Disclaimer

Saya merupakan seorang ejen yang berdaftar dengan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad. Semua info di dalam website ini adalah pandangan peribadi saya dan tidak mewakili pandangan pihak Prudential secara rasmi.



Tuesday, July 12, 2016

Client Admitted into DEMC

Semalam pagi aku dapat satu message di whatsapp dari client aku.
Beliau beritahu wife nya warded di DEMC Shah Alam kerana mengalami masalah kencing kotor.
Wifenya adalah client aku, pemegang kad perubatan daripada PruBSN Takaful.

Proses kemasukan ke ward sangat smooth. GL pun approved cepat je dalam masa tak sampai setengah jam.

Beliau sebenarnya sedang mengandung 4 bulan dan tiada isu medical card tak cover. Bukan semua kes maternity tak dicover oleh medikal kad PruBSN ye.

Update hari ini beliau masih ditahan di wad dan rawatan yang diberikan ialah masuk antibiotik sahaja.

Diharap esok bolehlah beliau discharge.


Kerja Kosong

Kerja kosong sebagai PERUNDING KEWANGAN ISLAMIK diperlukan segera.
Kelayakan lulus SPM.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Boleh terus email resume ke enfaizulpaijan@gmail.com atau
Whatsapp 019-2774425.

Baca Buku Irfan Khairi

Semalam aku ada beli sebuah buku Irfan Khairi. Tak plan pun nak beli buku ini sebenarnya.

Buku ini memceritakan mengenai perniagaan online. Atau lebih tepat lagi apa yang anda harus tahu untuk membuat perniagaan di atas talian.

Buku ini juga menggalakkan kita untuk mempunyai satu laman website untuk perniagaan kita.

Dan atas sebab itulah aku akan kembali aktif di blog ini untuk mempromosikan secara halus perniagaan yang aku jalankan iaitu Insurans dan Takaful.

Saturday, January 9, 2016

TIADA YANG KEBETULAN DALAM HIDUP INI

Pernah tak sesuatu berlaku kat korang dan korang rasa,

"eh macam kebetulan pulak benda ni terjadi.". "Eh, macam kebetulan pula kita berjumpa."

Sebenarnya itu bukan kebetulan. Itu semua telah diatur olehnya. Sama ada ia perkara yang baik mahu pun perkara yang buruk. Yang Maha Esa telah menetapkan ia terjadi untuk hikmah lain. Segala yang berlaku mempunyai pertalian. Chain reaction.

Tindak balas berantai.

Mungkin sesuatu perkara yang buruk berlaku kat kita dan kita sedih kenapa perkara itu terjadi pada kita. Sebenarnya kita tidak nampak perkara lain yang lebih besar yang terjadi akibat dari perkara buruk yang kecil itu.

Semalam aku solat jumaat di Masjid Tabung Haji. Aku sangat suka solat di masjid ini. Mungkin kerana disini mengingatkan aku semasa zaman terakhir makan gaji di Technip dahulu.

Semua perkara telah diaturkan.

Aku telah berjanji ingin berjumpa dengan sahabatku yang sedang pulang bercuti dari arab saudi jam 3 petang selepas solat di pelita klcc.
So ingin memudahkan urusan. Aku solat di masjid tabung haji.

Selepas solat aku telah KEBETULAN berjumpa dengan 2 orang rakan lama. Seorang bos lama dia Technip dan seorang lagi rakan sekerja lama di Kencana HL Lumut.

Pertemuan dengan bos lama itu adalah secara 'KEBETULAN'. Begini ceritanya. Selepas solat dan berdoa semua aku segera turun nak keluar. Tetapi disebabkan aku terlupa akan sesuatu aku naik semula. Aku mencari tapi tak jumpa so aku turun nak keluar balik. Kali ini aku terdetik nak guna laluan yang agak jauh sedikit. Dalam hati aku berniat. "Takpelag jauh sikit. Ada sebabnya itu nanti." Ya. Sampai sahaj di bawah, aku terserempak dengan bos lamaku. Ya. Tiada yang kebetulan dalam dunia ini.

Aku dah agak lama tak jumpa dia. Dan memang aku sangat hargai masa itu dapat berjumpa dan bertanya khabar dirinya.