Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Monday, December 27, 2010

tukar tayar murah


untuk sebulan ni bermula minggu lepas gua outstasi di lumut.

weekend semalam ni gua terpaksa balik ke kl sebab nak ambik stok barang butik orang umah dan juga nak tukar tayar kat klang.

walaupun tayar kete gua dah nak rabak, gua tetap beranikan diri drive p klang untuk tukar tayar.
total perjalanan lebeh kurang 300km. lumut ke klang.

sampai di klang petang sabtu tu, kedai masih bukak lagi...siap ramai orang lagi.
kedai mana lagi kalau bukan kedaio tayar termurah di lembah klang iaitu kedai tayar hing leong

kedai tayar hing leong

last gua tukar tayar adalah pada awal tahun dan tengah tahun haritu.
dalam masa setengah tahun, tayar kete gua boleh haus keempat2nya.
lu bayangkanlah betapa rajinnye gua round satu malaya dalam setahun.
penat beb.

sebelum ni gua pakai tayar jenis falken. tak bagus beb. bila gua bawak laju time hujan, kereta gua terasa hilang keseimbangannya.
gua siap dah ada pengalaman berpusing 180degress kat atas jalan di laluan tanjung karang- sabak bernam haritu...huhuhu.SERAM

kali ini membe gua rekemen pakai tayar GOODYEAR ASSURANCE.
tapi kedai hin leong ni takde jual la pulak size yang gua nak.
last2 dia rekemen tayar goodyear model NCT5. size 205/45/16
sebelum ni gua pakai FALKEN ZIEX915, saiz 195/50/16
FALKEN ZIEX915

gua kasi tambah kelebaran tayar tu bagi selamat sikit.insyaallah.

NCT5 saiz tu sebijik dia quote RM218. total RM872.
okaylah. lebeh kurang je dengan rege tayar FALKEN gua sebelum ni.
GOODYEAR NCT5

tengah2 mat bangla tu tukar tayar gua dan nak pasang kat sport rim lama, dia roger kata sport rim dah bengkok!
memang bengkok habis gua tengok!
patutla tayar kete gua dia makan tak rata.
nak taknak gua kena tukar sport rim baru macam ni!huh! rabak2! seb bek baru gaji.hahaha
gua tolak sport rim lama gua. dapatlah RM300. Untuk sport rim baru gua kena tambah lagi RM900.

brand FLEDERMAUS (top kat singapore ni beb)
RM400 X 4tires.

amacam sport rim baru gua? mantap tak. rabak dah gua macam ni.hahaha


pagi tadi gua bagi orang rumah gua pakai kete.
sempat gua pesan dia bawak hati2.
"ayang bawak kete nanti hati2 ye...jangan langgar lubang tau"....muahaha
sayang bini+sayang sport rim juga ;)

Tuesday, December 21, 2010

saya bukan gay, saya OK..

saya takde masa langsung nak belek blog sekarang ni, saya OK.

saya busy dengan bisnes orang rumah disini, saya OK.

saya busy dengan kerja outstation sana sini, saya OK.

saya dengar pengakuan bodoh 'mereka', terus saya TAK OK!

SAY NO TO GAY-ISM in the world!.

Friday, November 26, 2010

nak pegi honeymoon esok! eh bukan! nak pegi family day lah ;)

memula ingat tu macam malas gile nak pegi.
sebab keje banyak tak setel lagi.
tapi bila boss dah bagi line suruh p, sapa yg tak mau p kan?

all-free beb!
bawak diri n spouse je.ekekeke..

bos cakap.
"wei pegila. ko tanak ke pacakage honeymoon free2 je"
ye tak ye jugak.

tempat best.

legend international water homes

chalet atas air.
ada swimming pool sendiri.
leh renang berirama berdua2duaan gitu..hehe

jangan jeles k?
walaupun niat gua kecoh ni nak bagi lu jeles sebenarnye.
hahaha

GPS terpakai for sale



gps yang aku terpakai untuk dijual.

dah pakai selama (tak ingat bila. tapi macam sebelum raya je)

saiz: 5"

very2 reliable bagi sape2 yang tak master jalan2 seluruh malaysia, sabah, sarawak, n some say s'pore.

just put your comment if interested.

reason for sale: nak beli tayar kete. botak dah tu. dalam sehari adalah beratus km gua pecut.

p/s: kalau nak yang baru pun ada jugak. roger je gua k.


p/s: apesal mudah.com mangkuk sangat asyik rejek iklan yang gua nak post.
apa ingat aku teregeh2 sangat nak post kat tempat lu ke?

Sunday, November 21, 2010

nak bisnes lah

rukun niaga ada tiga:

-penjual
-pembeli
-barang yg dijual-belikan

majoriti pembeli = wanita

so nak jual barangan untuk wanita

check it out HERE

p/s: bosan dah makan gaji

Tuesday, November 16, 2010

RAYA HAJI 2010..boleh tak?

buat pertama kali beraya haji di KL bersama orang rumah.

maaf kedua ibu bapa tidak dapat balik tahun ini.

kalau dah cuti sehari je pun apa j****nye nak balik selatan dan utara?

selamat hari raya! ada rezeki jumpa lagi tahun hadapan.

p/s: hari ini nampak lembu banyak berkeliaran di highway. atas lori.


Sunday, November 14, 2010

SKYLINE










bosan gile.

baik tak payah tengok.

layan HBO lagi best.

Thursday, November 4, 2010

there's no more raya for you!

baik deepavali mahupun haji.

cuti2 dibekukan.

sila kerja dengan tekun dan IKHLAS.

p/s: takpe lepas ni aku ambik cuti sebulan pulak.

Monday, November 1, 2010

ALAMAK DAH KANTOI!!

isteri tersayang dah perasan i ada blog ini.

rasa segan la pulak kalau dia baca cite2 i semua.

patut ke tak patut i delete blog ni ye?

Friday, October 29, 2010

KL-kemaman-kuala terengganu-cameron highlands-kl



kl-kemaman
ada job kat kemaman. mula2 kat KPK, then West Wharf, oh tak lupa juga kena anchorage.
terseksa gila lah.
penat seh.
tapi at last dapat gak setel.
memula tu tinggal wife kat umah akak dia. dia boring, balik kg.
then bila ada kesempatan balik ke KL, ambik dia dan bawak ke kemaman sama. dapatlah spend seminggu disana bersamanya ;)

kapal sapura yang aku servis


aku yang comot


kemaman-kuala terengganu
bila job dah setel, aku plan ingatkan nak pergi ke pulau redang ke, pulau perhentian ke.
tapi timing tak ok. musim tengkujuh. pulau semua tutup. bot kecik tak berani nak pergi.
yang bukak just laguna n berjaya resort je. sebab diorang ada feri sendiri.
ok plan B. kita ke cameron!!! hoyeah!
pantai kemasik (antara kemaman ke k.terengganu)

kat depan masjid pak lah


kuala terengganu-cameron
ok dari kuala terengganu nak ke cameron, tak ramai yang tahu ada jalan pintas.
ramai orang ambik jalan ke kota bharu dulu then turun balik ke gua musang.
menurut info2 dari locals dan juga research yang aku buat, terdapat satu route pendek merentasi tasik kenyir.
menurutnya, jalan ini belum diwartakan oleh JKR lagi, maka ramai yang tak tahu.
oleh kerana nak jimat masa, aku ambik dan beranikan diri melalui jalan ini.
jauh keseluruhan dari KT ke cameron ialah 300km!
strech rahsia tu je dah lebeh kurang 100km++ jauhnya.
bila aku dah lalu, jalan ni ok beb.
KT-hulu terengganu-tasik kenyir-felda aring-gua musang-cameron

KT-hulu terengganu (60km): jalan luar bandar macam biasa. ada byk lubang bila dah sampai tepi2 hutan.
jalan tasik kenyir (100km): jalan cantik! standard highway.tak ramai lalu.
felda aring (50km): jalan ladang felda. teruk berlubang!
gua musang- cameron (150km!): highway.

tasik kenyir

cameron highlands
honeymoon. malas nak cite byk.
tempat ideal untuk korang stay ialah di brinchang.
tourist spot semua ada disini.
nak hotel murah n mahal semua ada. ikut poket.
tempat wajib pergi:
-ladang n kilang teh
-strawberry farm
-rose centre
-time tunnel museum
-etc.
curik daun teh sehelai

Thursday, September 16, 2010

RACIST

macam susah je nak dakwa....

peguam tu, mesti dia tahu cara nak lepaskan diri...

macam tengok cerita tamil dah la pulak...

sejak bile LTTE boleh lepas ke Malaysia ni????

Thursday, September 9, 2010

cis! plastik munafik betul!! - tudung

memang lu nampak cun kalau pakai tudung.

tapi kalau lu pakai tudung sebab cerita nur kasih meletup,

n lu bajet cerita lu pun boleh meletup macam tu, kesiannnnn...

kat luar lu seksi meksi, dalam drama lu bajet lu ayu kalau pakai tudung??

gua rasa berdosa pulak tengok drama lu.

.....

selamat hari raya gua ucapkan pada lu.

p/s: come on masyarakat, bangun!
kita tentang budaya ni.
kita boikot drama depa!!!
booooooo

p/ss: tetiba gua terpikir, er maybe ada yang berubah kalau tengok cerita depa ni. mungkin ada yang nak pakai tudung selepas tengok movie depa ni...

jom kita sama2 pikiorkannye ye ;)

Wednesday, September 8, 2010

orang perempuan 3 pasang baju raya cukup tak?

confirm tak cukup punya!!

tahun ni first time aku belikan baju raya untuk orang rumah..

segala tempat di lembah klang ni aku dah pusing untuk carikan baju raya untuk beliau..
takpelah untuk orang tersayang lah katakan..muehehe.

tahun ni aku tak beli baju melayu pun (sama jugak macam tahun2 bujang dahulu) ;)
aku just pakai baju nikah n baju time kawen aritu.
ada 2 pasang. itu dah lebih dari memadai.

baju raya kepada aku lebih kepada t-shirt n jeans baru.
raya alaf masa kini beb...

pada yang belum beli baju raya tu gua nak ucapkan;
selamat membeli-belah, hujung2 maybe boleh dapat murah ;)

p/s: best betul dapat kupon parkson free



Sunday, September 5, 2010

NKVE(setia alam exit) dan accident di jalan raya

selamat hari raya

&

maaf zahir batin...

jangan nakal2 di jalan raya...

p/s: on the way balik ke kl dari bukit raja ptg tadi, aku nampak satu lagi accident kat NKVE.
di tempat yg sama seperti semalamnya.
lokasi ialah di NKVE arah klang berhampiran menuju ke exit setia alam.
yang ada iklan BUKIT BANDARAYA tu...
area tu macam naik bukit sikit...
so kalau ada kenderaan berat kat sebelah kiri tu, kereta akan potong.
pastu kereta yg berada di lorong laju akan tak sempat nak mengelak...
aku dah mengalami situasi ni...
kesian org tadi..4 tayar keatas beb.
doakan jelah diorang selamat ye tak.

tak payahlah kita yg berada di lorong bertentangan nak sibuk usha.
dha kena high beam dengan aku. HAMBEK!

ok mentaliti begini perlu dielakkan...

kalau ada accident di lorong bertentangan, apa yang korang perlu buat ialah:
BUAT TAK TAHU SAHAJA! just teruskan perjalanan....korang boleh sebabkan accident yg lain kalau perlahankan kenderaan kat highway.

ada faham?? aku tahu kau takkan faham :(

just another malaysian mentality...

Monday, August 23, 2010

bulan puasa...

selamat berpuasa semua.

time bulan pose mcm ni tak boleh main mercun.

sekarang bukan takat jari je hilang, nyawa pun leh hilang..

benda ni dah diharamkan, tapi berleluasa jugak...

haram? amende tu?

ohhh, kalau kena tangkap baru salah..

kalau tak kena tangkap, takpe...

yang peliknye macam mana benda ni boleh lepas sempadan???

nak selamat tak payahlah main benda ni, banyak lagi benda nak dimainkan...

lebih2 lagi lepas dah kahwin ni..wakakaka...

er er kena beringat! jangan sampai kena dam..

60 hari tuhhhhhh..tak larat la..

k pepehal selamat berpuasa tanpa mercun semua!
selamat berpuasa semua.

time bulan pose mcm ni tak boleh main mercun.

sekarang bukan takat jari je hilang, nyawa pun leh hilang..

Sunday, August 1, 2010

selepas 3 minggu kawen.

seronok beb!

tu yang buat gua senyap sebulan.

p/s:
pada couple2 tu, bukan gua tak tahu masalah lu.
gua pun macam lu gak dulu.
tapi sebenarnya kalau kita memang berniat ada hati nak kawen, benda ni tak susah.
cuma bisikan syaitan yang buat kita ragu2 dan tak yakin pada perkahwinan or pada diri sendiri.
mampu ke tak mampu aku nak kawen ni. bersediakah aku? dah sampai masakah?
persetankan itu semua.

kawen itu seronok! lagi best daripada berkapel2an selama 4tahun cahaya!

~ just another malaysian mentality ~


Thursday, July 1, 2010

seminggu lagi nak kawen

perasaan: sudah mula rasa 'lain'

tak tenteram.

kosong.

besarnya tanggungjawab nanti...huhu

Sunday, June 13, 2010

warnung: no blogging, this is world cup season

diumumkan blogging bercuti selama sebulan sempena world cup...

jumpa lagi di bulan hadapan.

yeah!

Friday, June 11, 2010

30 minutes to go!!!

jom kita intai gadis lalu tingkap....

eh silap! jom kkita p layan world cup....

ramalan judi halal (pending permit approval) aku :

mexico-3 aprika selatan-1

p/s: gua dah siap pakai jersi belanda yang gua sempat tibai selai kat rantau panjang semalam! muekeke..;)

hotel 3 bintang di Kota Bharu yang terhebat

semalam balik je dari offshore terus pusing2 kat kota bharu cari hotel untuk bermalam.

pusing2 kat town, dan ternampaklah sebarisan hotel di jalan apa ntah.

pilih punya pilih, kitorang pun pilihlah hotel yang nampak cantik di luarannya.

"beb, kita try hotel tu lah...nampak luar cantik, harap dalam pun oklah"

nama hotel tu Flora Place

bile masuk je, perghhh terkejut aku sebab dia punya hiasan dalaman memang tak macam hotel 3 bintang langsung..

pandai owner dia make-up hotel tu...

yang best:
-wifi dia laju gile!
-hiasan dalaman bilik sgt ngetop.
-bilik air bersih dan cantik. macam nak tidur dalam tu pun ada jugak.
-boleh order makanan dari bilik dengan harga yang berpatutan.
-murah pun murah. standard twin kitorang baru je dalam rm 168.

yang tak best:
-takde!

sekian promo percuma untuk hotel flora place yang telah menyediakan perkhidmatan yang sangat memuaskan hati aku. ;)

ni location hotel tu mengikut firasat pak gugel mep:-

Wednesday, June 9, 2010

saya nak jemput korang ke majlis kahwin saya ni.

yg ni belah perempuan.
kat pantai remis.



yang ni kat rumah mak bapak saya kat pekan nenas of pontian johor...


dekat ke dengan rumah korang?
kalau berkesempatan jemputlah hadir ye.... :)

Tuesday, June 8, 2010

hobi saya ialah kumpul setem. (bosan gila tajuk ni kan)


bukan!


hobi saya ialah pergi ke laut macam ni...





hehehe..
esok nak balik darat dah.
tu yang hepi semacam je. ;)

Monday, June 7, 2010

mencemar duli: sungai petani dan kota bharu

oyeah!

bestnye dapat baring kat bilik hotel di kota bharu ni.

baru je tiba setelah 5 jam perjalanan dari sungai petani.

aku baru sampai for the 1st time kat dua2 tempat tu.

SP: maju gak. banyak mall. tesco pun ada. tak lepaskan peluang untuk rasa R.F.C..heehe

KB: mantap ah! macam KL pun ada..dah pukul 11 mlm pun still bz...mat rempit pun banyak..keke


kilometers covered today
lumut-sungai petani-kota bharu

Saturday, June 5, 2010

carrefour wangsa maju: pembungkus hadiah yang lembap gile n hobi masyarakat malaysia yang tidak tahu beratur!

ni sebab gua hangin tu yang gua post entry BUSUK nih!
lu bikin gua panas babe!

lokasi: tempat customer service kat carrefour wangsa maju
tarikh: 04 june of 2010
waktu: 10 to 11pm
nama pekerja: bermula dengan huruf 'R' (perempuan)

gua tahu la service bungkus hadiah tu free, tapi tu bukan lesen untuk lu bungkus hadiah gua lembap gile...
setengah jam lebih beb...
oleh sebab kelembapan lu jugak, 2 customer lain yang mangkuk
(perempuan dlm 30-an dan 40-an) tak tahu or tak nampak gua tengah tunggu kat situ boleh pulak cilok line! cam sial!

kat tempat bungkus hadiah tu ada dua orang yang jaga.
sorang lelaki n sorang perempuan.
lelaki tu senior dia aku rasa.
yg perempuan tu pulak aku tak pasti. trainee ke. part-timer ke. or cleaner yg dipinjamkan untuk tolong2 di situ. macam indon pun ada jugak....yang pasti lu bikin gua panas walaupun muka lu lembut je..
yang si lelaki ni kalau dah tahu kawan lu tu tak boleh buat kerja cepat, lu p la tolong dia.
ini tidak. lu dok tanya boleh ke tak, boleh ke tak...tapi tak tolong pun.
bile gua sound suruh tolong, lu p bungkus hadiah customer lain pulak.
gua hangen beb.

yang customer melayu malaysia ni, bile gua dah naik suara sound mamat tu, boleh pulak lu tertoleh2 usha gua.
oh baru lu nampak gua?tak tahu lu salah?

time minah tu bungkus hadiah kawan gua, pun gua dah hangin sebab lama gile.
time gua tengah tunggu turn untuk hadiah gua dibungkus, customer melayu malaysia yang mangkuk tu boleh pulak cucuk line.
sampai 2 hadiah staff lelaki ni dah siap balut, minah ni tak siap2 lagi...aduhhhh

untuk perempuan melayu malaysia yang dah senior tu,
gua tahu la lu orang tua a.k.a lebih senior dari gua.. tapi tu bukan lesen untuk lu potong line!!
gua tengok anak lu dah besar makcik. tapi takkan lu tak ajar anak lu supaya beratur makcik oi!

sebab lu entry gua busuk gile malam ni!

TAHNIAH MALAYSIAN!!

mari sama2 kita berbangga dengan sikap keji kita semua sekarang ni.

p/s: tapi gua tetap think positive. awek R tu nak 'bermanja2' dengan gua dengan cara bungkus hadiah gua dekat 40 minit. what the R?

Friday, June 4, 2010

16 pelajar sekolah di terengganu hamil anak luar nikah.

wahhhhhhhhh....mantap ah kamoo.

pendidikan seks tak diajar pun di sekolah, kamu dah tahu macam mana nak buat ye...

err betul ke tak diajar? yg subjek sains tingkatan 3 bab 3 tu kan ada ajar sikit...

ooooooo...tu yang korang terus praktis ek?

haishhh!!!

p/s: jom kita kawen kawan2!!!
hidup bujangku tinggal 35 hari sahaja lagi ;)

Wednesday, June 2, 2010

lu jangan kecik hati sangat, blog2 otai semua memang macam ni.

ye semua gua dah buang.

semua sampah2 kat sidebar tu gua dah kasi clear.

blog takdela otai mana, tapi gua buat2 cam otai gitu.

gua nak gak merasa glemer cam red mummy. (read: SHIT)

so from now on u all can call me 'the BALCK PUPPY' (tertypo 'black' tu, tapi gua rasa cool lak kalau eja macam tu)

Tuesday, June 1, 2010

yeah! kad kahwinku dah siap!


amacam...kacak tak?

p/s: sahabat2 yang dah bagi alamat tu nanti gua pos ye...

Monday, May 31, 2010

umaigudnessssssss!!

kesian kat kerusi aku kat opis KL.

baru sehari menikmati bau2 kentutku, sudah mahu ditinggalkan kembali..

next stop: CPOC, offshore Kota Bharu.

c u there ;)

Sunday, May 30, 2010

smpena cuti wesak ni, semua orang balik kg, lu janganla pecah masuk umah orang!

umah makcik gua kena pecah masuk.

dia duduk area damansara damai.

kejadian disyaki baru je berlaku seperti malam tadi. (sabtu malam ahad)

si penjahat ni masuk ikut pintu depan gua cakap sama lu.

dah solex jadah semua dia boleh bukak.

pintu depan tu ada tiga kunci.

solex untuk gril, kunci gril n kunci pintu yang sebelah dalam.

yang solex tu dia leraikan (ada kesan2nya)

yang kunci gril tu dia umpil.

yang kunci pintu belah dalam tu macam dia guna master key.

antara barang2 yang hilang: laptop, kamera n barang kemas

tapi yang paling tak bley blah, lukisan bodoh (gambar tulang ikan) yang makcik gua gantung kat dinding pun dia rembat.

oh, pencuri ni pun ada nilai2 seni ya.

sape2 yang nampak ada malaun lelong lukisan bodoh kat e-bay ke hape, lu roger sama gua k.



Thursday, May 27, 2010

iyahoooooooooooooooooooooooo!!!

yeah! keje kat JB setel ahernya setelah sebulan berhempas-pulas..

boleh balik KL, basuh rumah..

;)


Tuesday, May 25, 2010

25 MAY 2010

intai gadis lalu tingkap,

yeyeah, tak lama lagi nak world cup!

;)

Monday, May 24, 2010

want cha!

sabar2...

46 days to go!!!

"aku terima..."

malam pertama...

aku tido dengan nyenyak sekali di atas katil pengantin itu...

penat gile beb selepas seharian jom-jom-ronda-ipoh...

dari jusco, ke ipoh parade, ke riamoda n last sekali ke greentown mall...

last2 aku cakap...
"yang, serius abg dah tak larat.. kaki lenguh dah. bulan depan kita cari lagi ye"

dia sangat memahami, terus mengajak ku pulang..

tinggal sikit je lagi barang nak dicari..

lagi dua minggu target mahu ke habib di penang or poh kong di ipoh sahaja ;)

p/s: err...22-mei, malam pertama aku tido di rumah beliau (tapi bukan bersama beliau lagi ye...sabar2..hehe)

geng, nak mintak alamat korang semua...
nak bagi kad raya...
please n please mailto: enfaizulpaijan@gmail.com
sape tanak bagi, i tanak kawan ;(

Friday, May 21, 2010

takpe. dia ajak minum je pun...

situasinye: baru pas makan kat kedai nasi kandar terhebat di pantai remis

gua n cik tunang dah angkat punggung nak blah.
cik tunang berjalan dulu di hadapan gua.
dari belakang gua nampak adalah sorang en.PAKCIK tersenyum2 kat cik tunang gua.
gua ingat dia kenal dgn cik tunang gua tu.
tapi gua tengok selambe je pulak cik tunang terus keluar dari kedai tanpa menegur en.PAKCIK itu.

gua pun polo kuar dari kedai n menuju ke beliau.
gua tanya sape tu. kenal ke dia kat en.PAKCIK tu.
cik tunang cakap
"mana kenal. tetiba je dia ajak minum sama"
"err tak kenal? hmm takpelah. baru menang nombor la tu. banyak duit lebih nak belanja tunang orang minum2"

SEMALAM YANG HANGAT! (OH KEMBALI BERULANG...)

camni gua kerja dengan cina lagi baikla...

melayu ni tak habis2 dengan P.H.D nya..

oh sedih!

p/s: lu tengok gua punya game plan pulak lepas ni.

Wednesday, May 19, 2010

LU TUNJUK JARI TENGAH LU KENAPA? ANU LU KONTOT SANGAT KE MALU NAK TUNJUK?

situasi: lagi 15meter menuju ke gate touch n go.

tiba2 kereta gua dipotong serta di'pancung' oleh 'si-anu-kontot' yang bedebah itu.

gua bagi high-beam sebanyak berikut:

kali ke-1: gua!

kali ke-2: benci!

kali ke-3: perangai!

kali ke-4: lu!

arakian, si-anu-kontot mengeluarkan tangan kanannya lantas menunjukkan isyarat jari tengahnya yang bermaksud:

"gua tunjuk jari tengah gua ni sebab gua malu nak tunjuk anu gua yang pendek!"

lantas, gua bagi lagi high beam (agak lama sikit) yang gua maksudkan seperti berikut:

"booooo!!! anu kontot ada berani mahu berlaku kurang ajar di jalan raya!"

p/s: sedih? tak guna. kita dah diajar dan dididik untuk tidak menghormati orang lain di jalan raya. membazir sungguh didirikan sekolah memandu.

p/s: pepatah melayu lama ada mengatakan, 'biarlah anu kontot, budi bahasa tinggi sekali'

Monday, May 17, 2010

GILE GANAS AWEK NIH!!

ni ha awek ganas yang gua nak sound.

5.30am kena tangkap khalwat.

pastu..

9.00am balik rumah kena basuh kete ayah (kena denda sebab balik lewat malam semalam)

pastu..

polis datang tangkap balik...

----------------------------------------------

gua saspek la sama lu gadis (gadis lagi ke)..?

gua dah terbayang dah lu ni macam angelina juling.

dahlah kena tangkap khalwat.
pastu lu boleh merangkak kat vent duct untuk lari.
pastu lu curik kete pihak berkuasa.
lu layan syabu lagi.


dah macam cite holiwud la pulak..

paling tak boleh blah, endingnya lu tetap kena tangkap time basuh kete ayah kat rumah..

HUA HUA...

p/s: jom 1Malaysia say taknak kat KHALWAT. ( err korang pernah dengar istilah KAHWIN tak?)

Saturday, May 15, 2010

malaysia kalah piala thomas? macam tak rasa pape pun

takziah.

kesian pada rakan2 yang sokong bagai nak rak.

game semalam gua tengok gak kat mamak.

bila chong wei (kalau tanak panggil datuk boleh tak) dapat je poin, gua teriak girang.
(tapi macam gua sorang2 je yang emosi lebihan.haha)

bile dia kalah, gua terus mintak diri blah nak balik kg.

gua sokong ala kadar je.
ntah nape gua rasa memang macam tak boleh menang je dah.

takpela, nanti kalau menang, kena panggil tan sri la pulak.

TAN SRI LEE CHONG leh..

p/s: kalau lah indon tuan rumah, n lawan lak dengan indon, gua rasa klindan tu semua dah kena baling dengan botol dah.

Friday, May 14, 2010

wei mangkuk! lu janganla potong2 line..

gua emosi betul dengar emosi pagi di SINAR pagi tadi...

cite pasal ada satu MANGKUK tu potong line kat parking..

macam ni..
ada sorang acik tu dah tunggu satu kete mahu keluar dari parking..
tunggu punya tunggu kete tu pun kuar.
acik tu dengan hati yang berbunga dah tak sabar nak masuk tempat parking tu.
tapi!
belum pun sempat dia masuk, ada satu kete telah secara tiba2 cilok masuk ke tempat parking tu.
pasti acik tu p la cakap baik2 kat MANGKUK tu.
tapi sebab dah nama pun MANGKUK, mana dia ada telinga nak dengar. dia buat bodohhh jek! (dah memang bodoh pun)
sian acik tu, dia pun mengalah lah...

-----------------------------------------------------

huh!
peristiwa macam tu pernah berlaku kat aku, cuma ending dia lain sikit la..
aku sound balik minah yang cilok tu suruh kuar sebab aku dah lama tunggu.
hak aku kan, tak salah aku sound orang yang tak reti nak hormat orang lain ni.
minah tak minah.
lu LISA SURIHANI pun gua tetap halau lu suruh lu kuar.
muakakka.

------------------------------------------------------

so,
korang janganlah sesekali jadi MANGKUK k...
kalau dah nampak ada orang tunggu kat satu parking tu, korang p la cari lain..
janganlah nak amalkan budaya mangkuk yang kebanyakkan rakyat mesia amalkan la ni.

OKEH????

loger n out!

Thursday, May 13, 2010

WORLD CUP 2010 (countdown)








world cup lagi 30hari je weh!!!!

ARE YU READI worldcuppers sekalian???

teringat edisi dulu, tahun 2006. aku blaja pun tak abes lagi time tuh..

la ni 2010, da nak kawen pun.

agak2 malam pas nikah nanti kalau aku ajak pak mentua nonton semifinal world cup sesama dia ok tak eh...

tahun ni gua bajet arsenal layak ke final.
world cup dialog antara aku dengan boss aku aritu:
"bos tak minat bola?? kurang sifat kelakian boss tu..haha"

Wednesday, May 12, 2010

RM3.25 SAHAJA!!!

tu nilai akunye nuffnang sekarang?
geng, lu ada tips2 nak bagi angka tu cepat2 jadik RM1000 tak?
gua dah terdesak ni, gua nak beli cincin kahwin ni!
huhuhuhuhu....
tolongggg ~~~~~~~~

Tuesday, May 11, 2010

konflik di tempat kerja (semalam yang hangat!)

erm takpela.
gua simpan dalam hati je. (bikin sakit kepala)
gua nak hepi2 la pulak. (hati riang)
ooooooooooooooooooo yeahhh!!
;)

keyword: hydrojetting

Monday, May 10, 2010

aturcara sakit perut dan sakit kepala selepas makan ubat sakit perut

khamis 6/5
9mlm - cancel naik bas. absy bawak p klinik penawar pasir gudang. nurse? 2.5 bintang je, so bertambah sakit perut aku ;(
10mlm - makan ubat
11mlm - sambung sakit perut sampai sok pagi.

jumaat 7/5
7pg - bgn pg kepala sakit gile la plak
8pg - naik bas ke lumut sambil sekali sekala sakit perut berselang seli sakit kepala.
6ptg - sampai lumut.
7pm - xxxxxxx
9mlm - makan ubat n tido umah jo.

sabtu 8/5
7pg - bgn pg n kepala sakit gile lagi.
9pg - breakfast dgn cik fiancee n ter'breakfast' dengan bos lama iaitu cik hamsan.(sempat lobi projek..kekeke)
11pg - sampai rumah cik fiancee dengan kemachoan 25% sebab sakit kepala makin dahsyat.
12.35-2.35ptg - tido di rumah cik fiancee bagi melegakan sakit kepala yang amat sangat sambil kemachoan merudum ke 0%!!
4.30ptg - jumpa tok kadi. tok kadi soh kahwin sebulan awal! (oh mcm paham2 je beliau yg i dah tak tahan..muahaha)
8mlm - bertolak semula ke jb sambil beberapa misi tercapai dan belum dicapai:

(seharian tanak makan ubat dah? - berjaya)
jumpa tok kadi n hantar borang nikah? - berjaya
bagi bahan nak buat baju? - berjaya
soping di ipoh? - tidak berjaya
melepaskan kerinduan? - ehem2... ;p

Sunday, May 9, 2010

patut tembak ke tak patut?

aku rasa patut tembak je.

kalau budak2 tu jenis dengar kata takdenye diorang nak cari pasal dengan polis.
or takdenye diorang nak keluar tak tentu hala pada waktu pagi2 buta.
kalau dah pagi2 buta korang ada kat luar, korang buat apa tu?
baru balik keje?
or baru lepas kenduri anak2 gadis orang?
aku tak percaya korang on the way nak wat qiamullail kat masjid or surau2.

youth curfew perlu gak aku rasa.
ni muda2 perangai dah macam setan.
sok dah besar nak jadi apa?

tapi pepehal pun polis kena ikut SOP.
bukan senang2 nak tembak orang setahu aku.

p/s: gua selamba sound mat rempit yang tengah wheely supaya turunkan moto diorang. tahu lak takut korang ye. pastu slowkan moto tengok sapa yg sound diorang. gua pun takut gak, tapi gua sound baik2 "bahaya beb lu buat macam tu" (sambil muka wat senyum manis gile..kekeke)

al-fatihah kepada arwah aminulrasyid..

Thursday, May 6, 2010

sakit perut. burn tiket. misi tetap diteruskan (esok pagi) ) ;)

sekarang dah jam 9.35mlm
sepatutnya pukul 9mlm tadi aku naik bas menuju ke lumut.
tapi satu hari ni aku sakit perut gile babun.
tak larat seh nak naik bus.
takut termuntah2 je nanti.

tapi yang hampehnya tiket tu aku tak boleh nak tukar tarikh la pulak.
terbang rm60 aku gitu je.
;((

ayg.
sabar ye.
esok pagi abg janji abg akan beli tiket paling awal sekali yang ada.
harap2 kesakitan perut akan hilang.
nak ilang macam mana, ubat pun tak makan lagi.

misi aku nak ke lumut kena diteruskan kerana aku kena submit jugak borang nak nikah tu hujung minggu ni.
kalau tak, tak tahulah bile leh submit kerana aku dijadualkan akan menghabiskan bulan may ini outstation di jb.
penatnyerrrrrrrrrr ;((((

tatapi pics2 time keje aku kat bawah ni.. ;)

(nantila aku upload..haha)

Wednesday, May 5, 2010

bahaya memandu semasa dan selepas hujan

lokasi: still in JB ;(
next schedule: sok p lumut! oyeah2X!

--------------------------------------------------------

al-fatihah..
kepada rakan blogger kita (bro hisyam) yang telah pergi meninggalkan kita secara tiba2...
sedih kan? ;(
arini kita masih ada umur.
esok lusa tak tahu lagi..
kematian datang tanpa ada amaran...
dari itu marilah kita sama2 sentiasa bertaubat, perbanyakkan amalan

kawan2, ampunkan dosa2ku jika aku pergi dahulu ya.....

dapat tahu berita tu memula melalui blog si luffy...
pastu tengok blog2 membe lain pun ada update pasal tu...
marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah ye...

aku tak pernah pun jumpa arwah.
tapi dari cerita kawan2 di blog arwah ni baik n disayangi ramai orang...

tadi masa baca metro pun ada kuar berita tu kat page no.3 lagi.
yang lebih buat aku terasa ialah kematiannya iaitu eksiden di waktu hujan lebat.

aku dapat membayangkan apa yang berlaku kat kereta arwah.
mungkin arwah telah gagal mengawal kenderaannya lantas bertembung dengan kenderaan lain..

------------------------------------------------------------

sebenarnya driving time hujan ni AMAT2LAH BERBAHAYA tahu...
dalam bulan lepas sebenarnya aku telah mengalami satu peristiwa paling ngeri dalam sejarah pemanduan kereta seumur hidup aku.

ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke KL setelah berkasih2han dengan cik fiancee di lumut(perlukah aku mention ini?hehe.gedik je)
oleh kerana nak spend lebih masa dengan beliau, aku hanya pulang ke KL semula pada subuh hari pagi isnin.
pukul 3.30 pagi aku bertolak dari lumut. hujan lebat gile time tu.
aku lalu 'jalan dalam' melalui route ini: lumut-teluk intan-hutan melintang-sabak bernam-tanjung karang-kuala selangor-klang dan kl.
masa tu dah pukul 5 pagi. aku dah sampai kat tanjung karang lebih kurang.
hujan dah berhenti tapi jalan masih basah.
sampai satu tempat yang misteri itu, kereta aku melanggar satu takungan air kat tengah2 jalan.
tayar kereta aku terasa macam berhayun sedikit.
aku mengeraskan tangan di stereng tanpa memijak brek.
tapi kereta aku masih terasa macam berhayun lagi.
oleh kerana panik, aku telah memijak brek.

yes. itu adalah kesilapan aku yang amat besar.
akibatnya kereta aku berpusing sebanyak 180 darjah sehingga bertukar arah ke lumut semula.
dahlah terpusing pastu termasuk lane yang sebelah sana pulak!
nasib baik masa tu takde kereta di lane yang bertentangan tu.
kalau ada, tak tahulah nasib aku macam mana ;(
bila dah terpusing 180 darjah tu, kereta aku still bergerak secara mengundur akibat dari momentum.
aku pijak brek sekuatnya sambil menunggu masa kereta masuk longkang. (aku perasan ada longkang kat tepi jalan tu)
alhamdulillah kereta aku terberhenti setelah system brek ABS teraktif akibat dari tindakan aku memijak brek dengan kuat.
syukur sangat time tu.
pastu cepat2 aku start semula kereta dan masuk semula ke lorong arah ke kl sebab nak cover malu sebelum kereta2 kat belakang yang aku dah potong tadi, potong aku semula..
hehehe

aku bawak taklah laju mana, 100km/h je pun.
tapi sebab jalan ada takungan air, ditambah2 lagi dengan tayar kereta aku yang dah sedikit botak dannnn aku memijak brek maka situasi mengerikan itu pun berlaku....
pastu terus je aku bawak 60 km/h sampaila ke kl...
takut sehhhh ;((((

-----------------------------------------------------------

sebab tu esok aku nak p lumut just naik bas je.
lagipun tayar kereta yang botak tu tak tukar lagi.
bearing tayar pun dah mintak ganti.
semua kena hold dulu beb sebab aku nak bayar duit muka masuk rumah sewa baru bulan ni...
banyakknyee nak pakai duit...;((
barang2 hantaran pun tak sipa beli lagi.

ni sok nak p perak just 2hari je.
jumaat n sabtu.
nak p jumpa tok kadi yang akan menikahkan kami nanti.
takutnye lahai..huhu
teringat masa peristiwa aku temankan membe aku p jumpa tok ndak dulu.
terketar2 beb.
sampai hukum bagi salam pun boleh lupa.
huhuhu
;)

------------------------------------------------------

oklah geng.
gua nak balik kg ni.
sian mak gua sorang je kat umah tu.

abg bas, sok bawak bas hati2 yek.

geng blogger, sori tak sempat reply komen korang..thanks ye komen. nanti kalau sempat aku reply n jengah blog korang ;)

salam...

Thursday, April 29, 2010

peraduan dimana blog SHARAMLI?

sape tahu kat mana sila bagi tahu kat aku boleh tak?

blog dia tak best pun, tapi aku nak gak kutuk2 ckit kat blog dia.

hadiah takde!!
ckit-ckit nak hadiah.
ckit-ckit nak hadiah!

rasuah tu tahu tak..

jom kita benci rasuah ;)

Tuesday, April 27, 2010

thanks guys sudi singgah!!!

sori aku buzy lately...
ada training di singapore seminggu...
so otomatiknye tak dapat blogwalking...
bz banget dehhh!!
aduh!!!

love u all!!!


keputusan kontes wish beday:
takde sape menang coz pengewish tak sampai 29 org pun ;(
pepehal thanks ya all!!

the fiancee
the boss
orga
kecik
aween
bob
azwa
fmd
yazid sulaiman
fadly dalham
syariza sizali
dik bi
zahiah samad
muz moja
zayree sardin
sham fauzi
siti nurul baizura
nurul wahida dalham
cikgu zuriyal haneem
amir zubir
meiji


blogers:
milimilo
hudaluna
akmar anuar
anis
risanur
kapten
daisy
nunu eera
syeeda
azuan
solehah
nurul harun

ni listnye:


Sunday, April 25, 2010

thanks to EMAK....29 years ago..

alhamdulillah...
bersyukur ke hadratNya, genap hari ini aku telah mencapai usia 29 tahun..
moga cabaran di hari mendatang dapat ditempuhi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan..
insyaallah...

terima kasih tak terhingga diucapkan kepada EMAK yang telah bersusah-payah melahirkan saya dua-puluh- sembilan-tahun yang lepas...

p/s: menikmati saat2 indah 29 tahun di kampung sekarang.

------------------------------------------------------------

kalau dah sambut birthday mesti ramai yang nak wish kan?
so bloggers,
sempena hari kelahiran ini, pengewish yang ke 29 akan mendapat hadiah yang diwar2kan di entry ini..
gud luck to ya alll ;)

p/s: sesapa nak bagi hadiah bday kat aku, boleh jama' sekali untuk hadiah kawen nanti (bulan 7 akan datang) ;)

thanks to EMAK....29 years ago..

alhamdulillah...
bersyukur ke hadratNya, genap hari ini aku telah mencapai usia 29 tahun..
moga cabaran di hari mendatang dapat ditempuhi dengan penuh keimanan dan ketaqwaan..
insyaallah...

terima kasih tak terhingga diucapkan kepada EMAK yang telah bersusah-payah melahirkan saya dua-puluh- sembilan-tahun yang lepas...

p/s: menikmati saat2 indah 29 tahun di kampung sekarang.

------------------------------------------------------------

bloggers,

Thursday, April 22, 2010

mcm mane nak pujuk pompuan yang merajuk?

serius aku fail bab ni....

selepas perselisihan kecil...

abg: "ayg sayang abg tak...?"
ayg: "tak.."
abg: "eh, nape tak ni ayg?"
ayg: "sebab taklah"
abg; "ermm ok. ayg pegi tidolah"

ada jual tak buku bertajuk PANDUAN MEMUJUK WANITA YANG MERAJUK....?
nak beli 18.

Wednesday, April 21, 2010

sape ada bisnes design or ambik tempahan kad kahwin??


ye betul.
kad kahwin aku tak ditempah lagi...

demi masa, aku memang tak sempat.

so sesapa yang ada bisnes ni aku ingat nak tempah kat korangla.
bukan pe.
kalau tempah kat kedai mahunye sebulan lebih baru siap.
kalau tempah kat korang mungkin boleh cepat sikit kan?
plus ada diskaun lagi..hehe

n satu lagi masalah aku, aku tak reti nak pilih mana satu design yang aku berkenan.
semua cantik2 lah..hahaha

so aku nak tanya korang ni.
kad ni ok tak?




pink n bunga2 gitu..
wakaka.
tapi aku tanya siyes ni. ok tak?
sape betul dapat kad free nanti.

Tuesday, April 20, 2010

2010 ialah tahun membiak!


baru je baca status k.life kat pesbuk.
dapat baby dah dia.
tahniah wei! update blog cepat!
patutlah sunyi je blog dia skrg...
13 april baby dia lahir...BOY

baby bulat 17 april..BOY
baby member aku lagi sorang si fuad lahir 29 march. BOY
semalam (19 april), bakal abg ipar aku dapat anak sulung... BOY

wahhhhhh semua baby-baby boy yang comel mahu keluar di bulan april!

anda tahu mengapa???

mungkin sebab diorang nak tiru idola diorang yang lahir pada 25 APRIL...

ha.
ada 5 hari lagi.
lu all jangan nak lari.
p beli hadiah cepat n pos kat gua!

sempena beday gua yang nak mendatang, gua ingat nak buat satu kontes la.
saje2 nak syok sendiri..wakaka.
hadiahnye ni:

fridge magnet khas gua rembat kat texas.

kontesnye nanti. lu tunggu gua istiharkan.

Monday, April 19, 2010

anak-anak emas sekarang dah malas nak update blog, nak ambil anak ikan tak mampu ;(

gua perhatikan anak-anak emas gua sekarang sudah mula bermalasan mengapdet blog.
ah itu sindrom biasa barangkali.
mentang2lah lu baru je jumpa n kenal ramai blogger, tetiba rajin lak lu ye...

-------------------------------------------------------------

si kuntet dan si kuceng hitam.
(kalau penakut jangan baca!!!kisah betul ni)

kuntet(bukan nama sebenar.kalau gua tak cakap, lu pun tahu kan) ni opismate gua.
pada minggu yang misteri itu, kuntet telah diarahkan untuk turun berstesen-luar di JB.
dengan hati yang berat, kuntet pergi jugak ke JB.
arahan bos beb, kenalah patuh kan.

bukan pe, time tu tengah bulan..
biasala.. sengkek sikit beb..
tak bestla kalau boss suruh p memana waktu tu..
sebab pepehal kena guna duit sendiri dulu, hujung bulan baru leh claim balik.

dan disebabkan kesengkekan itulah yang membuatkan si kuntet terpaksa tidur je di opis cawangan JB pada malam yang misteri itu..

lebih kurang jam 1 pagi, kuntet terjaga dari perbaringan...
beliau nak menunaikan hajat rupa2nya...
semasa kuntet masuk ke dalam stor yang telah dijadikan bilik persalinan sementara untuk mengambil towel, kuntet terperasan akan seekor kuceng hitam yang sedang duduk diatas meja dengan gaya seekor kuceng hitam yang sedang duduk diatas meja.

dalam kemamaian, kuntet menghalau kucing hitam itu kerana kuntet tak berapa gemar akan kucing.
tapi kucing tu buat dekkkk je.
mungkin kucing itu tak faham akan apa yang dimaksudkan oleh kuntet fikir kuntet dalam benak hatinya yang mamai.

kuntet berpaling untuk mengambil towel yang tersidai di atas kerusi.
semasa menoleh semula ke arah kucing itu, (tegak bulu roma gua sekarang ni dowhhh) kuntet sangat terkejut sebab kucing hitam itu sudah tiada!!

kuntet tak berpuas hati!!
fikirnya kucing itu mahu bermain sorok2 barangkali..
habis satu opis digeledahnya untuk mencari kucing hitam itu.
tercabar keegoan si kuntet kerana gagal mencari kuceng hitam itu.

setelah beberapa minit mencari.
baru kuntet perasan yang semua pintu dan tingkap di opis tu tertutup rapat.
bagaimana kucing hitam itu boleh masuk ke dalam?
kuntet dah cuak.
oleh sebab dah cuak, kuntet pun sambung tidur kembali untuk melupakan misteri kucing hitam itu.

sekian.
jangan biar hidup anda dikelilingi misteri..kekeke

------------------------------------------------------------

pepehal terima kasih kat kuntet sebab lu dah buat gua rasa seram je ni.
dahlah lepas ni gua nak pindah duk sorang2 je..

so sesape nak sewa bilik kat rumah gua (area serdang lama) selama 2bulan ni sebelum gua kawen, gua bagi rege murah2 je..
lu miskol gua k.

Sunday, April 18, 2010

demam2 pun gua pi lawat gak anak membe gua yang baru sehari terjah dunia ni.


perghhhhhhhhhhh.....
tak larat betul lepas balik dari TS semalam...
malam tu gua 'pengsan'...
bangun pagi hidung dah beku....

tapi petang tadi sempat gak gua kuar p tengok baby member gua yang baru berusia sehari...
bangga gua dengan member gua ni.
anak dah 2orang pun..
anak gua?
cam bese, belum disenyawakan lagi...

masa dapat pegang baby tu yang paling seronot sekali.
seronot campur cuak gak sebenarnye beb...
ringan je dia.huhu...

gua ingat gua nak azankan lagi baby tu..
tapi takut kena marah lak dengan member gua..

gua nak gak prektis.
azan kat telinga kanan baby, n
qamat kat telinga kiri beliau..
pastu 'tahnik' kan baby..
iaitu bagi kunyahan kurma/manisan kat bibir baby untuk simbol pecah mulut beliau..

oyeah2. dah boleh kawen ni...

gaya YB memberi hamper demi meraih undian pada pilihanraya...
cam tak ikhlas je tunjuk pic..haha


best wooo pegang..tak sabar nak dapat 8..;p


ada gaya bapak tak?


cambest je PUSRAWI ni..nanti nak 'wife' gua deliver kat sini jugaklah..cet. kawen pun tak lagi.


berat 2955 grams tuuuuu....sedang2 la tu..


PUSRAWI lagi..rm90/night only..
cost deliver dalam rm1500 to rm2500

ada banyak ayat2 suci..tenang baby insyaallah..


'the bapak'...tahniah BULAT!


tenang je 'dia'..(nama belum ada lagi)


amacam?ada rasa2 nak kawen tak? ;)














-------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE!!!!!!!!!!

sebenarnye kat bawah2 pic tu ada je penerangan/pendapat aku untuk setiap pic.
tapi macam mana ntah boleh tersama pulak dengan background kaler...
tak dapek den nak nolong...

n for info, baby yang diatas tu adalah adik kepada awek comel yang gua dokong dalam entri ini...
rindu pulak kat aqilah humairah..
dah besar dah sekarang dia...ramai orang ngurat.


Saturday, April 17, 2010

ada apa dengan GATSBY blogger gathering di TIMES SQUARE?

ada ramai awek(ini no 1! hehe)

ada ramai kawan blogger.

ada jejaka kacak apat. (pujian tak ikhlas sebab beliau dah heret gua p sini)
ada adik manis sara.
ada adik pendiam azuan.
ada adik arab huda.

ada ramai lagi.

tapi yang gua tak bley blah.....

ada hati yang PUNAHHHH tak dapat blackberry, ferrari, wii, i-phone, dan amoi comeyyy!!!!

tapi ingatlah.
setaklucky2 gua, tak lucky lagi apat!
haha.

p/s: mana pi cable camera gua?gua tak bleh nak aplod gambar bagai ni!

Thursday, April 15, 2010

lu boleh nampak hantu tak?

tadi gua dgn membe gua p usha satu rumah...
rumah sebelah tu kosong..

on the way balik..
aku nampak membe gua tu tgah baca2 n macam menghalau benda.

dia cakap ada benda nak polo dia balik.
n dia cakap hantu kat rumah kosong tu say 'hello' kat dia..

humangaih..soram den..dahla malam jemahat ni.

Tuesday, April 13, 2010

pengajaran, pembelajaran dan juga pembalasan

ye. bab jalan raya memang gua skema.
gua ikut 98% peraturan jalan raya di malaysia.

tapi hantu mana ntah yang rasuk gua malam ni, gua p parking kat tepi jalan ampang. tempat yang tak boleh parking.

niat gua nak parking kejap je, nak p belikan nasi untuk membe gua kat pelita.

sekali mamak tu buat nasi goreng pun lambat. mungkin ramai orang.

gua balik kat kete tengok macam ada kertas sangkut kat wiper kete gua.
gua buat tak tahu.
sampai kat traffic light, gua tak sedap hati.
gua keluar dari kete n tengok surat apa kat wiper kete gua tu.
aduyaiii. rerupanya surat saman parking kat tepi jalan.
saman polis pulak tu.

apalah malang nasib gua.

baru je hari ini hati gua tengah berkira2 mengenai sikap pemandu malaysia yang suka melakukan kesalahan jalan raya seperti memotong barisan.
salah ke diorang sebab nak cepattttt je.
gua baru je nak terpikir diorang tak salah kot.sebab dah semua buat kan.
baik si kancil mahu pun si nissan fairlady.

nah ambik kau. kalau tak salah takdenye polis nak saman gua kan?
peraturan tetap peraturan.
lu tak boleh potong barisan.
lu tak boleh parking merata.

gua betul2 taubat.
baru je nak belajar2 langgar peraturan jalan raya..eceh ;p

balik rumah gua kena sekolah pulak dengan si kecik.
sebab sikit hari tu gua mati2 pesan kat dia jangan parking merata. salah.
tapi arini gua lak yang kena.
hahaha.
jom gelak ramai2 ketawakan gua.
HAHAHAHA.
takpe arini gua bagi can kat lu all.

bile Kecik tanya rege nasik dia tu, gua jawab macam ni...
"rege dia rm 305.50..termasuk duit saman.."
amik kau! gua marked-up 5000%!!!

-----------------------------------------------------------

oh ye gua nak tambah lagi...
gua nampak polis yang saman gua tu langgar lampu kuning kat traffic light depan mata gua!
gile berbulu ketiak gua!
baru je gua nak menanam niat suci nak p bayar saman esok sambil menangis tersedu2 menyatakan kekesalan..
ok gua tak langgar lampu kuning tu.
bila dah hijau, gua jalan n nampak pakcik polis tu sibuk saman orang lagi.
mahu je gua benti n sound..."encik, bak sini satu surat saman. saya nak saman encik sebab langgar lampu kuning"

agak-agak kalau gua buat macam tu tadi apa akibatnye eh?

Sunday, April 11, 2010

siri bercakap dengan blogspot

arini gua p jumpa membe lama gua time belajar dulu..
banyak benda baik kami bincangkan.
almaklumlah dah dekat 4tahun tak berjumpa.
dia pun dah ada sorang anak comel cam cina.
anak gua? masih belum disenyawakan lagi..

so banyak petua berguna pasal perkahwinan gua dah cilok dari dia.
free of charge..
gua tak payah bayar duit konsultansi pun.
itulah guna member.

sebelum balik dia ada promote blog dia...(err blog wife dia kot)
menarik.menatap.
lu all follow lah, gua tak ambik komisen.
just tolong2 member.

gua sombong dengan lu blog..gua mintak maaf blog..gua tak berniat begitu goblog.

mungkin kebetulan.
ye kebetulan.
lu refer balik kat entry ini..

malam tu pes time gua p berdating..eh bukan!
pes time gua keluar dengan beliau dengan ditemani kawan beliau...
kami tengok cite es age tu..
gua bantai gelak tak kontrol macho kat sebelah awek yg baru pes time kuar dengan gua..

setahun selepas 10-07-2009, insyaAllah kami akan disatukan...
insyaAllah...lu doakanlah..doa lu semua makbul beb..

lu semua dah kumpul duit belum?
kalau takde tibi plasma lu jangan datang majlis gua.
gua halau balik karang!
muahaha.

pis.




Friday, April 9, 2010

beli rumah

gua p usha satu rumah tadi.
rumah tu ada penyewa sekarang nih.
minah tu claim dia duduk sorang2 je.
tapi bile gua masuk, gua nampak ada guitar n songkok.

lu rasa apa bai?

gua tak jadi beli.

Sunday, March 28, 2010

ye mereka nasrani, mereka yahudi...tapi adab sopan mereka di jalan raya adalah lebih mulia dari melayu islam 1malaysia..

analisa gua terhadap mereka:

1. memberi signal bila nak membelok.
2. memberi signal bila nak menukar 'lane'.
3. berhenti 100% di isyarat yang tertulis 'STOP'..di simpang2 yang takde lampu isyarat. berhenti-lihat-teruskan
4. memberi keutamaan kepada kenderaan lain yang tiba dulu di simpang..
5. memberi keutamaan kepada pejalan kaki. berhenti bila ada pejalan kaki nak melintas.
6. suka beratur..suka sangat2!
7. perlahankan kenderaan apabila kenderaan di hadapan memberi signal nak masuk lane or wateva!

analisa gua terhadap 1malaysia:

1. kereta kebanyakkannya signal rosak..notably kete2 baru or kete2 mewah..
2. tukar lane sesuka hati..anggap orang lain tak perasan kete dia.
3. tidak berhenti di isyarat BERHENTI. just perlahankan kenderaan, tapi jangan sampai kenderaan benar2 berhenti, then terus accelerate...perlahan-lihat-terus tekan minyak(terutama kalau ada kenderaan lain)
4. tak beri peluang langsung kat orang lain!
5. kalau ada pejalan kaki, laju je!
6. suka memotong barisan. suka sangat2! terutama lorong kecemasan.
7. makin tekan minyak kalau kenderaan lain bagi signal nak tukar/masuk lane. macam h*r*m!

kesimpulan gua: negara kita takkan maju selagi mentaliti sebenar rakyat kita di jalanraya masih macam kambeng! jangan kat depan orang je berlemah-lembut, berbudi-bahasa, ayu-sopan..tapi bila di jalanraya, perangai cam kambeng! tak hormat orang lain.

bukan kat jalan raya je sebnenarnya..
semalam kat petronas, gua beratur tunggu turn nak byr duit minyak..
tetiba ada satu minah rempit ( tak cun pon!) potong gua n selamba je byr dulu..
lu ingat lu pompuan lu ada lesen jadi kambeng?
gua cakap 'err excuse me..'...dia buat tak tahu je..entahlah. dia tak faham BI kot..hahaha.

ginilah korang..
silalah amalkan gaya hidup BERATUR DI MANA JUA ANDA BERADA...
nanti lu nak masuk syurga pun kena beratur gak..tunggu turn beb!
lu potong barisan kat lorong kecemasan pun berdosa tau!
lu potong line kat econsave pun berdosa tau!
lu potong line kat mana jau pun gua kompem lu berdosa!
lu susahkan orang lain beb!

renung2kanlah dan selamat beramal...

apa kata anda?


Monday, March 8, 2010

live in USA


alhamdulillah setelah perjalanan lebih kurang 30 jam semuanya akhirnya selamat gua sampai ke destinasi yang gua nak tujui iaitu Sugar Land, Houston, Texas...

bertolak 3ptg sabtu (waktu malaysia)
sampai dalam jam 12mlm ahad (waktu malaysia)

(sampai kat airport houston tadi cepat2 call si dia. takut dia da tido je..hehehe.pastu baru tepon mak. takpe kan tepon tunang dulu??)


MH94 : KLIA-LA (transit jap kat taiwan.tak kuar mana pun. duk dalam epot je). total flying hour: kl-taipei 4jam. taipei-la 11.5jam.
AA2400: LA-Dallas. 3jam
AA3298 : Dallas - Houston. 1jam

tadi (ke semalam ek?haha) masa sampai kat LA..dalam pkl5ptg waktu LA...gua cepat je lepas imegresen. pastu tunggu membe gua kena random cek. gua tunggula kat satu seat tu. gua tetido..sesedar member gua dah naik atas.. nasib baik ada sorang pakcik omputeh tu kenal gua dan bagitau kat membe gua yang gua tengah tunggu dia kat dalam airport lagi..
dahla henpon gua tak boleh pakai. tak dapat line.LA bukan wilayah celcom rupanya..ni yang gua bersemangat kubar2 nak angkat ai-pon sebijik ni..huhu.henpon gua tak support line AT&T kat us ni..henpong murah la katakan ;(

tadi kat LA bapakla sejuk kan.. winter rupe2nye..gua ingat dah masuk spring..haduila..kot gua pakai dahla nipis je.. kenala lepak kat dalam bangunan je kan..kat luar sejuk sesangat..

pusing sana sini lebih kurang. usha minyak wangi nak buat hantaran..huhu.tapi tak beli lagi. nantila odw nak balik seinggah mula... beli kicen sebiji untuk tunang..then gua n membe gua terus p check-in flight nak p dallas..

sampai kat dallas...awal sangat..ada 2jam sebelum check-in flight nak p houston..
lepas ambik tiket n drop bag kitorang terus masuk terminal..gua nak tido..letih dohhh...
dapatla sejam gua lelap kat departure hall tu..penuh orang putih keliling, gua dah tak kira...
masuk kapal.
pas take-off je, gua sambung tido balik..
sempat gua terjaga n terkejut sebentar bila kapal tu macam langgar bonggol je..
gua gerun gak tapi gua fokus gua nak tido bagi elak rasa takut..huhu
dahsyat gak tau, sampai ada minah omputeh kat sebelah gua tu ucap HALLELUYAH..
huhu..fokus2 ke tido.
lepas 3jam n kapal dah nak mnedarat baru gua terjaga..huhu

------------------------------------------------------

ole-ole untuk kawan2....

hmmm..gua dengan murah hatinya nak bagi ole2 kat semua pembaca blog gua.
tak payah contest2..semua dah gua istiharkan menang.haha..
so kepada sape yang sudi nak la kan..
korang bagi alamat korang kat gua.
korang boleh:
bagi kat komen ni...atau
emel kat gua : enfaizulpaijan@gmail.com atau
ym gua: aku1f

jangan malu jangan segan.
cepat2!! sementara gua ada kat us lagi ni.
gua dijangka balik dalam 16hb nanti...

bentuk ole2 adalah keputusan muktamad gua.
resit gua makan kat sini boleh dianggap ole2 jugak kan?haha.
taklah. gua bagi betul2 ni.
tapi kat sape yang nak je la kan.
ok bagi alamat lu.

--------------------------------------


kat taiwan. masa transit.

kat LA..sebelum tido.

dlm train nk p terminal. kat dallas.

dlm flight dallas to houston. jet kecik je.






Friday, March 5, 2010

KL - LA - TEXAS...


sok flight gua jam 3ptg...
sampai pkl 5ptg waktu LA..
16jam seh...
sure jet lag punyelah...ayarkkk.

kampeni gua anta gua p training kat texas 2minggu lamanya..
doakan kejayaan gua k...

lap u all...


Thursday, March 4, 2010

ni fes time gua p karaoke


gua layan lagu ni...



ye betul gua layan lagu taylor swift..
muakakaka...
best pulak.


oh tapi sebelum tu gua layan lagu jumpa-pakcik-hussein.
ada gaya tak?



pastu tadi memember ajak gua karok lagi, n gua reply macam ni...
"..alamak..tunang gua tak suka gua p karok la.."
free2 gua jadi bahan diorang kat opis tadi..
takpe. yang penting gua sayang beliau...haha

Tuesday, March 2, 2010

mendapat hidayah menulis entri selepas membaca blog si luffy

weekend lepas gua pergi pulau pangkor...
destinasi lebih tepat ialah di teluk nipah (tempat feveret untuk orang mandi dan bersukan air)

tapi malang sekali.
malang sekali sebab area situ tengah direnovate secara besar-besaran.
abis semua gerai makan yang lama2 diruntuhkan.
hatta tempat nak berak pun dah dipindah.

tempat berak sementara didirikan.
tapi gua tak selera langsung nak berak kat situ.
last2 gua balik p berak kat jeti je.

err err moral of the entry adalah
'tempat paling best kat pulau pangkor tengah direnovate sekarang'...
dijangka siap pada bulan 11 nanti..

tu je gua nak sound ;)


Tuesday, February 23, 2010

avillion admiral cove, port dickson




gua tengah menghadiri kem motivasi satu department kat resort ni.

best gile ah.

kalau jadi port hanimun pon cara gak nih!!

bilik besar. cantik lagi. aircond sejuk. interior mantopp. (tapi tak best wifi takde. ni pun apdet blog pakai berukmakyeh)

tapi slack lak pemandangan bilik dia tak betul2 facing to the sea. ;( nampak sipi2 je..
lagi malang kalau dapat bilik yang menghadap blok bertentangan. nak tengok apa? orang beromen? cet!!

bajet untuk satu malam adalah rm180 to rm250 je..alah suruh la boss korang sponsor hanimun korang nanti..mesti mari!!haha

tengok ah pic aku cilok kat gugel ni.
cantik woooooooo.

memang best kat sini...ada marina untuk kapal2..jangan terjun lak kat situ..dalam woooooo...adala sampai 30-40 kaki.


marina... port untuk kapal2 mewah korang..rm1k sebulan sewa letak kapal kat sini..ada beran?


tu banglo 3 biji betul2 kat tepi laut...macam palm kat dubai tu...kalau mampu bolehlah sambar sebijik nanti...