Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Tuesday, April 13, 2010

pengajaran, pembelajaran dan juga pembalasan

ye. bab jalan raya memang gua skema.
gua ikut 98% peraturan jalan raya di malaysia.

tapi hantu mana ntah yang rasuk gua malam ni, gua p parking kat tepi jalan ampang. tempat yang tak boleh parking.

niat gua nak parking kejap je, nak p belikan nasi untuk membe gua kat pelita.

sekali mamak tu buat nasi goreng pun lambat. mungkin ramai orang.

gua balik kat kete tengok macam ada kertas sangkut kat wiper kete gua.
gua buat tak tahu.
sampai kat traffic light, gua tak sedap hati.
gua keluar dari kete n tengok surat apa kat wiper kete gua tu.
aduyaiii. rerupanya surat saman parking kat tepi jalan.
saman polis pulak tu.

apalah malang nasib gua.

baru je hari ini hati gua tengah berkira2 mengenai sikap pemandu malaysia yang suka melakukan kesalahan jalan raya seperti memotong barisan.
salah ke diorang sebab nak cepattttt je.
gua baru je nak terpikir diorang tak salah kot.sebab dah semua buat kan.
baik si kancil mahu pun si nissan fairlady.

nah ambik kau. kalau tak salah takdenye polis nak saman gua kan?
peraturan tetap peraturan.
lu tak boleh potong barisan.
lu tak boleh parking merata.

gua betul2 taubat.
baru je nak belajar2 langgar peraturan jalan raya..eceh ;p

balik rumah gua kena sekolah pulak dengan si kecik.
sebab sikit hari tu gua mati2 pesan kat dia jangan parking merata. salah.
tapi arini gua lak yang kena.
hahaha.
jom gelak ramai2 ketawakan gua.
HAHAHAHA.
takpe arini gua bagi can kat lu all.

bile Kecik tanya rege nasik dia tu, gua jawab macam ni...
"rege dia rm 305.50..termasuk duit saman.."
amik kau! gua marked-up 5000%!!!

-----------------------------------------------------------

oh ye gua nak tambah lagi...
gua nampak polis yang saman gua tu langgar lampu kuning kat traffic light depan mata gua!
gile berbulu ketiak gua!
baru je gua nak menanam niat suci nak p bayar saman esok sambil menangis tersedu2 menyatakan kekesalan..
ok gua tak langgar lampu kuning tu.
bila dah hijau, gua jalan n nampak pakcik polis tu sibuk saman orang lagi.
mahu je gua benti n sound..."encik, bak sini satu surat saman. saya nak saman encik sebab langgar lampu kuning"

agak-agak kalau gua buat macam tu tadi apa akibatnye eh?

8 comments:

  1. uishhh abg pejoll...
    byk tu sampai 3 ratuss...
    hishh...xleh rayu ke mintak kurang ke?
    kalo cpt setel, leh kot dpt diskaun?


    hish...tapi...abg pejol kaye an an an?
    xkesah kot 3ratus tu..hehehehe terkejam lak ayat :P

    ReplyDelete
  2. eh. ko bayar lambat sikit. ADA DISKAUN!!!

    ReplyDelete
  3. hahahaaa
    rasa nya kalo mnx polis tu surat saman tuk saman die , die leh ckp ganggu tugas die . die saman skali lg kot .

    ReplyDelete
  4. kalau la en dude buat cam ending citer ni kan nescaya keluar dlm paper metro atau kosmo harini.."Seorang penulis blog menyaman en polis"

    ReplyDelete
  5. hahaha, kelakar dan kasihan!!

    tp kadang2 encik polis ni mmg mcm tu. mcm ketam!

    ReplyDelete
  6. akmar, byk la kau kaye. dahla nak pakai duit nak kawen ;pp hehehe

    luffy, tu la...tunggu last2 minit nanti.

    luffy n akmar, lu all sama2 sengal ...agaga

    anis, pastu aku saman lagi. see u in court!

    solehah, tu la tak pernah dibuat orang ek.

    nurul, macam setan la ;p

    maksu, alah abis semua orang buat ;(

    ReplyDelete