Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Friday, October 29, 2010

KL-kemaman-kuala terengganu-cameron highlands-kl



kl-kemaman
ada job kat kemaman. mula2 kat KPK, then West Wharf, oh tak lupa juga kena anchorage.
terseksa gila lah.
penat seh.
tapi at last dapat gak setel.
memula tu tinggal wife kat umah akak dia. dia boring, balik kg.
then bila ada kesempatan balik ke KL, ambik dia dan bawak ke kemaman sama. dapatlah spend seminggu disana bersamanya ;)

kapal sapura yang aku servis


aku yang comot


kemaman-kuala terengganu
bila job dah setel, aku plan ingatkan nak pergi ke pulau redang ke, pulau perhentian ke.
tapi timing tak ok. musim tengkujuh. pulau semua tutup. bot kecik tak berani nak pergi.
yang bukak just laguna n berjaya resort je. sebab diorang ada feri sendiri.
ok plan B. kita ke cameron!!! hoyeah!
pantai kemasik (antara kemaman ke k.terengganu)

kat depan masjid pak lah


kuala terengganu-cameron
ok dari kuala terengganu nak ke cameron, tak ramai yang tahu ada jalan pintas.
ramai orang ambik jalan ke kota bharu dulu then turun balik ke gua musang.
menurut info2 dari locals dan juga research yang aku buat, terdapat satu route pendek merentasi tasik kenyir.
menurutnya, jalan ini belum diwartakan oleh JKR lagi, maka ramai yang tak tahu.
oleh kerana nak jimat masa, aku ambik dan beranikan diri melalui jalan ini.
jauh keseluruhan dari KT ke cameron ialah 300km!
strech rahsia tu je dah lebeh kurang 100km++ jauhnya.
bila aku dah lalu, jalan ni ok beb.
KT-hulu terengganu-tasik kenyir-felda aring-gua musang-cameron

KT-hulu terengganu (60km): jalan luar bandar macam biasa. ada byk lubang bila dah sampai tepi2 hutan.
jalan tasik kenyir (100km): jalan cantik! standard highway.tak ramai lalu.
felda aring (50km): jalan ladang felda. teruk berlubang!
gua musang- cameron (150km!): highway.

tasik kenyir

cameron highlands
honeymoon. malas nak cite byk.
tempat ideal untuk korang stay ialah di brinchang.
tourist spot semua ada disini.
nak hotel murah n mahal semua ada. ikut poket.
tempat wajib pergi:
-ladang n kilang teh
-strawberry farm
-rose centre
-time tunnel museum
-etc.
curik daun teh sehelai