Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Monday, November 2, 2009

cerita aku 1 - dari pontian sampailah ke pantai remis...

jumaat malam sabtu:
okay confirm hujung minggu ni aku dapat bercuti.
keje kat mmhe dah siap sekadarnya.
just tinggal lagi sikit2, aku kena datang pada minggu hadapan untuk siapkan.
so ini bermakna bolehlah aku datang ke perak sebentar, beraya ke rumah si dia.(eh raya ada lagi ke.)

sabtu pagi:
niat nak bertolak dari rumah pukul 6 or 7 pagi terpaksa aku tunda ke pukul 9 sebab badan tak larat sesangat nak bangun pagi tu.
siap kemas2 semua, and kete pun da check bagai, aku pun bertolak ke perak.
aku masuk ke highway plus melalui kulai.
nak top-up touch n go kat situ tak boleh pulak..terpaksa aku ambik tiket.

hentian kulai:
tengok minyak tinggal satu bar je..tapi malas nak benti sebab kat situ takde petronas..
aku teruskan perjalanan..

hentian simpang renggam:
tak benti..takde menda kat situ.
aku teruskan perjalanan..

hentian machap:
singgah jap beli buah tangan berupa jambu air..
sambil tu aku tengok banyak gile kete singapore yang masuk mesia arini..
bederet semua kete plate S jek..
aku teruskan perjalanan..

hentian yong peng:
ok kejap.sebelum sampai ke hentian ni aku telah dicucuk rapat oleh kete ferrari hitam model seperti di bawah:
aku terpaksa bagi can la dia nak potong aku..hehe.
pastu aku masuk ke satu stesen minyak kat hentian pagoh ni..
aku tengok ferrari tu pun masuk gak.dia kat depan aku.
tengok dia cakap2 dengan attendan pump tu..
pastu ferrari tu blah..
sambil isi minyak aku tanyala kat bangla tu ferrari tu apahal..
bangla tu cakap ferrari tu nak isi minyak RON97..tapi kat situ just ada minyak 95 sahaja..
cian..kete mahal2 pon menyusahkan jugak..hmm

hentian ayer keroh:
aku terpaksa berhenti sebab nak betulkan visor kete aku yang dah tercabut sedikit..
masa aku berhenti tu adalah satu family yang nak pergi kenduri kat seremban yang berhenti sebelah aku jugak..
berbual lebih kurang, aku pun teruskan perjalanan lagi..

hentian subang jaya:
benti jap nak makan n solat kat sini..
aku teruskan perjalanan..

aku teruskan perjalanan sampaila ke highway menuju ke utara..
aku mengambil keputusan untuk melalui highway sahaja ke perak.
lebih jimat masa padaku.
jalannya pun bagus sahaja.
alternatif lain, aku boleh menggunakan jalan sungai buloh-kuala selangor-teluk intan..
tapi jalan disitu aku rasakan sudah tidak best seperti mana kulalui setahun yang lepas..
aku teruskan perjalanan..

aku boleh juga keluar di bidor jika ingin ke lumut.
namun aku mengambil keputusan untuk tidak keluar disitu untuk mengelakkan jalan bidor-teluk intan yang agak sempit dan kecil.
tidak sesuai untuk kereta sukanku memecut laju.hehehe..
aku teruskan perjalanan..

sampai di hentian tapah aku berhenti sebentar untuk berehat.
sambil tu aku call membe aku si kecik untuk bertanyakan exit mana yang sesuai aku keluar untuk ke lumut.
tidak yakin dengan jawapannya yang ragu2 aku bukak gugel map.
line slow pulak..maka dengan yakinnya, aku ikut kata hati untuk keluar di exit gopeng.
jam sudah menunjukkan pukul 3petang..

bersambung...

6 comments:

  1. suspen lak abg pejol nih..
    tp seronok bace mcm adventure..
    esp part mase stop kejap2 tu..
    mcm macho lak =p

    ReplyDelete
  2. ni kal0 sambung ni nak cite pasal hentian jgk ke?
    bila nak sampainya

    ReplyDelete
  3. kama, kehkehkeh..macam tu macho ke?bolehlah tahan..

    wawa, biasalah...sabar yek..nantikan episod seterusnya yang tak best tu.

    anis, kalo boleh nak stop semua perhentian yang ada ;)

    sharamli, itule pasal.malangnye saya dah keluar kat hentian gopeng tu.

    penulis, ni da macam cite 7 hentian pulak kan..haishh.lari topik.

    ReplyDelete