Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Tuesday, January 4, 2011

1st trip to langkawi

sempena cuti hari jumaat lepas yang diberi oleh rajagobal n co, gua plan nak bercuti2 malaysia.

ada dua tempat gua target. PENANG OR LANGKAWI. dua2 tempat ni je yg rasanya gua tak sampai lagi di tanah melayu ni.

then gua tekad nak p penang. nak p dua2 tempat tak sempat rasa2nya.

mlm sebelum p tu gua dah book hotel online, tapi bila siang jumaat tu gua tiba sana, senang2 je dia cakap nama gua takde dalam booking...pehtu semua bilik full...ramai sangat yang nak berkhalwat sempena tahun baru tu kot...

gua p pantai batu feringgi...gua ingat nak lepak2 santai dengan famili wifef gua kat situ..tapi hampeh betul sangkaan gua...
gua kecewa tengok keadaan pantai disitu..kotor beb..

gua terus sound mak mertua gua mintak izin nak p langkawi pulak...
gua kena drive dalam 2jam lagi lebih kurang untuk ke kuala perlis..

sampai sana dalam jam 5.30pm..sempat gua sambar feri jam 6.15pm...
mak aih org ramai gila beb..gua ingat dah nak abis cuti sekolah ni kurangla sikit orang. sangkaan gua meleset. tapi bebudak dah takdela. yang ramai cuma orang2 dewasa je.

kat kuala perlis tu jugak gua booking kereta sewa, apartment sewa kat langkawi dan juga tour island hopping untuk keesokkan hari di langkawi.

tambang feri - RM18/seorang dewasa akil baligh
kereta sewa - RM80/hari untuk kereta-waja-buatan-malaysia-yang-tak-boleh-turunkan-tingkap-sebelah-pemandu-dan-ekzos-dah-pecah. pon-pon bunyi dia
apartment - RM250/hari untuk 3 bilik. 1 kingbed. 1 queen bed. 2 single bed.
island hopping tour - RM30/kepala

satu perkataan: BERBALOI BEB

gua rasa okla. untuk 1st time gua datang sini, gua rasa impress jugakla. gua impress semua orang disini pandai bikin duit.

1. masa tour island hopping tu gua kena kencing. dia kata nak bawa satu tempat lagi best dari underwater world. sorang dia charge rm10. last2 tengok dia just bawak p sangkar ikan bodoh mana ntah. bangkai betul.
ni ha muka driver boat yang pandai cari duit tu:


ok gua ada hak upload gambar lu sebab lu dah kencing sama gua. so lu tak boleh saman gua..haha

2. harga makanan. bapaklah mahal. sedap tu memanglah sedap tapi janganlah cekik darah sangat. kalau dekat kl gau rasa menu yang kitorang makan tu dalam 20 ke 30 hinggit je. tapi kat sana gua kena charge sampai nak dekat 60 hinggit!

3. turun dari boat selepas island hopping tu dia ada offer untuk beli gamabar gua yang dia dah print kat pinggan. memanglah lu tak paksa gua beli, tapi janganlah lu charge sampai RM10 satu pinggan. mahal siyol! nasib baik gua tengok lu rupa melayu, sebab gua nak tolong melayu jugak, gua beli.

4. troli. troli kat jeti lu pun charge RM1 sekali pakai. gua bukanlah berkira sangat RM1, tapi sebab lu pandai ambik kesempatan kat orang yang tengah bersusah-payah nak bawak beg. nak tanak kena ambik troli lu yang buruk tu.

gua bukan takde semangat kenegaraan, tapi gua pernah gak dengar orang cakap melancong kenegara luar macam thailand or indon lagi murah dari melancong dalam negara sendiri.

ntahlah. tapi gua tetap nak support local tourism selagi boleh.

sekarang satu malaysia gua dah habes round.
lepas ni gua target nak bawak wife gua p thailand or singapore.

dengar cerita phi-phi island tu macam menarik je? muehehe.

ikhlas dari gua:

gelap seh gambar gua ni. tapi takpe. gua nak lu focus kat gambar belakang yang cantik tu. macam lukisan beb.


3 comments:

  1. erm.... time cuti skola..mmg dorang cekik darah... saya selalu je g island hopping.... besenye satu bot dorang charge rm300 utk 4 jam... tp klu time bese...bleh tggl sampai half price...

    sangkar ikan mana yg bodoh tu... klu yg dekat kilim geopark punye...ikan best2... dan bg pendapat sy..mknan cni adalah sangat murah berbanding ngn sy dok johor 4 thn dlu..cme kena tau cari port la...

    hmm...langkawi tetap cantik dimata saya....hee~

    ReplyDelete