Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Monday, May 31, 2010

umaigudnessssssss!!

kesian kat kerusi aku kat opis KL.

baru sehari menikmati bau2 kentutku, sudah mahu ditinggalkan kembali..

next stop: CPOC, offshore Kota Bharu.

c u there ;)

Sunday, May 30, 2010

smpena cuti wesak ni, semua orang balik kg, lu janganla pecah masuk umah orang!

umah makcik gua kena pecah masuk.

dia duduk area damansara damai.

kejadian disyaki baru je berlaku seperti malam tadi. (sabtu malam ahad)

si penjahat ni masuk ikut pintu depan gua cakap sama lu.

dah solex jadah semua dia boleh bukak.

pintu depan tu ada tiga kunci.

solex untuk gril, kunci gril n kunci pintu yang sebelah dalam.

yang solex tu dia leraikan (ada kesan2nya)

yang kunci gril tu dia umpil.

yang kunci pintu belah dalam tu macam dia guna master key.

antara barang2 yang hilang: laptop, kamera n barang kemas

tapi yang paling tak bley blah, lukisan bodoh (gambar tulang ikan) yang makcik gua gantung kat dinding pun dia rembat.

oh, pencuri ni pun ada nilai2 seni ya.

sape2 yang nampak ada malaun lelong lukisan bodoh kat e-bay ke hape, lu roger sama gua k.



Thursday, May 27, 2010

iyahoooooooooooooooooooooooo!!!

yeah! keje kat JB setel ahernya setelah sebulan berhempas-pulas..

boleh balik KL, basuh rumah..

;)


Tuesday, May 25, 2010

25 MAY 2010

intai gadis lalu tingkap,

yeyeah, tak lama lagi nak world cup!

;)

Monday, May 24, 2010

want cha!

sabar2...

46 days to go!!!

"aku terima..."

malam pertama...

aku tido dengan nyenyak sekali di atas katil pengantin itu...

penat gile beb selepas seharian jom-jom-ronda-ipoh...

dari jusco, ke ipoh parade, ke riamoda n last sekali ke greentown mall...

last2 aku cakap...
"yang, serius abg dah tak larat.. kaki lenguh dah. bulan depan kita cari lagi ye"

dia sangat memahami, terus mengajak ku pulang..

tinggal sikit je lagi barang nak dicari..

lagi dua minggu target mahu ke habib di penang or poh kong di ipoh sahaja ;)

p/s: err...22-mei, malam pertama aku tido di rumah beliau (tapi bukan bersama beliau lagi ye...sabar2..hehe)

geng, nak mintak alamat korang semua...
nak bagi kad raya...
please n please mailto: enfaizulpaijan@gmail.com
sape tanak bagi, i tanak kawan ;(

Friday, May 21, 2010

takpe. dia ajak minum je pun...

situasinye: baru pas makan kat kedai nasi kandar terhebat di pantai remis

gua n cik tunang dah angkat punggung nak blah.
cik tunang berjalan dulu di hadapan gua.
dari belakang gua nampak adalah sorang en.PAKCIK tersenyum2 kat cik tunang gua.
gua ingat dia kenal dgn cik tunang gua tu.
tapi gua tengok selambe je pulak cik tunang terus keluar dari kedai tanpa menegur en.PAKCIK itu.

gua pun polo kuar dari kedai n menuju ke beliau.
gua tanya sape tu. kenal ke dia kat en.PAKCIK tu.
cik tunang cakap
"mana kenal. tetiba je dia ajak minum sama"
"err tak kenal? hmm takpelah. baru menang nombor la tu. banyak duit lebih nak belanja tunang orang minum2"

SEMALAM YANG HANGAT! (OH KEMBALI BERULANG...)

camni gua kerja dengan cina lagi baikla...

melayu ni tak habis2 dengan P.H.D nya..

oh sedih!

p/s: lu tengok gua punya game plan pulak lepas ni.

Wednesday, May 19, 2010

LU TUNJUK JARI TENGAH LU KENAPA? ANU LU KONTOT SANGAT KE MALU NAK TUNJUK?

situasi: lagi 15meter menuju ke gate touch n go.

tiba2 kereta gua dipotong serta di'pancung' oleh 'si-anu-kontot' yang bedebah itu.

gua bagi high-beam sebanyak berikut:

kali ke-1: gua!

kali ke-2: benci!

kali ke-3: perangai!

kali ke-4: lu!

arakian, si-anu-kontot mengeluarkan tangan kanannya lantas menunjukkan isyarat jari tengahnya yang bermaksud:

"gua tunjuk jari tengah gua ni sebab gua malu nak tunjuk anu gua yang pendek!"

lantas, gua bagi lagi high beam (agak lama sikit) yang gua maksudkan seperti berikut:

"booooo!!! anu kontot ada berani mahu berlaku kurang ajar di jalan raya!"

p/s: sedih? tak guna. kita dah diajar dan dididik untuk tidak menghormati orang lain di jalan raya. membazir sungguh didirikan sekolah memandu.

p/s: pepatah melayu lama ada mengatakan, 'biarlah anu kontot, budi bahasa tinggi sekali'

Monday, May 17, 2010

GILE GANAS AWEK NIH!!

ni ha awek ganas yang gua nak sound.

5.30am kena tangkap khalwat.

pastu..

9.00am balik rumah kena basuh kete ayah (kena denda sebab balik lewat malam semalam)

pastu..

polis datang tangkap balik...

----------------------------------------------

gua saspek la sama lu gadis (gadis lagi ke)..?

gua dah terbayang dah lu ni macam angelina juling.

dahlah kena tangkap khalwat.
pastu lu boleh merangkak kat vent duct untuk lari.
pastu lu curik kete pihak berkuasa.
lu layan syabu lagi.


dah macam cite holiwud la pulak..

paling tak boleh blah, endingnya lu tetap kena tangkap time basuh kete ayah kat rumah..

HUA HUA...

p/s: jom 1Malaysia say taknak kat KHALWAT. ( err korang pernah dengar istilah KAHWIN tak?)

Saturday, May 15, 2010

malaysia kalah piala thomas? macam tak rasa pape pun

takziah.

kesian pada rakan2 yang sokong bagai nak rak.

game semalam gua tengok gak kat mamak.

bila chong wei (kalau tanak panggil datuk boleh tak) dapat je poin, gua teriak girang.
(tapi macam gua sorang2 je yang emosi lebihan.haha)

bile dia kalah, gua terus mintak diri blah nak balik kg.

gua sokong ala kadar je.
ntah nape gua rasa memang macam tak boleh menang je dah.

takpela, nanti kalau menang, kena panggil tan sri la pulak.

TAN SRI LEE CHONG leh..

p/s: kalau lah indon tuan rumah, n lawan lak dengan indon, gua rasa klindan tu semua dah kena baling dengan botol dah.

Friday, May 14, 2010

wei mangkuk! lu janganla potong2 line..

gua emosi betul dengar emosi pagi di SINAR pagi tadi...

cite pasal ada satu MANGKUK tu potong line kat parking..

macam ni..
ada sorang acik tu dah tunggu satu kete mahu keluar dari parking..
tunggu punya tunggu kete tu pun kuar.
acik tu dengan hati yang berbunga dah tak sabar nak masuk tempat parking tu.
tapi!
belum pun sempat dia masuk, ada satu kete telah secara tiba2 cilok masuk ke tempat parking tu.
pasti acik tu p la cakap baik2 kat MANGKUK tu.
tapi sebab dah nama pun MANGKUK, mana dia ada telinga nak dengar. dia buat bodohhh jek! (dah memang bodoh pun)
sian acik tu, dia pun mengalah lah...

-----------------------------------------------------

huh!
peristiwa macam tu pernah berlaku kat aku, cuma ending dia lain sikit la..
aku sound balik minah yang cilok tu suruh kuar sebab aku dah lama tunggu.
hak aku kan, tak salah aku sound orang yang tak reti nak hormat orang lain ni.
minah tak minah.
lu LISA SURIHANI pun gua tetap halau lu suruh lu kuar.
muakakka.

------------------------------------------------------

so,
korang janganlah sesekali jadi MANGKUK k...
kalau dah nampak ada orang tunggu kat satu parking tu, korang p la cari lain..
janganlah nak amalkan budaya mangkuk yang kebanyakkan rakyat mesia amalkan la ni.

OKEH????

loger n out!

Thursday, May 13, 2010

WORLD CUP 2010 (countdown)








world cup lagi 30hari je weh!!!!

ARE YU READI worldcuppers sekalian???

teringat edisi dulu, tahun 2006. aku blaja pun tak abes lagi time tuh..

la ni 2010, da nak kawen pun.

agak2 malam pas nikah nanti kalau aku ajak pak mentua nonton semifinal world cup sesama dia ok tak eh...

tahun ni gua bajet arsenal layak ke final.
world cup dialog antara aku dengan boss aku aritu:
"bos tak minat bola?? kurang sifat kelakian boss tu..haha"

Wednesday, May 12, 2010

RM3.25 SAHAJA!!!

tu nilai akunye nuffnang sekarang?
geng, lu ada tips2 nak bagi angka tu cepat2 jadik RM1000 tak?
gua dah terdesak ni, gua nak beli cincin kahwin ni!
huhuhuhuhu....
tolongggg ~~~~~~~~

Tuesday, May 11, 2010

konflik di tempat kerja (semalam yang hangat!)

erm takpela.
gua simpan dalam hati je. (bikin sakit kepala)
gua nak hepi2 la pulak. (hati riang)
ooooooooooooooooooo yeahhh!!
;)

keyword: hydrojetting

Monday, May 10, 2010

aturcara sakit perut dan sakit kepala selepas makan ubat sakit perut

khamis 6/5
9mlm - cancel naik bas. absy bawak p klinik penawar pasir gudang. nurse? 2.5 bintang je, so bertambah sakit perut aku ;(
10mlm - makan ubat
11mlm - sambung sakit perut sampai sok pagi.

jumaat 7/5
7pg - bgn pg kepala sakit gile la plak
8pg - naik bas ke lumut sambil sekali sekala sakit perut berselang seli sakit kepala.
6ptg - sampai lumut.
7pm - xxxxxxx
9mlm - makan ubat n tido umah jo.

sabtu 8/5
7pg - bgn pg n kepala sakit gile lagi.
9pg - breakfast dgn cik fiancee n ter'breakfast' dengan bos lama iaitu cik hamsan.(sempat lobi projek..kekeke)
11pg - sampai rumah cik fiancee dengan kemachoan 25% sebab sakit kepala makin dahsyat.
12.35-2.35ptg - tido di rumah cik fiancee bagi melegakan sakit kepala yang amat sangat sambil kemachoan merudum ke 0%!!
4.30ptg - jumpa tok kadi. tok kadi soh kahwin sebulan awal! (oh mcm paham2 je beliau yg i dah tak tahan..muahaha)
8mlm - bertolak semula ke jb sambil beberapa misi tercapai dan belum dicapai:

(seharian tanak makan ubat dah? - berjaya)
jumpa tok kadi n hantar borang nikah? - berjaya
bagi bahan nak buat baju? - berjaya
soping di ipoh? - tidak berjaya
melepaskan kerinduan? - ehem2... ;p

Sunday, May 9, 2010

patut tembak ke tak patut?

aku rasa patut tembak je.

kalau budak2 tu jenis dengar kata takdenye diorang nak cari pasal dengan polis.
or takdenye diorang nak keluar tak tentu hala pada waktu pagi2 buta.
kalau dah pagi2 buta korang ada kat luar, korang buat apa tu?
baru balik keje?
or baru lepas kenduri anak2 gadis orang?
aku tak percaya korang on the way nak wat qiamullail kat masjid or surau2.

youth curfew perlu gak aku rasa.
ni muda2 perangai dah macam setan.
sok dah besar nak jadi apa?

tapi pepehal pun polis kena ikut SOP.
bukan senang2 nak tembak orang setahu aku.

p/s: gua selamba sound mat rempit yang tengah wheely supaya turunkan moto diorang. tahu lak takut korang ye. pastu slowkan moto tengok sapa yg sound diorang. gua pun takut gak, tapi gua sound baik2 "bahaya beb lu buat macam tu" (sambil muka wat senyum manis gile..kekeke)

al-fatihah kepada arwah aminulrasyid..

Thursday, May 6, 2010

sakit perut. burn tiket. misi tetap diteruskan (esok pagi) ) ;)

sekarang dah jam 9.35mlm
sepatutnya pukul 9mlm tadi aku naik bas menuju ke lumut.
tapi satu hari ni aku sakit perut gile babun.
tak larat seh nak naik bus.
takut termuntah2 je nanti.

tapi yang hampehnya tiket tu aku tak boleh nak tukar tarikh la pulak.
terbang rm60 aku gitu je.
;((

ayg.
sabar ye.
esok pagi abg janji abg akan beli tiket paling awal sekali yang ada.
harap2 kesakitan perut akan hilang.
nak ilang macam mana, ubat pun tak makan lagi.

misi aku nak ke lumut kena diteruskan kerana aku kena submit jugak borang nak nikah tu hujung minggu ni.
kalau tak, tak tahulah bile leh submit kerana aku dijadualkan akan menghabiskan bulan may ini outstation di jb.
penatnyerrrrrrrrrr ;((((

tatapi pics2 time keje aku kat bawah ni.. ;)

(nantila aku upload..haha)

Wednesday, May 5, 2010

bahaya memandu semasa dan selepas hujan

lokasi: still in JB ;(
next schedule: sok p lumut! oyeah2X!

--------------------------------------------------------

al-fatihah..
kepada rakan blogger kita (bro hisyam) yang telah pergi meninggalkan kita secara tiba2...
sedih kan? ;(
arini kita masih ada umur.
esok lusa tak tahu lagi..
kematian datang tanpa ada amaran...
dari itu marilah kita sama2 sentiasa bertaubat, perbanyakkan amalan

kawan2, ampunkan dosa2ku jika aku pergi dahulu ya.....

dapat tahu berita tu memula melalui blog si luffy...
pastu tengok blog2 membe lain pun ada update pasal tu...
marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah ye...

aku tak pernah pun jumpa arwah.
tapi dari cerita kawan2 di blog arwah ni baik n disayangi ramai orang...

tadi masa baca metro pun ada kuar berita tu kat page no.3 lagi.
yang lebih buat aku terasa ialah kematiannya iaitu eksiden di waktu hujan lebat.

aku dapat membayangkan apa yang berlaku kat kereta arwah.
mungkin arwah telah gagal mengawal kenderaannya lantas bertembung dengan kenderaan lain..

------------------------------------------------------------

sebenarnya driving time hujan ni AMAT2LAH BERBAHAYA tahu...
dalam bulan lepas sebenarnya aku telah mengalami satu peristiwa paling ngeri dalam sejarah pemanduan kereta seumur hidup aku.

ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke KL setelah berkasih2han dengan cik fiancee di lumut(perlukah aku mention ini?hehe.gedik je)
oleh kerana nak spend lebih masa dengan beliau, aku hanya pulang ke KL semula pada subuh hari pagi isnin.
pukul 3.30 pagi aku bertolak dari lumut. hujan lebat gile time tu.
aku lalu 'jalan dalam' melalui route ini: lumut-teluk intan-hutan melintang-sabak bernam-tanjung karang-kuala selangor-klang dan kl.
masa tu dah pukul 5 pagi. aku dah sampai kat tanjung karang lebih kurang.
hujan dah berhenti tapi jalan masih basah.
sampai satu tempat yang misteri itu, kereta aku melanggar satu takungan air kat tengah2 jalan.
tayar kereta aku terasa macam berhayun sedikit.
aku mengeraskan tangan di stereng tanpa memijak brek.
tapi kereta aku masih terasa macam berhayun lagi.
oleh kerana panik, aku telah memijak brek.

yes. itu adalah kesilapan aku yang amat besar.
akibatnya kereta aku berpusing sebanyak 180 darjah sehingga bertukar arah ke lumut semula.
dahlah terpusing pastu termasuk lane yang sebelah sana pulak!
nasib baik masa tu takde kereta di lane yang bertentangan tu.
kalau ada, tak tahulah nasib aku macam mana ;(
bila dah terpusing 180 darjah tu, kereta aku still bergerak secara mengundur akibat dari momentum.
aku pijak brek sekuatnya sambil menunggu masa kereta masuk longkang. (aku perasan ada longkang kat tepi jalan tu)
alhamdulillah kereta aku terberhenti setelah system brek ABS teraktif akibat dari tindakan aku memijak brek dengan kuat.
syukur sangat time tu.
pastu cepat2 aku start semula kereta dan masuk semula ke lorong arah ke kl sebab nak cover malu sebelum kereta2 kat belakang yang aku dah potong tadi, potong aku semula..
hehehe

aku bawak taklah laju mana, 100km/h je pun.
tapi sebab jalan ada takungan air, ditambah2 lagi dengan tayar kereta aku yang dah sedikit botak dannnn aku memijak brek maka situasi mengerikan itu pun berlaku....
pastu terus je aku bawak 60 km/h sampaila ke kl...
takut sehhhh ;((((

-----------------------------------------------------------

sebab tu esok aku nak p lumut just naik bas je.
lagipun tayar kereta yang botak tu tak tukar lagi.
bearing tayar pun dah mintak ganti.
semua kena hold dulu beb sebab aku nak bayar duit muka masuk rumah sewa baru bulan ni...
banyakknyee nak pakai duit...;((
barang2 hantaran pun tak sipa beli lagi.

ni sok nak p perak just 2hari je.
jumaat n sabtu.
nak p jumpa tok kadi yang akan menikahkan kami nanti.
takutnye lahai..huhu
teringat masa peristiwa aku temankan membe aku p jumpa tok ndak dulu.
terketar2 beb.
sampai hukum bagi salam pun boleh lupa.
huhuhu
;)

------------------------------------------------------

oklah geng.
gua nak balik kg ni.
sian mak gua sorang je kat umah tu.

abg bas, sok bawak bas hati2 yek.

geng blogger, sori tak sempat reply komen korang..thanks ye komen. nanti kalau sempat aku reply n jengah blog korang ;)

salam...