Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Sunday, March 28, 2010

ye mereka nasrani, mereka yahudi...tapi adab sopan mereka di jalan raya adalah lebih mulia dari melayu islam 1malaysia..

analisa gua terhadap mereka:

1. memberi signal bila nak membelok.
2. memberi signal bila nak menukar 'lane'.
3. berhenti 100% di isyarat yang tertulis 'STOP'..di simpang2 yang takde lampu isyarat. berhenti-lihat-teruskan
4. memberi keutamaan kepada kenderaan lain yang tiba dulu di simpang..
5. memberi keutamaan kepada pejalan kaki. berhenti bila ada pejalan kaki nak melintas.
6. suka beratur..suka sangat2!
7. perlahankan kenderaan apabila kenderaan di hadapan memberi signal nak masuk lane or wateva!

analisa gua terhadap 1malaysia:

1. kereta kebanyakkannya signal rosak..notably kete2 baru or kete2 mewah..
2. tukar lane sesuka hati..anggap orang lain tak perasan kete dia.
3. tidak berhenti di isyarat BERHENTI. just perlahankan kenderaan, tapi jangan sampai kenderaan benar2 berhenti, then terus accelerate...perlahan-lihat-terus tekan minyak(terutama kalau ada kenderaan lain)
4. tak beri peluang langsung kat orang lain!
5. kalau ada pejalan kaki, laju je!
6. suka memotong barisan. suka sangat2! terutama lorong kecemasan.
7. makin tekan minyak kalau kenderaan lain bagi signal nak tukar/masuk lane. macam h*r*m!

kesimpulan gua: negara kita takkan maju selagi mentaliti sebenar rakyat kita di jalanraya masih macam kambeng! jangan kat depan orang je berlemah-lembut, berbudi-bahasa, ayu-sopan..tapi bila di jalanraya, perangai cam kambeng! tak hormat orang lain.

bukan kat jalan raya je sebnenarnya..
semalam kat petronas, gua beratur tunggu turn nak byr duit minyak..
tetiba ada satu minah rempit ( tak cun pon!) potong gua n selamba je byr dulu..
lu ingat lu pompuan lu ada lesen jadi kambeng?
gua cakap 'err excuse me..'...dia buat tak tahu je..entahlah. dia tak faham BI kot..hahaha.

ginilah korang..
silalah amalkan gaya hidup BERATUR DI MANA JUA ANDA BERADA...
nanti lu nak masuk syurga pun kena beratur gak..tunggu turn beb!
lu potong barisan kat lorong kecemasan pun berdosa tau!
lu potong line kat econsave pun berdosa tau!
lu potong line kat mana jau pun gua kompem lu berdosa!
lu susahkan orang lain beb!

renung2kanlah dan selamat beramal...

apa kata anda?


Monday, March 8, 2010

live in USA


alhamdulillah setelah perjalanan lebih kurang 30 jam semuanya akhirnya selamat gua sampai ke destinasi yang gua nak tujui iaitu Sugar Land, Houston, Texas...

bertolak 3ptg sabtu (waktu malaysia)
sampai dalam jam 12mlm ahad (waktu malaysia)

(sampai kat airport houston tadi cepat2 call si dia. takut dia da tido je..hehehe.pastu baru tepon mak. takpe kan tepon tunang dulu??)


MH94 : KLIA-LA (transit jap kat taiwan.tak kuar mana pun. duk dalam epot je). total flying hour: kl-taipei 4jam. taipei-la 11.5jam.
AA2400: LA-Dallas. 3jam
AA3298 : Dallas - Houston. 1jam

tadi (ke semalam ek?haha) masa sampai kat LA..dalam pkl5ptg waktu LA...gua cepat je lepas imegresen. pastu tunggu membe gua kena random cek. gua tunggula kat satu seat tu. gua tetido..sesedar member gua dah naik atas.. nasib baik ada sorang pakcik omputeh tu kenal gua dan bagitau kat membe gua yang gua tengah tunggu dia kat dalam airport lagi..
dahla henpon gua tak boleh pakai. tak dapat line.LA bukan wilayah celcom rupanya..ni yang gua bersemangat kubar2 nak angkat ai-pon sebijik ni..huhu.henpon gua tak support line AT&T kat us ni..henpong murah la katakan ;(

tadi kat LA bapakla sejuk kan.. winter rupe2nye..gua ingat dah masuk spring..haduila..kot gua pakai dahla nipis je.. kenala lepak kat dalam bangunan je kan..kat luar sejuk sesangat..

pusing sana sini lebih kurang. usha minyak wangi nak buat hantaran..huhu.tapi tak beli lagi. nantila odw nak balik seinggah mula... beli kicen sebiji untuk tunang..then gua n membe gua terus p check-in flight nak p dallas..

sampai kat dallas...awal sangat..ada 2jam sebelum check-in flight nak p houston..
lepas ambik tiket n drop bag kitorang terus masuk terminal..gua nak tido..letih dohhh...
dapatla sejam gua lelap kat departure hall tu..penuh orang putih keliling, gua dah tak kira...
masuk kapal.
pas take-off je, gua sambung tido balik..
sempat gua terjaga n terkejut sebentar bila kapal tu macam langgar bonggol je..
gua gerun gak tapi gua fokus gua nak tido bagi elak rasa takut..huhu
dahsyat gak tau, sampai ada minah omputeh kat sebelah gua tu ucap HALLELUYAH..
huhu..fokus2 ke tido.
lepas 3jam n kapal dah nak mnedarat baru gua terjaga..huhu

------------------------------------------------------

ole-ole untuk kawan2....

hmmm..gua dengan murah hatinya nak bagi ole2 kat semua pembaca blog gua.
tak payah contest2..semua dah gua istiharkan menang.haha..
so kepada sape yang sudi nak la kan..
korang bagi alamat korang kat gua.
korang boleh:
bagi kat komen ni...atau
emel kat gua : enfaizulpaijan@gmail.com atau
ym gua: aku1f

jangan malu jangan segan.
cepat2!! sementara gua ada kat us lagi ni.
gua dijangka balik dalam 16hb nanti...

bentuk ole2 adalah keputusan muktamad gua.
resit gua makan kat sini boleh dianggap ole2 jugak kan?haha.
taklah. gua bagi betul2 ni.
tapi kat sape yang nak je la kan.
ok bagi alamat lu.

--------------------------------------


kat taiwan. masa transit.

kat LA..sebelum tido.

dlm train nk p terminal. kat dallas.

dlm flight dallas to houston. jet kecik je.






Friday, March 5, 2010

KL - LA - TEXAS...


sok flight gua jam 3ptg...
sampai pkl 5ptg waktu LA..
16jam seh...
sure jet lag punyelah...ayarkkk.

kampeni gua anta gua p training kat texas 2minggu lamanya..
doakan kejayaan gua k...

lap u all...


Thursday, March 4, 2010

ni fes time gua p karaoke


gua layan lagu ni...



ye betul gua layan lagu taylor swift..
muakakaka...
best pulak.


oh tapi sebelum tu gua layan lagu jumpa-pakcik-hussein.
ada gaya tak?



pastu tadi memember ajak gua karok lagi, n gua reply macam ni...
"..alamak..tunang gua tak suka gua p karok la.."
free2 gua jadi bahan diorang kat opis tadi..
takpe. yang penting gua sayang beliau...haha

Tuesday, March 2, 2010

mendapat hidayah menulis entri selepas membaca blog si luffy

weekend lepas gua pergi pulau pangkor...
destinasi lebih tepat ialah di teluk nipah (tempat feveret untuk orang mandi dan bersukan air)

tapi malang sekali.
malang sekali sebab area situ tengah direnovate secara besar-besaran.
abis semua gerai makan yang lama2 diruntuhkan.
hatta tempat nak berak pun dah dipindah.

tempat berak sementara didirikan.
tapi gua tak selera langsung nak berak kat situ.
last2 gua balik p berak kat jeti je.

err err moral of the entry adalah
'tempat paling best kat pulau pangkor tengah direnovate sekarang'...
dijangka siap pada bulan 11 nanti..

tu je gua nak sound ;)