Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Saturday, January 29, 2011

Kalau Ayep macam Jake, abang macam siapa sayang?

Gua tak pernah follow itu cerita Twilight sebelum ni. Hero dan heroin nya pun gua tak kenal. Tapi sejak akhir2 ini semenjak astru rajin tayang cerita ini di talibesen, gua telah dipengaruhi oleh wife gua untuk melayan cerita ini.

Seronok pulak gua layan New Moon tadi. Wife gua pulak yang endah tak endah tengok cerita ini. Barangkali beliau dah bosan menontonnya berulang-kali gamaknya. Bila part Jake dah potong rambut tu....

"Bang, cuba abg tengok. Muka Jake seakan-akan macam Ayep kan?"(Ayep opismate gua.)
"A'a la..Ada iras-iras sikit"

"Tapi kalau Ayep macam Jake, abg tahu abg macam sape..."
"Macam siapa bang?" Tanya beliau kehairanan.

"Siapa lagi kalau bukan macam Edward...hahahaha"

Ok2 tak berapa lawak sangat.
Tapi cukuplah untuk panaskan suasana nak tengok rancangan Raja Lawak selepas tu.
Tak dapat gua tengok kesudahan Full Moon. Eh silap. New Moon kan tajuk dia. Biasalah hero pun kadang-kadang lupa skrip beb. Gua lupa beb. Gua lupa.

4 comments:

  1. okeh.okeh.aku malas cakap apa.aku biar ko layan perasan ko tu.eh!aku tercakap perasan ek.perasaan. biasa la.aku pon lupa beb.haha

    ReplyDelete
  2. mcm edward ?
    ish ish ishh
    kesiannn

    ReplyDelete