
dan aku tak terus memotong di sebelah kiri seperti yang dilakukan oleh kebanyakkan pemandu lainnya..
aku polo je lori tu kat lorong kanan.
sambil pada tu aku menyirap sebab deme ni memang takde niat untuk ke lorong belah kiri..
last2 satu demi satu kete yang aku potong tadi, potong aku semula..aku bersabar jek..
masuk lori kedua, aku hon..tapi tak berganjak jugak..
dan aku terpaksa memotong di belah kiri jugak...hampagas betulll

masuk area seri iskandar tu dah start hujan renyai2..
so tak bolehlah nak bawak cepat sikit (ayat sopan selain nak bawak laju) ;p

aku roger si dia samada nak terus berjumpa ke..
tapi oleh sebab kami sama2 masih kenyang lagi, aku mengambil keputusan untuk terus ke rumah sewa lama aku di kg sitiawan..
tadi memula plan, bila aku sampai kitorang nak terus p makan..tapi tak jadi..

aku sampai kat rumah tu dalam pukul 5 macam tu..
rehat2 kejap..
gosip2 dengan member hal2 opis..
then baru aku mandi n bersiap nak p jumpa dia..
tak sabarnya..huhuhuhu..hunggah2..
sebulan setengah beb gua rindu nak tengok dia ;(

kol 6 aku p jemput dia di rumah sewanya..
dan kami pun terus menuju ke ipoh...
plan nak tengok wayang kat ipoh parade seperti yang dicadangkan oleh rakanku...
namun si dia lebih gemar jika kami menonton di jusco sahaja..
aku just follow je..
hajat dihati ingin menonton PAPADOM..
apakan daya, takde showing pulak..
last2 kami tengok cite NINJA..
bolehlah..

tapi disebabkan aku tertinggal baju sejuk di rumah kecik,
maka kitorang pusing2 kat jusco dulu mencari jacket untuk aku..
dia pun kesejukkan aku lihat..
aku offer untuk belikan baju sejuk untuknya, tapi dia menolak..

then aku bagi cadangan yang paling bernas iaitu kami p makan mekdi dulu untuk panaskan badan..hahaha
akibatnya kami terlambat ckit masuk panggung..
bila dah duduk je, aku tanya kat dia sejuk ke..
dia jawab ye..maka dengan machonya aku bukak baju sejuk tu dan bagi dia pakai...
sweet kan?hahahaa..jangan jeles

bersambung lagi..

notakaki:aku nak tido. ngantuk doh. dari pukul 3 aku drive.sampaila pukul 12 baru nak berehat ni.
nite.

Monday, November 2, 2009

cerita aku 1 - dari pontian sampailah ke pantai remis...

jumaat malam sabtu:
okay confirm hujung minggu ni aku dapat bercuti.
keje kat mmhe dah siap sekadarnya.
just tinggal lagi sikit2, aku kena datang pada minggu hadapan untuk siapkan.
so ini bermakna bolehlah aku datang ke perak sebentar, beraya ke rumah si dia.(eh raya ada lagi ke.)

sabtu pagi:
niat nak bertolak dari rumah pukul 6 or 7 pagi terpaksa aku tunda ke pukul 9 sebab badan tak larat sesangat nak bangun pagi tu.
siap kemas2 semua, and kete pun da check bagai, aku pun bertolak ke perak.
aku masuk ke highway plus melalui kulai.
nak top-up touch n go kat situ tak boleh pulak..terpaksa aku ambik tiket.

hentian kulai:
tengok minyak tinggal satu bar je..tapi malas nak benti sebab kat situ takde petronas..
aku teruskan perjalanan..

hentian simpang renggam:
tak benti..takde menda kat situ.
aku teruskan perjalanan..

hentian machap:
singgah jap beli buah tangan berupa jambu air..
sambil tu aku tengok banyak gile kete singapore yang masuk mesia arini..
bederet semua kete plate S jek..
aku teruskan perjalanan..

hentian yong peng:
ok kejap.sebelum sampai ke hentian ni aku telah dicucuk rapat oleh kete ferrari hitam model seperti di bawah:
aku terpaksa bagi can la dia nak potong aku..hehe.
pastu aku masuk ke satu stesen minyak kat hentian pagoh ni..
aku tengok ferrari tu pun masuk gak.dia kat depan aku.
tengok dia cakap2 dengan attendan pump tu..
pastu ferrari tu blah..
sambil isi minyak aku tanyala kat bangla tu ferrari tu apahal..
bangla tu cakap ferrari tu nak isi minyak RON97..tapi kat situ just ada minyak 95 sahaja..
cian..kete mahal2 pon menyusahkan jugak..hmm

hentian ayer keroh:
aku terpaksa berhenti sebab nak betulkan visor kete aku yang dah tercabut sedikit..
masa aku berhenti tu adalah satu family yang nak pergi kenduri kat seremban yang berhenti sebelah aku jugak..
berbual lebih kurang, aku pun teruskan perjalanan lagi..

hentian subang jaya:
benti jap nak makan n solat kat sini..
aku teruskan perjalanan..

aku teruskan perjalanan sampaila ke highway menuju ke utara..
aku mengambil keputusan untuk melalui highway sahaja ke perak.
lebih jimat masa padaku.
jalannya pun bagus sahaja.
alternatif lain, aku boleh menggunakan jalan sungai buloh-kuala selangor-teluk intan..
tapi jalan disitu aku rasakan sudah tidak best seperti mana kulalui setahun yang lepas..
aku teruskan perjalanan..

aku boleh juga keluar di bidor jika ingin ke lumut.
namun aku mengambil keputusan untuk tidak keluar disitu untuk mengelakkan jalan bidor-teluk intan yang agak sempit dan kecil.
tidak sesuai untuk kereta sukanku memecut laju.hehehe..
aku teruskan perjalanan..

sampai di hentian tapah aku berhenti sebentar untuk berehat.
sambil tu aku call membe aku si kecik untuk bertanyakan exit mana yang sesuai aku keluar untuk ke lumut.
tidak yakin dengan jawapannya yang ragu2 aku bukak gugel map.
line slow pulak..maka dengan yakinnya, aku ikut kata hati untuk keluar di exit gopeng.
jam sudah menunjukkan pukul 3petang..

bersambung...