Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Wednesday, May 5, 2010

bahaya memandu semasa dan selepas hujan

lokasi: still in JB ;(
next schedule: sok p lumut! oyeah2X!

--------------------------------------------------------

al-fatihah..
kepada rakan blogger kita (bro hisyam) yang telah pergi meninggalkan kita secara tiba2...
sedih kan? ;(
arini kita masih ada umur.
esok lusa tak tahu lagi..
kematian datang tanpa ada amaran...
dari itu marilah kita sama2 sentiasa bertaubat, perbanyakkan amalan

kawan2, ampunkan dosa2ku jika aku pergi dahulu ya.....

dapat tahu berita tu memula melalui blog si luffy...
pastu tengok blog2 membe lain pun ada update pasal tu...
marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah ye...

aku tak pernah pun jumpa arwah.
tapi dari cerita kawan2 di blog arwah ni baik n disayangi ramai orang...

tadi masa baca metro pun ada kuar berita tu kat page no.3 lagi.
yang lebih buat aku terasa ialah kematiannya iaitu eksiden di waktu hujan lebat.

aku dapat membayangkan apa yang berlaku kat kereta arwah.
mungkin arwah telah gagal mengawal kenderaannya lantas bertembung dengan kenderaan lain..

------------------------------------------------------------

sebenarnya driving time hujan ni AMAT2LAH BERBAHAYA tahu...
dalam bulan lepas sebenarnya aku telah mengalami satu peristiwa paling ngeri dalam sejarah pemanduan kereta seumur hidup aku.

ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke KL setelah berkasih2han dengan cik fiancee di lumut(perlukah aku mention ini?hehe.gedik je)
oleh kerana nak spend lebih masa dengan beliau, aku hanya pulang ke KL semula pada subuh hari pagi isnin.
pukul 3.30 pagi aku bertolak dari lumut. hujan lebat gile time tu.
aku lalu 'jalan dalam' melalui route ini: lumut-teluk intan-hutan melintang-sabak bernam-tanjung karang-kuala selangor-klang dan kl.
masa tu dah pukul 5 pagi. aku dah sampai kat tanjung karang lebih kurang.
hujan dah berhenti tapi jalan masih basah.
sampai satu tempat yang misteri itu, kereta aku melanggar satu takungan air kat tengah2 jalan.
tayar kereta aku terasa macam berhayun sedikit.
aku mengeraskan tangan di stereng tanpa memijak brek.
tapi kereta aku masih terasa macam berhayun lagi.
oleh kerana panik, aku telah memijak brek.

yes. itu adalah kesilapan aku yang amat besar.
akibatnya kereta aku berpusing sebanyak 180 darjah sehingga bertukar arah ke lumut semula.
dahlah terpusing pastu termasuk lane yang sebelah sana pulak!
nasib baik masa tu takde kereta di lane yang bertentangan tu.
kalau ada, tak tahulah nasib aku macam mana ;(
bila dah terpusing 180 darjah tu, kereta aku still bergerak secara mengundur akibat dari momentum.
aku pijak brek sekuatnya sambil menunggu masa kereta masuk longkang. (aku perasan ada longkang kat tepi jalan tu)
alhamdulillah kereta aku terberhenti setelah system brek ABS teraktif akibat dari tindakan aku memijak brek dengan kuat.
syukur sangat time tu.
pastu cepat2 aku start semula kereta dan masuk semula ke lorong arah ke kl sebab nak cover malu sebelum kereta2 kat belakang yang aku dah potong tadi, potong aku semula..
hehehe

aku bawak taklah laju mana, 100km/h je pun.
tapi sebab jalan ada takungan air, ditambah2 lagi dengan tayar kereta aku yang dah sedikit botak dannnn aku memijak brek maka situasi mengerikan itu pun berlaku....
pastu terus je aku bawak 60 km/h sampaila ke kl...
takut sehhhh ;((((

-----------------------------------------------------------

sebab tu esok aku nak p lumut just naik bas je.
lagipun tayar kereta yang botak tu tak tukar lagi.
bearing tayar pun dah mintak ganti.
semua kena hold dulu beb sebab aku nak bayar duit muka masuk rumah sewa baru bulan ni...
banyakknyee nak pakai duit...;((
barang2 hantaran pun tak sipa beli lagi.

ni sok nak p perak just 2hari je.
jumaat n sabtu.
nak p jumpa tok kadi yang akan menikahkan kami nanti.
takutnye lahai..huhu
teringat masa peristiwa aku temankan membe aku p jumpa tok ndak dulu.
terketar2 beb.
sampai hukum bagi salam pun boleh lupa.
huhuhu
;)

------------------------------------------------------

oklah geng.
gua nak balik kg ni.
sian mak gua sorang je kat umah tu.

abg bas, sok bawak bas hati2 yek.

geng blogger, sori tak sempat reply komen korang..thanks ye komen. nanti kalau sempat aku reply n jengah blog korang ;)

salam...

4 comments:

  1. situasi kau pernah berlaku kat abg aku. kereta berpusing 180 darjah. dekat klia.

    aku pon tak suka drive masa hujan. dahlah tak nampak. lepas tu, some kereta tak reti2 nak buka lampu.

    goodluck jumpa tok kadi. hehehe.

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya jumpe tok kadi hehe

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah...akhirnya aku menjadi ayah! ^_^

    ReplyDelete