Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Sunday, March 28, 2010

ye mereka nasrani, mereka yahudi...tapi adab sopan mereka di jalan raya adalah lebih mulia dari melayu islam 1malaysia..

analisa gua terhadap mereka:

1. memberi signal bila nak membelok.
2. memberi signal bila nak menukar 'lane'.
3. berhenti 100% di isyarat yang tertulis 'STOP'..di simpang2 yang takde lampu isyarat. berhenti-lihat-teruskan
4. memberi keutamaan kepada kenderaan lain yang tiba dulu di simpang..
5. memberi keutamaan kepada pejalan kaki. berhenti bila ada pejalan kaki nak melintas.
6. suka beratur..suka sangat2!
7. perlahankan kenderaan apabila kenderaan di hadapan memberi signal nak masuk lane or wateva!

analisa gua terhadap 1malaysia:

1. kereta kebanyakkannya signal rosak..notably kete2 baru or kete2 mewah..
2. tukar lane sesuka hati..anggap orang lain tak perasan kete dia.
3. tidak berhenti di isyarat BERHENTI. just perlahankan kenderaan, tapi jangan sampai kenderaan benar2 berhenti, then terus accelerate...perlahan-lihat-terus tekan minyak(terutama kalau ada kenderaan lain)
4. tak beri peluang langsung kat orang lain!
5. kalau ada pejalan kaki, laju je!
6. suka memotong barisan. suka sangat2! terutama lorong kecemasan.
7. makin tekan minyak kalau kenderaan lain bagi signal nak tukar/masuk lane. macam h*r*m!

kesimpulan gua: negara kita takkan maju selagi mentaliti sebenar rakyat kita di jalanraya masih macam kambeng! jangan kat depan orang je berlemah-lembut, berbudi-bahasa, ayu-sopan..tapi bila di jalanraya, perangai cam kambeng! tak hormat orang lain.

bukan kat jalan raya je sebnenarnya..
semalam kat petronas, gua beratur tunggu turn nak byr duit minyak..
tetiba ada satu minah rempit ( tak cun pon!) potong gua n selamba je byr dulu..
lu ingat lu pompuan lu ada lesen jadi kambeng?
gua cakap 'err excuse me..'...dia buat tak tahu je..entahlah. dia tak faham BI kot..hahaha.

ginilah korang..
silalah amalkan gaya hidup BERATUR DI MANA JUA ANDA BERADA...
nanti lu nak masuk syurga pun kena beratur gak..tunggu turn beb!
lu potong barisan kat lorong kecemasan pun berdosa tau!
lu potong line kat econsave pun berdosa tau!
lu potong line kat mana jau pun gua kompem lu berdosa!
lu susahkan orang lain beb!

renung2kanlah dan selamat beramal...

apa kata anda?


9 comments:

  1. haku setuju ngan pendapatan ko.sungguh bernas sekali.

    ReplyDelete
  2. yahudi nasrani ni adalah bangsa yang berdisiplin..tetapi tuhan keji dalam al-quran..so..fikirkan la

    ReplyDelete
  3. bersopan lah di jalan raya .

    ReplyDelete
  4. tak paham gak apa jadi ngan maalysian..very selfish..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete