Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Monday, December 27, 2010

tukar tayar murah


untuk sebulan ni bermula minggu lepas gua outstasi di lumut.

weekend semalam ni gua terpaksa balik ke kl sebab nak ambik stok barang butik orang umah dan juga nak tukar tayar kat klang.

walaupun tayar kete gua dah nak rabak, gua tetap beranikan diri drive p klang untuk tukar tayar.
total perjalanan lebeh kurang 300km. lumut ke klang.

sampai di klang petang sabtu tu, kedai masih bukak lagi...siap ramai orang lagi.
kedai mana lagi kalau bukan kedaio tayar termurah di lembah klang iaitu kedai tayar hing leong

kedai tayar hing leong

last gua tukar tayar adalah pada awal tahun dan tengah tahun haritu.
dalam masa setengah tahun, tayar kete gua boleh haus keempat2nya.
lu bayangkanlah betapa rajinnye gua round satu malaya dalam setahun.
penat beb.

sebelum ni gua pakai tayar jenis falken. tak bagus beb. bila gua bawak laju time hujan, kereta gua terasa hilang keseimbangannya.
gua siap dah ada pengalaman berpusing 180degress kat atas jalan di laluan tanjung karang- sabak bernam haritu...huhuhu.SERAM

kali ini membe gua rekemen pakai tayar GOODYEAR ASSURANCE.
tapi kedai hin leong ni takde jual la pulak size yang gua nak.
last2 dia rekemen tayar goodyear model NCT5. size 205/45/16
sebelum ni gua pakai FALKEN ZIEX915, saiz 195/50/16
FALKEN ZIEX915

gua kasi tambah kelebaran tayar tu bagi selamat sikit.insyaallah.

NCT5 saiz tu sebijik dia quote RM218. total RM872.
okaylah. lebeh kurang je dengan rege tayar FALKEN gua sebelum ni.
GOODYEAR NCT5

tengah2 mat bangla tu tukar tayar gua dan nak pasang kat sport rim lama, dia roger kata sport rim dah bengkok!
memang bengkok habis gua tengok!
patutla tayar kete gua dia makan tak rata.
nak taknak gua kena tukar sport rim baru macam ni!huh! rabak2! seb bek baru gaji.hahaha
gua tolak sport rim lama gua. dapatlah RM300. Untuk sport rim baru gua kena tambah lagi RM900.

brand FLEDERMAUS (top kat singapore ni beb)
RM400 X 4tires.

amacam sport rim baru gua? mantap tak. rabak dah gua macam ni.hahaha


pagi tadi gua bagi orang rumah gua pakai kete.
sempat gua pesan dia bawak hati2.
"ayang bawak kete nanti hati2 ye...jangan langgar lubang tau"....muahaha
sayang bini+sayang sport rim juga ;)

Tuesday, December 21, 2010

saya bukan gay, saya OK..

saya takde masa langsung nak belek blog sekarang ni, saya OK.

saya busy dengan bisnes orang rumah disini, saya OK.

saya busy dengan kerja outstation sana sini, saya OK.

saya dengar pengakuan bodoh 'mereka', terus saya TAK OK!

SAY NO TO GAY-ISM in the world!.