Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Monday, October 17, 2011

GPS MURAH

hahaha.

ding dang kembali lagi dengan GPS murah!!!

sapa2 ada nak cari gps boleh contact aku di 0192774425 (faizul)

product spec seperti berikut:

harga: rm320
brand: OODO
model: M522
size: 5"
skrin sentuh.
software: papago ada, garmin pun ada

kepada sapa2 yang berminat untuk tahu lebih lanjut atau dapatkan product detail boleh shoot satu emel pada aku at:

enfaizulpaijan@gmail.com

aku akan bagi kat korang teknikal data dia.

ps/ walaupun gps ni brand dari cina, tapi berbaloi beb pakai. aku sendiri guan dah dekat setahun setengah, takde problem langsung. lagipun ada warranti 6 bulan kalau korang risau.

Thursday, September 8, 2011

Kia Spectra Novus 2006 Auto untuk dijual


helo geng.

aku ada sebijik kete kia spectra nak tolak mulah2 je.
harga dalam RM25k...boleh runding samada nak murah or nak mahal lagi..hehe
kete bagus lagi beb. takde accident. takde major problem.

berminat? contact gua. kita boleh disscuss. loan bank boleh diarrange.

0192774425 - en.faizul







ada jugak gua post link ad ni kat mudah. refer link ini.

Tuesday, August 23, 2011

Sunday, June 26, 2011

fresh graduate..baru kerja 3 bulan pun boleh beli rumah..


bila aku jumpa balik member2 tempat kerja lama, diorang akan tanya:
"anak dah berapa?"
"ko dah beli rumah belum?"

kebanyakkan yang tanya ni otai2 yang dah senior sedikit..

ni pengalaman hidup aku,
umur aku dah 30tahun, rumah sendiri pun belum beli lagi..
aku sebenarnye berminat nak beli rumah sejak setahun yang lepas.
sejak aku duduk serumah dengan member aku yang kaki beli rumah lelong.
lepas beli dia sewakan or jual pada market price.
untung2 dapat 10k to 30k atas angin beb.

tapi setahun yang lepas aku tengah berhempas-pulas kumpulkan duit nak kahwin.
fokus aku kumpul duit untuk kahwin dulu, kemudian baru fikir pasal rumah.
nah hari ini tinggal beberapa hari sahaja lagi sempena anniversary kahwin aku, aku nekad yang aku kena ada rumah sendiri..

alhamdulillah minggu lepas aku berjaya booking untuk dapatkan sebuah apartment di kajang.
kenapa kajang? kenapa apartment?
pada aku area tu HOT. rumah yang aku nak beli tu kalau aku tak nak duduk, market untuk sewa adalah tinggi.
tu area pak arab orang cakap..pak arab ni korang faham2 sajalah..
diorang ni suka duduk dekat apartment. suka duduk rumah tinggi2.
rumah yang aku booking tu tingkat 19 beb..hehehe.

sebenarnya aku ada pilihan sama ada nak ambik rumah landed yang berada agak jauh sedikit or rumah apartment tu. pada harga yang sama.
aku pilih apartment sebab aku nak invest.

ok berbalik kepada tajuk tu.
korang yang baru2 kerja ni aku nasihatkan belilah rumah.
kalau nak modal kecil, beli rumah yang baru nak dijual oleh developer.
lepas tu dia bagi diskaun bermacam2 fees.
takdela besar sangat modal korang.
dalam RM500 pun korang dah boleh miliki sebuah rumah..

ok apa2hal kalau korang berminat nak cari rumah sebiji di area lembah klang boleh roger aku kat:
019-2774425 En. Faizul

aku boleh bagi advise mana yang aku tahulah.
mana2 yang aku tak tahu tu kita belajar sama2 ok.

p/s: orang kita ni suka beli rumah yang terceruk jauh dari pusat KL yang mana valuenya susah sikit nak naik. aku perasan ni.

hanya dengan RM1000 untuk memiliki rumah seperti ini


value added untuk rumah korang.
boleh mark-up 20k to 30k kalau ada kitchen cabinet.



pelabur hartanah beli rumah, bila dah siap jual untuk dapatkan keuntungan lebih 50k.
buta2 je beb.


tahun lepas masa baru launch, RM145k
baru siap takat ni dah RM180k
tahun depan bila dah siap cat cantik molek, berapa korang agak2 value dia?



rumah idaman korang?
kalau kat KL nak dekat RM1 juta macam ni,
kat bangi RM500k,
kat ceruk tok kun? tak tahulah pulak aku.
rumah ni kalau kau beli sekarang RM260k harga dia,
kalau dah siap nanti boleh dapat rm350k beb..

Saturday, January 29, 2011

Kalau Ayep macam Jake, abang macam siapa sayang?

Gua tak pernah follow itu cerita Twilight sebelum ni. Hero dan heroin nya pun gua tak kenal. Tapi sejak akhir2 ini semenjak astru rajin tayang cerita ini di talibesen, gua telah dipengaruhi oleh wife gua untuk melayan cerita ini.

Seronok pulak gua layan New Moon tadi. Wife gua pulak yang endah tak endah tengok cerita ini. Barangkali beliau dah bosan menontonnya berulang-kali gamaknya. Bila part Jake dah potong rambut tu....

"Bang, cuba abg tengok. Muka Jake seakan-akan macam Ayep kan?"(Ayep opismate gua.)
"A'a la..Ada iras-iras sikit"

"Tapi kalau Ayep macam Jake, abg tahu abg macam sape..."
"Macam siapa bang?" Tanya beliau kehairanan.

"Siapa lagi kalau bukan macam Edward...hahahaha"

Ok2 tak berapa lawak sangat.
Tapi cukuplah untuk panaskan suasana nak tengok rancangan Raja Lawak selepas tu.
Tak dapat gua tengok kesudahan Full Moon. Eh silap. New Moon kan tajuk dia. Biasalah hero pun kadang-kadang lupa skrip beb. Gua lupa beb. Gua lupa.

Thursday, January 20, 2011

Kenapa aku taknak jadi famous blogger?

Ye. Buat apa nak jadi famous blogger? Serius aku tak faham.
Sebab nak ramai peminat? Oh itu sebab ramai Melayu nak jadi artis. Sebab nak ramai peminat. WT..
Masuk Raja Lawak ok, tapi jangan masuk Akademi WTF etc.

Aku baca blog Obe. Memang betul katanya. Aku pun pelik kenapa orang suka famous.
Lagi annoying diorang boleh beriya-iya tanya macam mana nak jadi famous macam Obe.

Apa yang kau suka orang ramai baca blog kau? Traffic tinggi. Banyak masyuk nuffnang.. Oh mannn.
Please. Buatlah kerja yang lagi best macam pergi tangkap ikan ke, pergi ambik buah sawit ke. Itu lagi lelaki beb.

Upload gambar comel kau banyak-banyak bagi orang tengok.
Ye. Lepas tu kau famous. Lepas tu kau jadi top rank kat Google-most-search-ntah-hape-hape?Lepas itu orang semua start following your blog just to view your Fface.. Tulisan kau bukan best sangat pun.
WT...
Kamonla, bila kau nak sedar?

Kiddo...

p/s: Kau kisah ke blog kau best atau tak? NOPE.


Tuesday, January 18, 2011

Abang Mok


Sept 2009.
Flashback. Kali terakhir gua bermain futsal bersama member2 sekerja Lumut.
Sebab lepas ni gua akan berpindah ke KL. tak tahu lagi dapat main futsal di Kl atau tak.
gua takde member sangat di KL.

Sept 2009

April 2010.
Flashback. Kali terakhir gua bermain futsal di KL. bersama2 member opismate housemate aku.
lepas ni gua dah tak main futsal sebab gua dah busy dengan kerja. ke sana ke mari. dah tak sempat nak join diorang.
April 2010

January 2011.
Baru tadi. Sempena gua ada kerja di lumut ni, gua join kembali member2 lama main futsal di manjung. Setelah hampir setahun gua tak main, gua tak tahu pulak yang badan gua dah SUPER KEMBANG. nama timang2an gua yang lama telah bertukar. daripada 'abang hensem', mereka telah memanggil gua dengan nama yang penuh manja....
'ABANG MOK'....cissssssss

Ahad lepas


p/s: tanak makan.
gua dah gemok, gua tak ok.

Monday, January 10, 2011

Tengok Wayang Free

serius free.
bukan free sebab ada orang belanja ke hape.
or dapat tiket free menang peraduan gores dan menang ke hape.

tapi free sebab tak payah bayar tiket n dapat masuk free. muahaha.

semalam.
gua balik dari KL ke lumut.
balik tu gua singgah kat sitiawan nak tengok wayang.
masa tu jam 2145.
tapi awek kaunter tu cakap dah tutup sebab sok nak sekolah?wth?
dia kata sekarang ada show untuk cerita SEASON OF THE WITCH.
aku cakap aku nak beli tiket dan masuk (walaupun dah lambat 20minit)
tapi dia cakap dah tak boleh bukak kaunter sebab dah tutup.

pastu mamat yang jaga pintu masuk tu nampak dan panggil aku dan wife aku.
terus dia bawak p masuk hall dan cakap:

"masuk dan pilihlah mana2 seat yang ada kosong"
"err takpe ke ni? tq eh bro!"

maka layanlah gua wayang free dengan wife gua sambil rasa bertuahnya.
sepp rm20 malam tadi.

review cite:
oklah 2.5/5 bintang...
ni aku rasa antara cerita Nic (nicholas cage) yang tak best...
tapi sebab free punya pasal..best je..muahaha

Friday, January 7, 2011

MASSAGE

semasa menonton teripel nain.

"boss, pusat massage ni legal kan. tapi kenapa diorang serbu"
"memanglah kena serbu sebab diorang hire warga asing yang datang tanpa permit kerja"
"tapi itulah yang laku sebenarnya. warga asing yang montok dan gebu dari china, indon serta indochina"


PUSAT REFLEKSOLOGI bahasa manisnya.

tak semua pusat massage kotor.
ada juga pusat massage yang offer betul dan suci punya massage. depa urut betui2.
dan tak kurang juga banyak pusat2 massage kotor. depa hire minah gebu untuk buat B2B. extra service.

keje macam gua memang badan sakit2. tapi gua tak pernah p massage. cukuplah sekadar kerusi massage OSIM kat lobi2 hotel tu.

member2 gua yang kaki massage mengadu mengenai pusat massage kotor ni.
yang tak seronoknya depa datang dengan niat baik nak beli perkhidmatan massage suci.
tapi gadis montok gebu ni nak cari duit lebih offerlah EXTRA SERVICE macam B2B dan pelbagai lagi. kalau lu tolak memang lah nanti diorang akan urut lu ala kadar sahaja.

p/s: gua 2 hari sekali balik kg mintak dimassage oleh bini gua lagi best. boleh dapat EXTRA SERVICE percuma lagi..

Tuesday, January 4, 2011

1st trip to langkawi

sempena cuti hari jumaat lepas yang diberi oleh rajagobal n co, gua plan nak bercuti2 malaysia.

ada dua tempat gua target. PENANG OR LANGKAWI. dua2 tempat ni je yg rasanya gua tak sampai lagi di tanah melayu ni.

then gua tekad nak p penang. nak p dua2 tempat tak sempat rasa2nya.

mlm sebelum p tu gua dah book hotel online, tapi bila siang jumaat tu gua tiba sana, senang2 je dia cakap nama gua takde dalam booking...pehtu semua bilik full...ramai sangat yang nak berkhalwat sempena tahun baru tu kot...

gua p pantai batu feringgi...gua ingat nak lepak2 santai dengan famili wifef gua kat situ..tapi hampeh betul sangkaan gua...
gua kecewa tengok keadaan pantai disitu..kotor beb..

gua terus sound mak mertua gua mintak izin nak p langkawi pulak...
gua kena drive dalam 2jam lagi lebih kurang untuk ke kuala perlis..

sampai sana dalam jam 5.30pm..sempat gua sambar feri jam 6.15pm...
mak aih org ramai gila beb..gua ingat dah nak abis cuti sekolah ni kurangla sikit orang. sangkaan gua meleset. tapi bebudak dah takdela. yang ramai cuma orang2 dewasa je.

kat kuala perlis tu jugak gua booking kereta sewa, apartment sewa kat langkawi dan juga tour island hopping untuk keesokkan hari di langkawi.

tambang feri - RM18/seorang dewasa akil baligh
kereta sewa - RM80/hari untuk kereta-waja-buatan-malaysia-yang-tak-boleh-turunkan-tingkap-sebelah-pemandu-dan-ekzos-dah-pecah. pon-pon bunyi dia
apartment - RM250/hari untuk 3 bilik. 1 kingbed. 1 queen bed. 2 single bed.
island hopping tour - RM30/kepala

satu perkataan: BERBALOI BEB

gua rasa okla. untuk 1st time gua datang sini, gua rasa impress jugakla. gua impress semua orang disini pandai bikin duit.

1. masa tour island hopping tu gua kena kencing. dia kata nak bawa satu tempat lagi best dari underwater world. sorang dia charge rm10. last2 tengok dia just bawak p sangkar ikan bodoh mana ntah. bangkai betul.
ni ha muka driver boat yang pandai cari duit tu:


ok gua ada hak upload gambar lu sebab lu dah kencing sama gua. so lu tak boleh saman gua..haha

2. harga makanan. bapaklah mahal. sedap tu memanglah sedap tapi janganlah cekik darah sangat. kalau dekat kl gau rasa menu yang kitorang makan tu dalam 20 ke 30 hinggit je. tapi kat sana gua kena charge sampai nak dekat 60 hinggit!

3. turun dari boat selepas island hopping tu dia ada offer untuk beli gamabar gua yang dia dah print kat pinggan. memanglah lu tak paksa gua beli, tapi janganlah lu charge sampai RM10 satu pinggan. mahal siyol! nasib baik gua tengok lu rupa melayu, sebab gua nak tolong melayu jugak, gua beli.

4. troli. troli kat jeti lu pun charge RM1 sekali pakai. gua bukanlah berkira sangat RM1, tapi sebab lu pandai ambik kesempatan kat orang yang tengah bersusah-payah nak bawak beg. nak tanak kena ambik troli lu yang buruk tu.

gua bukan takde semangat kenegaraan, tapi gua pernah gak dengar orang cakap melancong kenegara luar macam thailand or indon lagi murah dari melancong dalam negara sendiri.

ntahlah. tapi gua tetap nak support local tourism selagi boleh.

sekarang satu malaysia gua dah habes round.
lepas ni gua target nak bawak wife gua p thailand or singapore.

dengar cerita phi-phi island tu macam menarik je? muehehe.

ikhlas dari gua:

gelap seh gambar gua ni. tapi takpe. gua nak lu focus kat gambar belakang yang cantik tu. macam lukisan beb.